MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Apa jadi pada Pusat Komuniti Puteri Umno di Kampong Medan ?

OLEH: ABAS HASAN

KUALA LUMPUR,Khamis,13 Jun –Nama Kampong Medan yang terletak di Jalan Klang Lama tidak perlu diperkenalkan kepada umum kerana peristiwa berbau perkauman yang berlaku di situ tidak lama dulu telah menjadikannya fokus perhatian seluruh negara.Mungkin kerana “daya penarik” itu Puteri Umno sendiri turun padang untuk menabur khidmat baktinya kepada masyarakat di situ.

Program itu dikenali sebagai Pusat Komuniti.Dibawah program itu kontena telah diubahsuai menjadi bilik darjah dan perpustakaan memberi kelas tuysen dengan kadar bayaran cuma RM 1.Mata pelajaran yang diajar ialah Jawi dan Bahasa Inggeris.

Lokasinya ialah di Sri Manja,Taman Medan.Puteri Umno merancang untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah pusat komuniti di setiap negeri.

Kontena-kontena di cat dengan warna merah jambu selari dengan warna Puteri Umno.

Turut serta memberi sumbangan bagi menjayakannya ialah Kumpulan Akhbar The New Straits Times menerusi program Newspaper-In-Edication (NIE) .

Ia dilancarkan oleh Perdana menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad Januari lalu dengan mendapat publisiti meluas oleh media cetak dan elektronik.

Sumber-sumber Puteri memberitahu Agendadaily masalah sudah muncul sejak hari pertama program itu bermula .

Guru-guru yang merupakan sukarelawan Puteri Umno terdiri dari mereka yang muda dan tidak ada pengalaman mengendalikan sejumlah besar pelajar.

Sistem pendaftaran pelajar juga dikatakan tidak kemas. Pusat Komuniti itu yang terletak sebelah Tadika Kemas juga tidak mempunyai kemudahan elektrik yang mencukupi kecuali dalam bilik darjah menyebakan kawasan sekitarnya gelap waktu malam.

Ada dikalangan guru yang mengajar sering lewat atas alasan mereka tinggal jauh dan sering terperangkap dalam kesesakan lalulintas.

Keadaan ini menyebabkan kebanyakan ibubapa bimbang keselamatan anak mereka kerana berada di kawasan gelap sementara menunggu guru datang untuk membuka bilik darjah.

Di bahagian perpustakaan juga mengadapi masalah.Ia sering berkunci menyebabkan pelajar tidak dapat masuk .

Keadaan di dalamnya juga agak menyedihkan dan tidak ada banyak bahan bacaan untuk para pelajar.

Sewaktu ia dilancarkan oleh Perdana Menteri terdapat banyak buku,kebanyakannya dipinjam untuk keperluan majlis pelancaran sahaja.

Pihak akhbar NST juga akhir dikatakan menarik diri dari program itu setelah baru hanya tiga sessi ia dijalankan kerana pusat berkenaan selalu lewat dibuka.

Ini menurut sumber berkenaan ini adalah salah satu contoh ketiadaan kesungguhan Puteri Umno dalam mengendalikan sesuatu programnya dengan jayanya.

“Yang berjaya ialah majlis pelancarannya yang mendapat liputan meluas media tetapi kemudiannya program itu terbengkalai,”katanya.







______________________
Terbitan : 18 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com