MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Allahyarham Us Fadhil Noor yang pernah saya temui

cerita ini mungkin basi , tetapi setelah membelek Harakah minggu ini dan membaca catatan-catatan sahabat Allahyarham mengenai beliau, terdetik di hati saya untuk menulis ini.

Kisah ini sudah lama , kira-kira 12 tahun lalu semasa saya seorang ibu muda beranak satu. Satu malam saya menaiki pesawat dari KB ke KL bersama anak yang masih kecil. Suami saya tidak bersama, kerana bila balik rumah mak saya balik berminggu2.

Sampai saja di lapangan terbang Subang, biasalah saya ke tempat mengambil beg dan sambil2 tu mata melilau2 mencari suami yang sepatutnya menunggu. Namun kelibatnya langsung tak kelihatan.

Saya pun membawa beg dengan troli sambil memimpin anak ke tempat menunggu di bahagian luar. Mula2 orang masih ramai, namun lama kelamaan penumpang semakin surut, ada yang naik teksi ada yang diambil. Namun suami tak juga kunjung tiba. Akhirnya tinggalah beberapa orang saja di tempat menunggu.

Saya lihat ke kiri, kelihatan 2 orang lelaki yang naik pesawat bersama saya. Dan di kiri pula, ada seorang lelaki berkopiah putih sedang menyandar di palang besi. Semua lelaki di situ berusia pertengahan umur dan saya pasti seperti saya sedang menunggu seseorang menjemput. Saya rasa seolah2 pernah melihat lelaki yang sedang menyandar itu, namun entah kenapa memori saya jadi jammed seketika.

Kerisauan mula membakar diri takut2 perkara buruk berlaku kepada suami, maklumlah hobinya memecut kereta dengan laju dan sering pula terlibat dengan kemalangan kecil.

Dalam kegelisahan anak saya pula buat hal. Bau dari lampinnya menusuk hidung dan sudah basah pula. Saya mengambil pakaian dan pampers dari beg dan lihat kiri kanan untuk meminta tolong seseorang menjaga beg kerana mahu ke bilik air. Tergerak di hati saya untuk mendekati lelaki yang sedang menyandar di palang besi . Saya mengheret beg saya dan mendekatinya.." encik boleh tak jaga beg saya, saya nak ke bilik air?'". Lelaki itu memberi sekilas pandang pada saya dan mengangguk2 tanpa bersuara.

Saya segera ke bilik air untuk membersihkan anak saya. Apabila kembali saya melihat sudah ada sebuah kereta putih dengan pemandu berdiri di luar. Kecewanya saya kerana bukan suami saya yang tiba. Terus saya ke tempat lelaki tadi dan mengucapkan terima kasih padanya. Dia sempat bertanya " tunggu suami ke..dia tak datang lagi?" saya mengangguk2 sedih dan diapun terus pergi ke kereta putih tadi. Oh rupa2nya sudah ada orang datang menjemputnya, tetapi oleh kerana saya meminta menjaga beg saya, dia terus berdiri di tepi beg saya sehinggalah saya datang. Tidak pula dia pergi berbual2 dengan pemandu atau sebaliknya.

Tiba2 lelaki yang menaiki pesawat dengan saya bangun dan bersalam dengan lelaki yang tolong menjaga beg saya tadi. Dan saya pula masih terfikir2. sapalah lelaki yang begitu familiar tu? Saya ke tempat duduk , dan lelaki yang menaiki pesawat yang sama dengan datang menegur saya.

" Ustaz Fadhil Noor , kan?" katanya. MasyaAllah masa tu lah komputer otak saya berfungsi dengan baik semula. Terasa ingin mengetuk kepala kerana sampai begitu sekali saya tidak mengecam.

Akhirnya suami tersayang muncul juga sedangkan malam sudah jadi pagi. Rupa2nya kereta buruk kami rosak di lebuhraya persekutuan sehingga terpaksalah kawannya datang mengambilnya. Malam tu semakin panjang bila kami terpaksa ke tempat keretanya yang tersadai untuk dibaiki.

Saya menceritakan kepada suami , katanya" teruknya ummi , Us Fadhil Noor pun tak kenal?" jawapan saya "siapalah ustaz fadhil Noor compared to you ?" dia tersenyum. Dan kata saya lagi kalaulah saya dah sedar itu dia, taklah saya minta dia jaga beg saya!

Saya menceritakan ini ingin menyatakan bahawa sikap kesederhanaan, tidak menyombong memang dah jadi darah daging pemimpin2 tertinggi PAS. Banyak pengalaman yang boleh saya ceritakan sebagai bukti terutama TG Nik Abdul Aziz dan isteri kerana saya orang senegerinya. Namun cukuplah cerita Almarhum Ustaz Fadhil Noor.

Saya tidak nafikan, saya menitiskan airmata membaca catatan rakan2 Allahyarham, namun kematian suatu yang pasti. Pemimpin tetap datang dan pergi, perjuangan tetap diteruskan.

Kepada orang2 umno, DR Mahathir mengistiharkan letak jawatan pun kamu dan histeria, apa akan berlaku kalau dia mati dalam kamu masih sangat mahukan dia. Dia pasti akan mati juga , bukan?

salam
cswk







______________________
Terbitan : 28 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com