PAS sebagai wadah perjuangan untuk merealisasikan daulah islamiah
tertegak dibumi MERAYU ini yg
berlandaskan ALQURAN & HADIS sebagai perlembagaanya bukan semangat
kebangsatan (kebangsaan) yang
diwarwarkan oleh UMNO kununnya melaksanakan ISLAM melalui semangat
Kebangsaan. Kalau UMNO gunakan
ALQURAN & HADIS sebagai perlembagaan dah lama PAS dibubarkan. Cuba
teliti dahulu sebelum memberi
sokongan pada mana-mana pihak dan jangan jadi HAPRAK & BARUA....
Sama-samalah kita mencari jalan yang terbaik untuk mempastikan Malaysia
menjadi negara Islam.
Persoalan ini berfokus kepada cara untuk menegakkan Islam, setelah
pemerintah umat Islam hari ini
tidak boleh diharapkan untuk mendaulatkan Islam secara syumul.
Persoalannya apakah boleh Islam
diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, tidak pernah dilakukan
oleh para nabi dan Nabi
Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga mengharamkan penubuhan parti politik
kerana boleh memecahbelahkan
umat.
Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dalam
sesuatu perkara, maka sudah
pasti alat2 yang wajib untuk menuju kepada kefahaman yang sebenar ialah
kefahaman asas terhadap
sumber Islam iaitu nas2 al-Quran dan hadis (yang sahih) serta
perbahasan ulama yang muktabar
tentangnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama
muktabar itu kebanyakannya dalam
B. Arab, maka kefahaman mendalam dalam bahasa itu adalah satu keperluan
yang wajib. Tidak cukup
setakat itu, kefahaman yang mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah
dengan al-Quran dan hadis
(iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yang
mesti dan wajib.
Apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk
menegakkan Islam?
Mungkin kita beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2:
(1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti
politik boleh memecahbelahkan
umat,
(2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yang
berjuang menegakkan Islam melalui
parti politik,
(3) Parti politik berasal drp sistem kafir,
(4) Parti politik boleh digantikan dengan cara berdakwah kepada iman
dan amal, seperti yang
dilakukan oleh Jamaah Tabligh.
Tetapi ada hujah2 lain yang menunjukkan penubuhan parti politik Islam
sebagai suatu yang masyru`
bahkan dituntut dalam zaman sekarang. Hujah2nya seperti berikut:
1) Tiada nas s/ada dalam al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu
yang muktabar bahawa penubuhan
parti politik itu dilarang syarak. Dalam syariah (Usul al-Fiqh), ada
satu kaedah yang berbunyi
"Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus).
Semua perkara di dunia ini
asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yang melarangnya,
barulah hukumnya bertukar
menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yang
menyuruhnya, maka ia pun bertukar
menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib
dan sunat, adalah berdasarkan
sejauh mana larangan dan suruhan itu, dengan sokongan nas2 yang lain,
yang difahami oleh ulama
yang berkecimpung dalam bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam
(iaitu ilmu Usul al-Fiqh),
dengan sokongan ilmu yang luas tentang hadis Nabi s.a.w., yang
merupakan praktis kepada seluruh
hukum Islam yang wujud sebelum kemangkatan baginda.
Oleh kerana tiada nas yang melarang, maka penubuhan parti politik
adalah harus. Itulah asal dan
dasarnya.
2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yang
berjuang untuk
mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar daripada asal dan dasar
hukum tadi (harus). Hukum
itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak
wajib. Ini berdasarkan nas
al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dalam perkara
kebajikan dan taqwa, dan
janganlah kamu bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan"
(Al-Maidah: 2). Jika parti
Islam bertujuan untuk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia
dikatakan haram, sedangkan
ia bertepatan dengan kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas
pun yang melarangnya.
3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kepada nas yang lain, kita
dapati penubuhan parti politik
dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia adalah dituntut oleh
syarak. Ada nas yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang berjuang di jalan-Nya dalam
satu saf
(barisan/front/organisasi) seumpama sebuah bangunan yang berdiri teguh"
(Al-Saf: 4). Alangkah
bodohnya umat yang ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa
membuat persediaan yang lebih
baik daripada kaum yang ingin merobohkan Islam atau yang berpura-pura
cinta Islam, ataupun
sekurang-kurangnya membuat persediaan yangg setanding dengan musuh itu.
Adakah Allah s.w.t. akan
menolong dengan mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yang tersusun
dan sistematik daripada
para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat
melainkan setelah banginda
bekerja keras siang malam dengan tulang empat kerat.
Kalaulah musuh ada barisan/front/organisasi yang memonopoli sistem
demokrasi, apakah pejuang Islam
perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti
politik dan pilihanraya
adalah sistem ciptaan orang kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam
membiarkan saja kerusi eksekutif
yang berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen,
dewan undangan negeri dll
diduduki oleh puak yang benci kepada Islam secara zahir batin atau
secara batin sahaja (terlihat
kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? Realiti dan
hakikatnya, sama ada rakyat suka atau
tidak, orang yang menduduki kerusi2 eksekutif itulah yang mencipta,
menggubal, meminda atau
membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dalam
pilihanraya 'demokrasi'. Bila
mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat
terbanyak. Mereka kata mereka telah
diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!!
(Walaupun mandat itu diperolehi
secara penipuan seperti undi pos yang menjadi taboo kepada
pembangkang). Bila mereka kata kita tak
boleh laksanakan hukum jenayah dalam al-Quran (hudud), rakyat (termasuk
orang yang cintakan
al-Quran dan Islam) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu
ini dinaikkan, semua rakyat
terpaksa bayar walaupun perit. Bukanlah susah untuk mencipta beberapa
rasional di sebalik kenaikan
harga barang itu dengan sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yang
entah betul ke tidak.
Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yang mereka
sendiri buat, rakyat pun
terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebagai kerajaan pusat.
Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pada hari ini, kenapa pejuang
Islam perlu mengasingkan
diri dan lari daripada merebut peluang untuk melaksanakan Islam melalui
kuasa? Apakah Nabi s.a.w.
mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yang diusahakan? Bukankah
perpindahan dari Mekah ke Madinah
(Hijrah) itu sebagai satu strategi untuk mempraktikkan Islam melalui
kuasa politik/pemerintahan di
sebuah negara yang bebas dan berdaulat (walaupun bukan secara parti
politik seperti hari ini)?
Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa
berhijrah mendapat sebuah
negara yang berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan
sepenuhnya tanpa sebuah negara
dan sistem yang bebas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh
berdakwah, beriman dan beramal
di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a.
berhijrah? Sedangkan beramal
di Mekah itu mendapat pahala yang paling besar?
Jawapan kepada soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi
untuk mempraktikkan Islam
secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa
eksekutif) itu didapati
melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dalam konteks
Malaysia dan kebanyakan
negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.
Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal seperti solat,
zakat, haji, zikir atau
baca al-quran sahaja. Kalau itulah sahaja Islam, Nabi s.a.w. tak perlu
berhijrah, sebab semua itu
boleh dilakukan di Mekah, dengan pahala yang paling besar lagi. Itu
semua amal individu, kalau tak
ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam
lebih luas daripada itu. Ada
banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yang tidak boleh dilaksanakan jika
Islam tidak mempunyai negara
atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, seperti suruhan
melaksanakan hudud (sistem kawalan
jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total
tanpa campuran riba,
suruhan jihad memerangi musuh yang mengkhianati umat Islam, suruhan
mengharamkan segala yg
diharamkan Allah s.w.t. (seperti arak, judi dll) dan menghalalkan
segala yg dihalalkan-Nya
(tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala
perkara yang bukan bertujuan
jahat) dan yang paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat
kepada sekalian alam. Hampir
semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar
Islam ini kerana mereka
bernegara dan kuasa sekular. Orang bukan Islam, khususnya kuasa2 barat
semakin memandang lekeh
kepada Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC?
...diketawakan saja!! Malaysia
negara contoh?? nampaknya lebih kepada syok sendiri!!
4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin
hanya dengan berdakwah keluar 3
hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal
ibadat individu (solat,
zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya); tak mungkin dengan
cara itu saja negara Islam
akan tertegak seperti Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah
al-Munawwarah. Walaupun tak
dinafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa
strategi jangka pendek dan
panjang, lebih dekat kepada sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati
kehendak Allah s.w.t. kita
berjuang dalam satu saf/barisan/front/organisasi seperti sebuah
bangunan yang terpacak teguh tanpa
goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yang jelas atau yang
seperti musang berbulu ayam)
sedang enak menjahanamkan Islam yang syumul bawaan Nabi s.a.w., kita
masih asyik berbalah tentang
apakah boleh berparti politik.
Maka dalam konteks hari ini, berparti politik untuk menegakkan Islam
adalah lebih dekat kepada
wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yang berbunyi
"Maa laa yatimmu al-waajib
illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yang tidak akan sempurna
perkara yang telah wajib
melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya).
Mendaulatkan Islam secara
syumul (menyeluruh) samada dalam bidang akidah, akhlak, ibadat,
muamalat, munakahat, jinayat,
jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yang telah pasti
berdasarkan nas2 yang telah sedia
ada dalam al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak
dapat dilaksanakan tanpa
wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yang memimpin. Maka mewujudkan
negara, kuasa dan sistem
Islam itu wajib hukumnya.
Dalam konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat
dicapai melainkan dengan cara2
seperti: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam
walaupun demokrasi palsu),
revolusi (sepertt Iran 1979), reformasi (seperti Indonesia, Filipina).
Dua cara terakhir itu boleh
mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan
selagi ada jalan yang lebih
selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.
Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti
politik berdaftar, maka
menjadi kewajipanlah kepada pejuang Islam untuk mendaftarkan paling
kurang sebuah parti politik
yang khusus untuk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk
pilihanraya. Kalau tak boleh
masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif
itu. Kalau tak duduk, tak
mungkin berkuasa dalam realiti negara hari ini!! Ada sesiapa lagi yang
nak menidakkan realiti
semasa secara membuta tuli???
5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam
al-Khulafa' al-Rasyidin),
memang tak perlu kepada parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan
perpecahan. Tetapi apakah
pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan
kebertanggungjawaban sepertt para
khalifah yang dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung
daripada Nabi s.a.w. itu?
Tak ada!! termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam
khalifah, tak kan dia benarkan
tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebagai pangkalan untuk
menyerang saudara Islamnya
di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung seperti di
Saudi lebih membawa
kemudaratan kepada umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa
siapa berani menegur.
6) Tidak semua perkara yang dicipta oleh orang bukan Islam/kafir itu
haram diguna pakai oleh umat
Islam (seperti sistem pilihanraya dan parti politik). Yang menjadi
haram sesuatu perkara itu bukan
sebab ianya dicipta oleh orang bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas
yang mengharamkannya.
7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh
buat. Nabi s.a.w. tak buat
jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yang
banyak, tabung haji,
dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas
alasan baginda tak buat?
Jadi kalau baginda tak buat parti politik yang sama sebijik macam hari
ini pun, apa salahnya kita
kreatif sikit dalam perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem
musuh?
8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga
mendukung agenda dakwah, iman
dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yang lebih luas lagi daripada
yang tak berparti politik.
Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yang
sempurna. Perbaikilah mana2 yang
tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dengan
kehendak Islam. Jangan
kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih
sedih lagi kita pergi sokong
parti jahiliyah pula. Ini yang parah nih!!
Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah
di masjid (dan inilah yang
sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jangan kerana
beberapa kerat yg tak
berjemaah (atau yang tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli
parti Islam sebagai tak
beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti
Islam itu, bukankah mereka
berdakwah kepada iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu,
biasalah ada yang nakal seorang
dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli
Tabligh pun ada yang masih
tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri
dalam jamaah, begitu juga
ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jangan hentam menghentam
atau undi parti sekular
pulak. Daftarlah sebagai pengundi yang sah dan berilah undi untuk parti
yang memperjuangkan Islam.
Jika pemerhatian rambang pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan selama
hampir 12 tahun, Terengganu
dekat dua tahun setengah jelas menunjukkan kesungguhan untuk menegakkan
undang-undang Islam,
berbagai method dan kaedah pengurusan dan pentadbiran Islam telah
direalisasikan secara menyeluruh
dan bersungguh-sungguh ...
Pengurusan anak syarikat kerajaan negeri, pengurusan masjid, pejabat
tanah dan lain lain mengalami
perubahan sungguhpun tidak keseluruhan kerana sebagaimana yang umum
ketahui, pertukaran KERAJAAN
negeri dari BN kepada PAS/BA tidak melibatkan pegawai2 kerajaan yg mana
tidak sehaluan dengan
pendirian kerajaan negeri. Perkara ini memerlukan satu proses yg
berterusan supaya setiap arahan
kerajaan negeri diterimapakai kerana mereka bekerja dengan kerajaan
negeri bukannya parti yg
memerintah. Kerajaan negeri tidak boleh membuang pegawai2 yg tidak
sebulu dengannya dengan sesuka
hati. Doktrin ini perlu difahami dengan jelas.
Tak hairanlah sekiranya kita melihat Kelantan sebagai sebuah negeri
‘anak tiri’ kepada Persekutuan
tidak dapat berbuat apa-apa mengikut ideologi sendiri kerana
terperangkap dalam serba serbi
jerangkap yang
memenjarakan. Namun sekalung tahniah kepada Kelantan yang berjaya
meminimakan hutang negeri kepada
Persekutuan yang ditinggalkan oleh juak BN dikala mereka memerintah
dulu.
Walaubagaimanapun mari kita renungkan sedikit komentar yang ingin
diutarakan disini, bukan
mengenai 12 tahun pemerintahan PAS di Kelantan tetapi setelah hampir 45
tahun Tanah Melayu
asalnya, kini bertukar
menjadi Malaysia diperintah dijajah oleh satu parti perikatan majoriti
rakyat majmuknya, Barisan
Nasional, apakah yang dilakukan dan dibuat oleh mereka pada rakyat
buminya ?
1. Sehingga borang permohonan murtad dari manusia yang berugama Islam
meningkat tebalnya mencecah
3 kaki di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau JAWI.
2. Sehingga kadar jenayah dimerata pelusuk negara meningkat mencecah
paras bahaya dan kritikal
yang menyebabkan anggota petugas keselamatan tidak mampu lagi memikul
tanggungjawab tersebut lalu
berebut-rebut
mereka memikul tugas orang lain seperti saman ekor !
3. Sehingga tertubuhnya badan pencegah dan pemantauan HIV yang dipimpin
oleh anak kandung PM
sendiri– Marina yang mana fungsinya juga menggalakkan lagi penambahan
angka pesakit AIDS dengan
kempen ‘guna
kondom’nya melalui dasar-dasar maksiat negara secular pimpinan
bapaknya.
4. Sehingga kadar kemiskinan rakyat termiskin terus meningkat melalui
dasar ekonomi baru, dasar
pembangunan sosio-ekonomi dan pelbagai dasar yang kian menghimpit
manusia tertindas yang
majoritinya sama agama dengan pucuk pimpinan “haprak” negara !
5. Sehingga masih ramai terdapat ‘orang asli’ yang tidak menyedari
hakikat dan tuntutan Islam
terhadap umatnya. Masih berdiri dalam kawanan dan kawasan kelompok
makhluk engkar yang menerima
kebathilan dan menolak yang haq !
Saban hari kita melopong dihadapan kaca tv, tunduk diam membaca warkah
perdana, menadah cuping
telinga dicorong radio cerita dan berita mengenai warna-warni kemajuan
negara dicapai satu persatu
kononnya membawa nama negara setaraf negara maju ataupun negara Islam
paling maju ! (walhal hutang
keliling pinggang)Dan pada masa yang sama kita menyaksikan negara kita
‘maju’ dalam keruntuhan
akhlak rakyat jelatanya, kegagalan dasar-dasar sosio-ekonominya,
kemusnahan struktur dan harmoni
masyarakat madaninya, kepincangan sistem pentadbiran yang penuh korup
dan hina dina.
Bagaimana kita dapat mengIslamkan orang kafir dan orang asli sedangkan
orang Islam yang ‘asli’
masih belum redha menerima pakai Islam secara mutlak seperti ketua
pemimpin negara Islam sekular
Mahathir Mohamad yang tinggal di hutan tropika kekal Putrajaya bersama
penasihat dan pengikut
jumudnya. Itu lebih WAJIB kerana orang sebeginilah yang menghidupkan
dan mengagungkan hukum rimba
belantara demi kepentingan nafsu buas masing-masing daripada orang asli
yang mendiami hutan rimba
belantara.
______________________
Terbitan : 22 Jun 2002
Ke atas
Home