MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

1 Year Transition Period Strategi Bijak Madey

Benda yang hidup lama akan liat matinya, itu memang dah hukum alam. Ambo dan rakan-rakan pernah menyembelih seekor dhab yang kami beli di pasar ketika di Cairo dahulu. Selepas disembelih, dhab itu lari ke hulu ke hilir mencari air, dan hanya selepas sehari dua barulah dia mati. Kata orang Arab, dhab boleh hidup sampai 400 tahun di padang pasir. Makan daun dan hanya kencing setitik setiap 40 hari. Mungkin sebab itulah matinya liat dan dagingnya paling liat nak kunyah. Dan sebab itulah khasiatnya dianggap power sungguh.

Demikian kisah seekor dhab. Madey ialah replika seekor dhab. Hanya orang yang naive sahaja akan menganggap bahawa madey akan meletakkan jawatannya dalam sekelip mata. Kecuali dalam impak sebuah revolusi atau reformasi seperti di Indonesia sahaja dia boleh dijatuhkan dalam sekelip mata. Tetapi kalau ikut demokrasi, tidak mungkin.

Begitu banyak x-files yang perlu diuruskan dalam tempoh 20 tahun itu sebelum dia boleh pergi dengan tenang, bersama para kroninya. Tetapi lantikan memangkunya untuk Pak Lah, ambo rasa, tidak langsung bermakna bahawa Pak Lah lah akhirnya yang akan menjadi PM. Masih panjang lagi masanya untuk pak lah boleh tidur lena. Kem Rafidah juga mungkin telah dijanjikan dengan satu penyelesaian selesa oleh madey sehingga Rafidah boleh bersetuju walaupun secara terpaksa.

Dalam tempoh setahun ini sehingga Oktober 2003, banyaklah benda magic yang akan dilakukan madey. Pak Lah pasti akan menjadi lebih sibuk dengan amanah barunya, meninggalkan madey begitu banyak masa untuk manipulate keadaan demi survivalnya dan kroni. Sekali lagi rakyat tertipu dengan penipuan mega yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah politik dunia.

Orang UMNO pun ramai yang lega. Saat terkejut akan tamat dan bertukar menjadi saat menerima hakikat pengunduran madey. Pak Lah pasti akan cuba menguasai media untuk memprojekkan dirinya supaya kedudukan beliau lebih selesa sebagai bakal PM, walaupun beliau telah menegaskan tadi bahawa beliau tidak akan memprojekkan dirinya selepas ini. Kenapa Pak Lah perlu emphasis kan mengenai ini? Sebab itulah yang sebenarnya dia nak buat.

Jikalau Zam atau sesiapa sahaja yang menguasai media selepas ini masih berpihak kepada madey dan enggan memberikan projection yang mencukupi untuk pak lah, sebaliknya mulai memprojekkan figure yang lain dari kem madey, maka kita boleh agak apa yang bakal berlaku di dalam UMNO. Yes, back to business.

Pak Lah perlu mecantas seramai mungkin kroni madey dan kepentingan mereka dalam UMNO dalam masa setahun ini. Barulah ketika itu, kedudukannya akan hampir pasti sebagai bakal PM. Jikalau perlu, Zam harus di turning-overkan. Sebanyak itu yang madey perlu lakukan untuk satu transition period yang selesa bagi dirinya, sebanyak itulah juga yang Pak Lah perlu lakukan untuk menjamin kedudukannya sebagai PM.

Ambo bersetuju bahawa kem S'46 sudah mulai memperoleh the upper hand dalam UMNO. Tetapi setakat mana mereka boleh menarik sokongan grass root masih boleh dipersoalkan. Salah satu kem perlu mengalah untuk menghindarkan UMNO berpecah teruk. Tetapi strategi madey ini, walaupun unorthodox, telah mampu mengelakkan perkara ini dari berlaku. Walaupun kita tidak sukakan strategi ini, tetapi as far as politics are concerned, ia satu penawar berkesan bagi madey dan UMNOnya. It IS cunning but yet clever.

HC

.............
Petikan dari Forum Gerak Reformasi







______________________
Terbitan : 26 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com