MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Ops Warta II yang membawa kesusahan dan kesukaran

Polis telah melancarkan Ops Warta II yang membawa kesusahan dan kesukaran kepada banyak pemandu kenderaan. Saya berharap polis betul-betul pasti apabila menahan pemandu kenderaan yang disyaki tidak mematuhi pemberitahuan kompaun Polis 170A. Seksyen 118 Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengkehendaki pemberitahuan sedemikian dihantar melalui surat berdaftar kepada pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan. Tindakan menghantar notis Polis 170A melalui surat biasa adalah tidak sah dan sebagai akibatnya, apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak polis menurut pemberitahun yang disampaikan melalui surat biasa juga tidak sah lantaran mendedahkan polis kepada tindakan undang-undang sivil. Oleh itu, adalah penting bagi polis untuk menyatakan secara jelas bahawa pemberitahuan 170A telah dihantar melalui surat berdaftar.

Saya berharap Peguam Negara, Datuk Abdul Gani Patail telah diberi taklimat penuh mengenai cara penyampaian yang dipakai berhubung pemberitahuan 170A. Saya difahamkan bahawa sebelum tahun 2000, pemberitahuan sedemikian disampaikan melalui surat biasa sahaja dan bukannya melalui surat berdaftar sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 118 Akta Pengangkutan Jalan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1988. Sekiranya ini benar, maka penyampaian sejumlah besar pemberitahuan, termasuk pemberitahuan yang dikeluarkan seawal tahun 1996, adalah cacat dan tidak sah. Saya menyeru Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai untuk memperjelas perkara ini khasnya setelah Peguam Negara telah menyokong sepenuhnya tindakan pihak polis dalam operasi terhadap pemandu kenderaan yang berterusan ini.







______________________
Terbitan : 2 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com