AL QURAN HANYA MENJADI BAHAN LAWAK DALAM MAJLIS UMNO
Selama hampir seminggu Perhimpunan Agong UMNO berlangsung, saban hari HUDUD menjadi belasahan puak2 sesat dari kalangan kaum UMNO. HUDUD dikatakan ciptaan PAS, HUDUD dikatakan zalim, HUDUD dikatakan menganiaya wanita. Siap dengan ayat Al-Quran mereka berhujjah.
Setiap perwakilan yang membahaskan isu Hudud mengatakan ianya ciptaan PAS. Tidak pula diterangkan bagaimana pula bentuk HUDUD ALLAH sekiranya HUDUD yang dibentangkan oleh PAS bercanggah dengan HUDUD ALLAH.
Mereka mengatakan bahawa HUDUD adalah mainan politik PAS sedangkan hakikatnya merupakan mainan politik mereka. Merekalah yang menjadikan HUDUD sebagai Isu politik. Tujuannya adalah untuk menggagalkan Usaha Menegakkan Hukum Allah itu. Kenapa? Kerana mereka takut sekiranya Hudud dilaksanakan maka merekalah yang bakal dihukum. Hanya orang yang salah takut kepada undang-undang. Orang yang tidak bersalah tidak akan ketakutan tanpa sebab. Mereka tahu undang2 ciptaan manusia mereka boleh tipu tetapi Hukum Allah tidak.
Terutama wakil2 wanita, begitu takut apabila disebut Qazaf. Kenapa takut sangat. Kenapa takut Shahrizat? Benarkah kerana ianya tidak adil kepada wanita. Bagaimana sekiranya wanita yang membuat tuduhan bahawa dianya dirogol tetapi sebenarnya dia sendiri yang suka berzina. Bukankah itu telah menganiaya pihak lelaki. Apakah lelaki tidak layak mendapat keadilan? Apakah kesan airmani atau mengandung membuktikan wanita dirogol? Banyak kes sekarang wanita membuat laporan dirogol setelah mengandung dan teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab. Apakah itu namanya rogol atau zina? Kenapa mahu disalahkan lelaki sepenuhnya sedangkan masa kamu berzina kamu lupa semua dosa pahala. Apakah Shahrizat fikir perempuan sahaja yang perlu dilindungi? Wahai Shahrizat, Allah itu Maha Adil. Bukan Wanita atau lelaki sahaja yang hendak diberi keadilan malah kedua2nya sekali. Jangan kamu pakai kepala kamu sahaja. Sedangkan kamu sendiri tidak adil dengan Allah. Adakah kamu mendengar perintah Allah untuk menutup aurat? Sedarlah diri sedikit.
Dan pada acara kemuncaknya selepas hampir seminggu Hukum Allah dibelasah, maka sewaktu membuat ucapan Penutup Mahathir sekali lagi menunjukkan keangkuhan dengan menghina Ayat suci Al-Quran. Mahathir membuat lawak kununnya Ayat Suci AlQuran "Ya Ayuhallazi na amanu" ditujukan kepada ahli UMNO. Aa Manu dikatakan UMNO. Kemudian dikatakan UMNO itu bermaksud orang2 yang beriman. MasyaAllah. Lebih menyedihkan lagi apabila kaum2 UMNO semua bersorak dan bertepuk tangan dengan penghinaan Mahathir itu. Termasuklah Hamid Seman dan Hj Ghazali (pelakon Debat Olok2) .Bagi mereka Ayat Al-Quran hanyalah bahan lawak sahaja. Sebab itu mereka begitu berani mengatakan Hukum Allah tidak adil.
Sedarlah saudara2 seISLAM. UMNO sudah jauh dari ISLAM. Menyokong UMNO bererti memusuhi ISLAM. Adakah saudara2 semua redho dengan perbuatan UMNO? Kalau Saudara2 sekelian benar2 sayangkan Islam, cintakan Allah dan Rasulnya, marilah sama2 kita kuburkan UMNO. Jangan tinggalkan nisan pun. Fikirkanlah, renungkanlah, masih belum terlewat untuk kita bersama2 ISLAM. Jangankan ISLAM, Melayu pun hancur ditangan UMNO. Jangan kita percaya dengan pembohongan UMNO bahawa mereka pembela Melayu apalagi untuk Membela Islam. Walaupun parti mereka berteraskan Melayu, tetapi Hak Melayu terhakis pun ditangan mereka jugalah. Lihat Isu Bahasa Melayu, Lihat Isu Kuota MRSM. Apakah ianya dibangkitkan oleh MIC atau MCA? Tidak, tetapi ianya diilhamkan oleh UMNO. UMNO sendiri dengan rela mahu mengurangkan kuota untuk Melayu. Apalagi soal ISLAM. Bukan MCA atau MIC yang menghina HUDUD tetapi UMNO. Bukan Samy Vellu atau Liong Sik menghina Rasul Tetapi Mahathir. Mahathir kata Nik Aziz Rasuah Syurga sedangkan dia sendiri mengatakan Haji Hadi akan Masuk Neraka.. Dia kata Syurga itu Hak Allah bagaimana pula dengan Neraka bukankah ianya juga Hak Allah. Kalau Nik Aziz salah sebab cerita soal Syurga apakah mahathir tidak salah bila cakap soal Neraka??? Apakah Mahathir layak menghumbankan seseorang kedalam Neraka?? Tidakkah saudara2 melihat unsur2 munafik dalam UMNO? Mereka berselawat ke atas Rasul, mereka juga menghina Rasul. Mereka marah pemimpin mereka dikatakan penjaga Babi, tetapi mereka diam Apabila Rasulullah dituduh berzina. Mereka marah apabila dikatakan ISA sebagai zalim tetapi mereka pula menuduh Hukum Allah sebagai tidak adil dan tidak sesuai. Mereka risau apabila HUDUD memerlukan 4 saksi. Sedangkan mereka tidak pula kecoh apabila ISA tidak memerlukan saksi dan tidak perlu dibuktikan kesalahan. Celiklah hati saudara2 mana lebih adil HUDUD atau ISA? Tolaklah UMNO kalau saudara2 semua mengaku "Tidak Ada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Allah, Dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah". InsyaAllah sekiranya hati kita bersama Islam, Allah akan memberikan ganjaran dunia dan akhirat. SESUNGGUHNYA KEMENANGAN ISLAM SUDAH SEMAKIN HAMPIR.ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
______________________
Terbitan : 24 Jun 2002
Ke atas
Home