Setelah menonton satu rencana sambil berehat, saya terlintas untuk menulis artikal ini
walaupun saya rasa terlalu awal untuk pengkhabaran ini.
Saya ambil keputusan untuk menulis lebih awal, bukan apa, supaya semua pengunjung mengetahui
keadaan sebenar dan boleh menerima apa sahaja keputusan yang bakal akan dilalui.
Tajuk di atas sudah memberi gambaran awal dan mungkin sebahagian pengunjung boleh meneka apa yang bakal akan terjadi.
Saya sebenarnya telah menerima tawaran kontrak selama setahun untuk bekerja di luar negara pada awal bulan Jun tahun ini, dan saya
telah bersetuju dengan tawaran tersebut. Walau bagaimana pun saya meminta untuk melambatkan
sidikit pemergian saya atas beberapa urusan di sini. Saya tak pasti bila saya akan berangkat, tapi dalam bulan Jun akan datanglah.
Paling dirisaukan, siapa yang akan mengambil alih tugas webmaster laman ini, setelah laman ini bertapak kukuh merempuh ranjau sepanjang lebih 3 tahun.
Ini juga yang ditanya kepada saya bila saya memberitahu Ketua penerangan DPPKD setelah saya membuat keputusan.
Memang ada beberapa orang bersama saya sepanjang pengendalian saya bermula Ogos 2001 setelah webmaster pertama terpaksa ke Kuala Lumpur meneruskan kerja-kerjanya,
tapi kesemuanya kurang mampu untuk mengendalikannya sebagai suatu laman harian (daily) kerana terikat kerja-kerja utama mereka. Apatah lagi tanggungjawabnya amat berat
kena duduk di hadapan komputer 3-5 jam sehari. Kena update selepas pukul 12.00 malam. Siapalah ingin tidur pukul 2-3 pagi setiap hari. Jika tak update satu hari pun, maka datanglah berduyun-duyun
surat kecaman kononnya webmaster telah di'beli'.
Ada yang memberi cadangan kenapa tak ambil pembantu untuk mengendalikan laman ini supaya laman setiasa diupdate.
Memang kita berhasrat untuk mencari pembantu sepenuh masa dengan sedikit bayaran, tapi bila kita iklankan bantuan kewangan
pada setiap helaian laman ini, tak ada pun sumbangan yang boleh membantu kami.
Memang sukar mencari penganti, dulu saya pernah bersembang dengan sifu_rtv (webmaster WebRTV) semasa membuat 'live' satu ceramah, ada orang bertanya susah tak jadi webmaster, kami secara tidak sengaja serentak menjawab
hanya orang gila aje boleh jadi webmaster. Apataknya makan, mandi, hatta tidur pun hanya terfikir laman web aje. Anak bini terabai. Komputer peribadi hampir 24 jam setiasa on selain komputer di pejabat. Lain kata 24 jam lihat komputer aje.
Ada dua orang yang mungkin akan ambil alih tugas webmaster ini iaitu sdr Tok Ayah (bekas webmaster lama). Dia telah kembali ke Dungun pada 1 Mac 2002 lalu setelah berhenti menjadi webmaster laman
yang tak asing lagi Detikdaliy (http://detik.daily.tripod.com/). Setelah pulang beliau tak begitu aktif walaupun ada membantu saya dan menulis beberapa artikal.
Dari segi kelayakan, tak payah ceritalah... tok guru saya.
Kedua, sdr Tok Penghulu, seorang yang mempunyai kemahiran sedikit dalam java script dan web radio dan TV. Banyak membantu saya semasa saya sibuk. Ada menulis dalam ruangan sisipan, iaitu bahagian 'Java Script'. Beliau pernah menjadi webmaster
sementara laman Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (http://dppnt.tripod.com/).
Nama-mana lain yang mungkin akan mengambil alih seperti sdr Din Com, Dollah Rimau, Bidi dan bekas Ketua Penerangan DPPKD sesi lalu. tapi semuanya bergantung kepada mesyuarat Lajnah Penerangan dan Dakwah. Kata putus terletak di situ.
Saya tak risau tentang persembahan laman ini, kerana pembinaannya bukan atas individu tetapi atas konsep penyampaian yang telah dipersetujui. Individu yang mengambil alih akan melaksanakan semua konsep yang telah digariskan tidak lari daripada asas dakwah dan strategi perang saraf.
Mereka perlu mahir tentang uslud dakwah ini dengan sejelas-jelasnya, mengutamakan kebenaran berita, amanah dan bertanggungjawab dengan apa sahaja bahan yang dipaparkan.
Memang laman ini berkonsepkan menyiarkan apa sahaja bahan daripada pengunjung tanpa sebarang sekatan (edit). Mungkin bahan-bahan tersebut jika dilihat secara sepintas lalu, kasar, lucah dan bahasanya tak sesuai, tetapi itulah satu-satunya saluran yang ada untuk
rakyat memberi, melepas rasa tertekan.
Kami tak nak berbahas kenapa kami ambil jalan ini, kerana memang kami dah berbahas panjang lebar untuk membuat keputusan ini. Adalah pro dan kontra, tapi ini adalah keputusan, hormatilah keputusan ini. Ini adalah 'wajah' Tranung Kite yang mungkin membezakan dengan laman-laman
lain.
Saya percaya bahawa sesiapa sahaja yang dipilih nanti akan meneruskan Tranung Kite sebaik yang mungkin mengikut apa yang telah digariskan. Kita tak mahu Tranung Kite berkubur setelah webmasternya pergi... tapi setakat ini Tranung Kite mampu bertahan dan doakan ia akan bertahan untuk
suatu jangka masa yang panjang.
Saya akan menulis lagi...
Abu Jihad
Webmaster
Tranung Kite
______________________
Terbitan : 29 Mei 2002
Ke atas
Home