MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Dr Hatta Ramli calon terbaik Parlimen Pendang

Salam pertemuan. Sudah beberapa hari saya ingin menulis artikal ini, tapi malang saya kurang masa lapang.

Saya mengenali Dr Hatta Ramli ketika kami Lajnah Penerangan Dewan pemuda PAS Kawasan Dungun di amanahkan untuk mengambil beliau untuk satu ceramah di kg Bukit Catak pada tahun 1998. Pada malam ceramah tersebut, perlawanan Bola Sepak Piala Dunia sedang berlangsung. Kehadiran ceramah agak legang dan mengecewakan walaupun lebih 1000 yang hadir, tapi tidak baik jika nak dibandingkan dengan ceramah-ceramah sebelum ini.

Ketika saya mengambil beliau di airport Kerteh, kami singgah sebentar di di salah satu gerai untuk minum ringan. Dalam kesempatan pertama kali bersama dengan beliau, saya mengajukan satu soalan kenapa beliau bertanding Ketua Pemuda Pas Pusat (Pada masa itu permilihan sudah pun selesai). Dengan tegas beliau menjawab 'No komen' dan beliau menyambung lagi 'sepatutnya enta tanya masa ana bertanding bukan sekarang ! Sekarang bukan masa untuk berbincang soal itu lagi'.

Jawapan yang diberikan ini cukup memberi kesan sehingga sekarang, saya cukup menghormati seseorang yang bertanding atas dasar berbeza idea untuk membawa pemuda tapi terus menghormati perwakilan yang membuat pemilihan. Tidak terlintas untuk membuat teguran kepada lawan atas kelemahan kepimpinan yang sedia ada.

Beliau datang ke Dungun beberapa kali dalam siri ceramah kemudiannya dan kami mengambil kesempatan untuk membuat taklimat khas sebelum ceramah dan dalam penerangannya banyak penekanan yang dibuat oleh beliau mengenai masa depan perjalanan dakwah uslud kita dengan masyarakat bukan Islam. Gambaran fikiran yang dibawa cukup berkesan untuk membawa Pas ke medan perjuangan yang lebih luas dan bersesuaian dengan realiti masyarakat yang kian pesat membangun.

Semasa taklimat IT dan pertemuan webmaster-webmaster yang diadakan di Terengganu pada tahun 2001. Pertemuan ini turut dihadiri oleh semua YB-YB Pas seluruh Malaysia. Saya melihat beliau turut hadir. Apabila saya melihat beliau, saya terus berpaling seolah-olah tidak melihat kehadiran beliau dan cuba melihat reaksi beliau. Beliau datang dan bersalam dengan beberapa orang pimimpin Pas Terengganu dan terus menuju ke arah saya yang berada di penjuru bangunan dan menegur saya. Saya cukup bergembira dengan sikap bersahaja yang ada. Terus terang saya katakan saya banyak bersama dengan pimpinan Pas ketika mengadakan ceramah di Dungun. Tapi ada sesetengahnya yang cukup akrab semasa bersama semasa ceramah tapi tak bertegur sapa dan mungkin sudah tidak mengenali lagi bila masa telah berlalu.

Untuk menjadi seorang calon, terutamanya untuk meneruskan agenda Al Marhum amatlah sukar. Kita tidak nafikan Pas mempunyai banyak calon, apatah lagi calon daripada Kedah sendiri, ramai terdiri daripada ulama dan cerdik pandai. Tapi sekarang ini agenda politik kita mestilah 'smart' dengan ketokohan sahaja kita tak mampu untuk membawa masyarakat menyokong Pas. Kita mesti mempunyai idea dan padangan yang 'lurus' berdasarkan strategi dan uslud yang berkesan.

Padangan dan sikap masyarakat kepada kita harus diambil kira. Perjuangan kita selama ini memang telah betul tapi kenapa tak ramai orang menyokong kita ? Sebenarnya masyarakat sendiri tidak faham dan telah membuat salah tanggapan terhadap perjuangan kita.

Mem'betul' tanggapan dan pandangan masyarakat adalah uslud yang harus diambil kira dan saya mempercayai orang yang layak untuk hal ini, salah seorangnya ialah Dr Hatta Mohd Ramli. Sebab itu saya memberi kepercayaan atas pergorbanan beliau untuk meneruskan kerja ini dan saya berusaha untuk menulis dalam ruangan ini, sebab saya cukup arif dengan sikap dan pandangan laman ini terbuka, yang sudah pasti akan meyiarkan artikal ini.

Memang dengan beberapa contoh diatas bukan hujah yang kukuh untuk mengatakan beliau calon terbaik, tapi kita haruskan membuat pernilaian yang lebih menyeluruh kepada semua gerak kerja yang dilakukan, pergorbanan, pengalaman dan kemantangan berpolitik. Saya pun tak berhasrat nak ulas panjang lebar dengan pelbagai gerak kerjanya tapi sudah cukup kita semua membuat pernilaian sendiri.

Abu Jihad

..................
Sdr Abu Jihad adalah bekas webmaster ke-2 laman ini.







______________________
Terbitan : 30 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com