MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

PENSETARAFAN MATRIKULASI DENGAN TINGKATAN 6

Mutakhir ini, terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa taraf sistem( pelajaran ) Matrikulasi akan disetarafkan dengan taraf sistem (pelajaran ) STPM . Ekoran daripada kenyataan tersebut, terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa : ‘ Yang sepatutunya rasa tidak puas hati ialah pelajar Martikulasi dan bukan pelajar pelajar STPM kerana dalam cadangan tersebut menyatakan bahawa pelajar Matrikulasi yang mendapat Gred C dalam peperiksaan adalah setaraf dengan pelajar STPM yang mendapat Gred E dalam peperiksaan STPM’. Dalam ruangan ini, saya hanya untuk memberikan pandangan saya tentang kenyataan di atas.

Kelayakkan untuk memasuki Matrikulasi ialah pelajar bumiputera sahaja dan biasanya golongan pelajar ini adalah sangat lemah dalam pelajaran mereka. Jika golongan ini berkebolehan dalam pelajaran, sudah pasti mereka berjaya mendapat kedudukan di universiti-universiti tempatan (IPTA) tetapi hal sebegini tidak berlaku. Baru-baru ini, ramai pihak yang tergempar dengan pelajar bumiputera yang berjaya memasuki IPTA untuk sesi 2002/2003 adalah jauh lebih daripada kuota yang kita guna sebelum ini. Sebenarnya, majoriti daipada golongan pelajar ini adalah aliran daripada Matrikulasi..

Pelajar di tingkatan 6 juga dikenali sebagai pelajar PRA-UNIVERSTITI dan pelajar STPM. Semua kaum di Malaysia boleh memasuki tingkatan 6 sekiranya keputusan pelajaran mereka memuaskan. Ini bermakna, tiada kelayakkan khusus untuk kaum yang ingin belajar di tingkatan 6 jika dibandingkan dengan sistem Matrikulasi. Akan tetapi, pelajar bumiputera yang memasuki tingkatan 6 adalah jauh lebih rendah daripada pelajar bukan bumiputera. Boleh dikatakan nisbahnya adalan 1:200 . Mengapak pelajar bumiputera yang memasuki golongan 6 adalah sanat sedikit ? Soalan ini seharusnya dikemukakan kepada semua pihak di negara ini.

Selain itu, pepeiksaan STPM adalah sangat penting untuk pelajar tingkatan 6. Ini kerana , golongan ini menduduki peperiksaan STPM mereka setelah ‘bersusah payah’ belajar dalam tempoh masa 2 tahun.Ini tidak seperti pelajar Matrikulasi yang mengambil ujian mereka setiap semester tetapi pelajaran yang diajar oleh kedua-dua pihak ini adalah hampir sama. Kertas-kertas peperiksaan pelajar Matrikulasi adalah diperiksaan oleh ‘pengajar’ mereka dan tidak seperti pelajar tingkatan 6 yang diperiksaan oleh pengawai-pengawai Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) . Majils ini mempunyai sistem permarkahan yang sangat ketat dan adalah khusus untuk pelajar STPM jika dibandingkan dengan pelajar Matrikulasi.

Sebenarnya, saya sangat berharap Kementerian Pendidikan Malaysia dapat melakukan penyiasatan dan penyelidikan sebelum mengambil langkan ini. Langkah yang diambil ini , sudah pastinya sedikit sebanyak dapat menggangu pemikiran bakal pelajar STPM terutamanya pelajar STPM untuk tahun ini. Kajian seharusnya dilakukan oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia. Contohnya, kementerian ini seharunya memilih 100 orang pelajar Matrikulasi dan 100 pelajar STPM dari negeri-negeri yang berlainian untuk mengambil satu ujian penilaian. Objektif ujian ini adalah untuk menilaikan taraf pencapaian pelajar-pelajar ini dalam ujian mereka. Selain itu, pihak ini juga seharunya mengambil pandangan orang ramai serta golongan yang terlibat (pelajar STPM dan pelajar Matrikulasi) tentang langkah ini.

Sekiranya langkah ini tidak boleh dipindahkann, saya berharap sistem peperiksaan serta permarkahan untuk pelajar STPM dan pelajar Matrikulasi dapat dikaji oleh pihak yang berkuasa. Selain itu, saya juga berharap bahawa kemasukkan untuk memasuki Matrikulasi dapat dibuka untuk semua kaum yang terdapat di Malaysia dan penggunaan ‘kuota’ seharusnya dihapuskan ekoran daripada pensetarafan tentang kenyataan di atas. Jika tidak, sudah pastinya ada golongan yang tidak berpuas hati tentang langkan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini.

Moga-moga pendapat saya di sini dapat menarik prihatin daripada orang ramai.Sekian, terima kasih.

VONSIONG (TERENGGANU)





______________________
Terbitan : 21 Mei 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com