Assalammualaikum,
Sejenak merenung kembali saat bahagia saya ketika beberapa kali pernah bertemu dan bersalaman dengan Allahyarham Dato' Haji Fadhil Noor. Sebagai manusia kerdil saya rasa amat terharu mengenangkan kembali saat-saat manis itu.
Kali terakhir saya melihat Allahyarham secara dekat ialah ketika Majlis Syarahan Perdana: Palestin dan Kemanusiaan di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini.
Dalam banyak kali berkesempatan melihat beliau dari dekat saya sentiasa mengambil peluang untuk berinteraksi dengan beliau. Dato' Haji Fadhil ternyata seorang pemimpin berjiwa besar. Terasa saya menjadi begitu kerdil ketika beliau membalas balik sapaan dan huluran salam saya. Tidak kiralah di mana sahaja saya sempat bertemu dangan beliau.
Begitulah serba sedikit pengalaman saya mengenali Allahyarham. Manusia kerdil seperti saya cuma mampu mengenali beliau dari jauh. Namun, saya tetap kagum dengan kemampuan beliau sebagai pemimpin kepada Ummah.
Sudah barang tentu pengalaman saya lalui ini terlalu sedikit dan saya amat menghargai dan merindui senyuman seorang ulama' yang berbudi luhur seperti Ustaz Fadhil.
Secebis takziah kepada semua sanak saudara dan rakan taulan serta seluruh rakyat Malaysia. Kita semua telah kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa luhur. Saya memanjatkan doa kehadrat Allah subhanna wata'ala agar rohnya dicucuri rahmat yang berlimpah-ruah. Al-Fatihah.......
Enot Sabah
______________________
Terbitan : 25 Jun 2002
Ke atas
Home