SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Segera tarikh keputusan rayuan kes Anwar

Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan harus menyedari moto "perlambatan pengadilan terhadap kes bersamaan dengan penafian keadilan” dan menetapkan tarikh keputusan rayuan kes penyelewengan dan pendengaran rayuan kes sodomi Anwar dengan segera.

DAP menyokong surat Anwar bertarikh 4 Jun 2002 kepada Pemangku Pengerusi Mahkamah Rayuan, Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (beliau juga merupakan Ketua Hakim Malaya). Dalam surat ini, Anwar menyatakan harapannya bahawa rayuan bagi kesalahan sodomi akan didengar oleh Mahkamah Rayuan dengan segera.

Sudah dua tahun sejak Hakim Arifin Jaka menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun ke atas Anwar pada 8 Ogos 2000 dan hukuman ini akan dijalani selepas hukuman penjaranya selama enam tahun bagi kesalahan kes penyelewengan.

Pada 14 April 1999, Hakim S. Augustine Paul mendapati Anwar melakukan kesalahan atas kes penyelewengan dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun.

Mahkamah Rayuan mula mendengar rayuan Anwar atas kesalahan kes penyelewengan pada 28 Februari 2000, dan menolak rayuan Anwar pada 29 April 2000.

Jika Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada bekas pengerusinya, Tan Sri Lamin Yunus, Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Dato Mokhtar Sidin, boleh mendengar rayuan Anwar atas dakwaan penyelewengan 10 bulan selepas keputusan Augustine Paul dan menolak rayuan Anwar dua bulan kemudiannya, mengapakah kini ia harus mengambil masa dua tahun untuk menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan dakwaan sodomi?

Pentadbiran keadilan bukan sahaja tidak diperbaiki, tetapi semakin mundur dan tidak dapat memulihkan keyakinan kebangsaan dan antarabangsa terhadap sistem keadilan di negara ini.

Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan harus menyedari moto "perlambatan pengadilan terhadap kes bersamaan dengan penafian keadilan” kerana Mahkamah Persekutuan juga memperlambatkan keputusannya terhadap rayuan Anwar atas dakwaan penyelewengan.

Mahkamah Persekutuan harus ingat bahawa keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas dakwaan penyelewengan dibuat dua tahun yang lalu, dan kini Mahkamah Persekutuan telah melakukan ketidakdilan jika ia lambat membuat keputusan.

Dengan terdapatnya pengampunan sebanyak satu per tiga daripada jangka pemenjaraan, hukuman penjara selama enam tahun hanya akan dijalani selama empat tahun. Ini bermaksud bahawa Anwar akan menghabiskan hukuman penjaranya dalam masa sembilan bulan, iaitu 13 April 2003. Sebenarnya, jika lokup Anwar selama 18 bulan sebelum hukuman dijatuhkan diambil kira, biasanya keadaan adalah sedemikian, Anwar akan menghabiskan hukumannya pada 28 September 2001 – ini adalah kerana beliau didakwa pada 29 September 1988.

Mahkamah Persekutuan haruslah bertindak segera untuk membuat keputusan atas rayuan Anwar bagi dakwaan penyelewengan kerana Anwar akan menghabiskan hukumannya dalam masa sembilan bulan.

Oleh : Lim Kit Siang







______________________
Terbitan : 30 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com