MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

PM halang proses penyiasatan MB Selangor

HULU LANGAT: Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat, Khairudin Othman, menegaskan bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) mestilah melaksanakan tugas secara profesional walau dalam keadaan apa sekalipun.

Katanya, menurut sumber, siasatan kes rasuah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo telah dihantar ke meja Perdana Menteri, tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Ini amat mengecewakan kerana ada bukti kukuh untuk mendakwa Khir.

Beliau bimbang BPR akan hilang semangat untuk meneruskan kerja pernyiasatan rasuah apabila tiada sebarang tindakan diambil oleh Perdana Menteri.

“Sudah pasti BPR sendiri kecewa apabila hasil kerja mereka tidak dinilai, malah disia-siakan oleh Perdana Menteri,” katanya, sambil membidas sikap Perdana Menteri yang pilih bulu dalam meneruskan siasatan rasuah.

“Jelas menunjukkan Perdana Menteri penghalang besar terhadap proses penyiasatan,” katanya lagi.

Khairudin yang juga seorang peguam berpendapat, sekiranya PM dapat selamatkan Khir Toyo hari ini, bukan bermakna Khir Toyo akan selamat selamanya. Segala bukti dan keterangan yang diperolehi Ahmad Lutfi akan terus didedahkan kepada rakyat.

Beliau mengharapkan Ahmad Lutfi dapat terus mendedahkan segala-galanya tanpa takut dan bimbang.

Tegasnya, Pemuda PAS Selangor sentiasa bersama Lutfi membongkar penyelewengan Menteri Besar Selangor. Walaupun ia bukan suatu yang mudah, tetapi kebusukan yang telah dilakukan oleh Khir perlu dicantas segera.

Lutfi telah membuat aduan rasmi berkali-kali kepada BPR dengan mengemukakan pelbagai bukti tentang amalan salahguna kuasa Khir. Terbaru pada 13 Jun lalu, Lutfi membuat laporan rasmi di Putrajaya, membabitkan lapan kes baru, terbabit isu tapak rekreasi di Bandar Baru Bangi. Bagaimanapun hingga kini pihak BPR belum membuat apa-apa kenyataan rasmi mengenainya.

Malah Khairudin membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Rais Yatim yang mempertikaikan siasatan kes-kes panas membabitkan tokoh-tokoh penting kerajaan sudah terlambat.

“Mengapa sekarang Rais beriya-iya mengkritik kes-kes rasuah, setelah imej dan institusi kerajaan itu telah berada di tahap paling buruk sehingga tidak mampu dipulihkan lagi,” kata Khairudin.







______________________
Terbitan : 28 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com