MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Tangisan Perdana

Korea berjaya mengatasi Sepanyol menerusi tendangan penalti. Belumpun reda sorak sorai gumbira penyokong bolasepak Asia siaran televisyen terus difokuskan kepada perhimpunan agung UMNO. Hemm... boring.. tatkala mata cerah menyaksikan aksi mendebarkan Asia bertemu Eropah, aku terus menguap lebar bila melihat wajah Dato Sri PM. Tiba2 satu pengumuman yang agak pelik kedengaran... anda semua sudah pasti tahu...

Aku terus menelefon sahabat aku untuk mendapatkan kepastian. Beliau sebagaimana juga aku agak percaya2 kucing, al maklumlah "stunt-stunt" sebegini sebenarnya sudah basi dikalangan mereka yang mengekori rapat perkembangan politik tempatan. Aku menjangkakan PM sudah pasti akan menarik balik perletakan jawatan tersebut dalam masa seminggu dua lagi, namun ianya agak melucukan apabila tidak sampai setengah jam "perletakan jawatan" tersebut sudah di tarik balik. Ini memalukan, kerana Ling Liong Sik pun "bercuti" selama 2 minggu... takkan PM begitu takut kalau2 perwakilan menunjukkan tanda-tanda setuju pula nanti?? Hah... masa tu mungkin tiada harapan lagi utk tarik balik...

Pelbagai andaian dapat di telaah dalam perkara ini...

PM terpaksa membuat "stunt" yg lebih hebat kali ini, memandangkan ucapan "mengalirkan airmata" sudah tidak begitu box office lagi dikalangan masyarakat. Namun ucapan sambil memerahkan mata, mengalirkan air mata sambil meneguk air berkali-kali merupakan "something new". Boleh tahan juga... Siti Zaharah yang sedang termenung dibelakang memikirkan bagaimana hendak merampas kembali jawatan Ketua Wanita UMNO hanya tersedar dari lamunan apabila Rafidah Aziz meluru mendakap tangan Mahathir... Apa agaknya yang diperkatakan kepada Dato Sri PM? Mungkin... "Noooo datoo srii...' nooo jangannnnn... dato sri go down... i will go down as well.... please dato sri... for my career sake..." Hishammuddin juga dengan langkah gagah gemalai meluru memeluk pinggul dato sri pm... mungkin juga berkata.. "Apa ni dato sri? Habis la saya... come on la dato sri... sapa lagi nak protect saya?" dan berbondong-bondong lagilah pemimpin UMNO kecuali Razaliegh Hamzah yang duduk tersenyum mengangkat kening ala2 the rock gitu... Ramai yang menangis dan mula mencongak arah... kemana hala tuju karier politik aku selepas ini? Ada yg menangis bukan kerana perletakan jawatan PM tetapi kerana karier politik dan tender2 mereka juga akan berakhir kerana "GodFather" kini telah tiada lagi. Dato Sri PM menangis kali ini bukan lagi kerana orang melayu mudah lupa atau sebagainya tapi kerana tidak percaya beliau akhirnya akan melepaskan jawatan juga... benarkah???

Mungkin benar PM melepaskan jawatan. Pengumuman oleh Pak Lah selepas itu hanyalah utk meredakan keadaan di dewan dan keadaan di bursa saham kl. Namun PM hanya bersetuju utk "menimbang" kembali keputusannya supaya Pak Lah dan semua tukang pujuk keluar dari bilik rehat beliau seterusnya bersiap untuk pergi ke Itali. (Untuk beribadat bak kata Marina Mahathir : rujuk Berita Harian) .... Cuba kita assume dan percaya mengapa PM meletak jawatan di kala ini? Mungkin kerana pada hemahnya, semenjak tragedi 1997 inilah masa yang terbaik dan positif utk meletak jawatan. Beliau mahu rakyat masih menyanjung beliau ketika melepaskan jawatan. Tidak kiralah samada ketika masih hidup atau pulang ke rahmatullah. Maka inilah masa yang agak sesuai untuknya. Dari segi serampang duapuluh mata pula, UMNO sendiri sedang bergelut dengan isu Bahasa Inggeris, Sekolah Wawasan, undi tidak percaya Menteri Pendidikan, Kemasukan bumiputera ke IPTS, isu meritokrasi ke IPTA, isu reputasi Azalina, isu hukum hudud dan pelbagai lagi isu dalaman UMNO sendiri. Dengan terfokusnya isu terhadap dato sri PM maka tersenyaplah isu isu tadi seketika kerana "Melayu UMNO mudah lupa.." Taktik menimbulkan isu utk mengalih fokus ini merupakan taktik biasa di dalam politik di mana2 negarapun sebagaimana contoh isu Anthrax tatkala US menyerang Afghanistan. Begitu juga Peristiwa Sauk tatkala Dato Sri PM harus tampil ke mahkamah didalam kes Anwar. Apa pandangan anda? Setuju?

Minum air sekejap... tak logik... kalau setakat nak mengalih isu, banyak lagi isu2 lain yg boleh diketengahkan dan di besar2kan.... betul tak? Isu letak jawatan ni perkara sensitif...tambah2 jawatan PM pulak tu (secara tidak langsung Presiden UMNO lazimnya juga adalah Perdana Menteri) bagi PM walaupun sensitif tidak mengapa selagi tiada hitam putih. Sebab dalam kerajaan kalau tiada hitam putih maka tak boleh pakai... cuma kredibiliti beliau di mata rakyat dan antarabangsa mungkin boleh menjadi pelbagai. Dikaca mata asing dan pembangkang sekiranya beliau menarik balik perletakan jawatan tersebut hanya menge"sah" kan sahaja orkestra sandiwara untuk tahun ini. Dan merakapun masih menanti "jawapan" kepada sandiwara tersebut. Kerana apa? Kerana lihat saja bagaimana UMNO bersatu padu mengangkat tangan mengusulkan supaya "tarik balik" (walaupun ada yg bersetuju dgn perletakan tersebut kerana berada didalam kem Pak Lah - Pak Lah naik... org dia akan naik, tender akan naik, projek akan naik, "Dato" akan naik di pangkal nama... namun terpaksa juga setuju dgn usul tarik balik kerana keadaan di dewan amat emosional, takut2 terkantoi sebagai org yg menentang PM.... biasala budaya takut ni...) Pokoknya semua berpadu bersetuju, samada ikhlas atau tidak soal kedua dgn harapan PM tidak akan tarik balik... mudah2mudahan begitu ler... PM pula pada perancangannya ianya harus dilakukan kerana keadaan mungkin akan jadi lebih haru sekiranya beliau tiba-tiba menyahut seruan Illahi. Ianya tidak boleh diberitahu pada sesiapa hatta ahli keluarganya sekalipun kerana almaklumlah, takut nanti ada yg akan mengambil kesempatan, bursa saham juga harus di jaga. Apa akan jadi? Team Pak Lah, Team Najib, Team Muhyiddin dan segala apa haram team dalam UMNO akan muncul untuk merebut apa saja peluang yg ada... dan jgn di tidakkan team Razali Hamzah... Pak Lah, Rais Yatim dan beberapa org lagi yg pernah sama2 membakar jambatan UMNO dahulu.. masih ingat? Jadi pada telahan PM mungkin baik beliau meletak jawatan tetapi masih hidup... beliau masih boleh "mengawal situasi". Pak Lah secara formalnya akan menjadi PM boneka... dan dalam masa yang sama di latih untuk menjadi Presiden UMNO, Menteri dalam Negeri, Menteri Kewangan, Presiden Barisan Nasional dan macam2 jawatan lagi... adalah menjadi kegusaran ramai pihak sebenarnya kerana Pak Lah tidak sangat di hormati Oleh puak2 MCA terutamanya... sekaligus belum benar2 layak menjadi Presiden BN. Mengapa ini terjadi? Selepas tragedi 1997, arang dan segala jenih maki caci telah terlekat di pelbagai wajah dato sri PM. Maka, utk mengembalikan reputasi beliau sebagai PM yg amat disegani bertahun2 sebelum itu, seluruh channel media masa telah di gembeling untuk memberikan imej PM yg amat positif di mata rakyat. Beliau juga belajar dari pengalaman bahawa TPM tidak boleh difokuskan sangat takut nanti jadi macam Anwar. Nah kesudahannya Pak Lah kekal dgn imej Pak Sanggup dan Pak Angguk "Mr Yes Man" Setiap tindakan sudah pasti ada Pro dan Kontranya... maka bila terjadi peristiwa seperti ini, kalangan penyokong PM dan segelintir rakyat M'sia langsung tidak nampak siapa yg berwibawa untuk menjadi PM... ada betul??? Yang berwibawa terkurung disangkar besi. Najib, Pak Lah, Muhyiddin pun sebenarnya semua berani2 alah juga utk jadi PM ni sebab MCA begitu kuat tatkala ini. Jika mereka tidak bersetuju maka hidup akan susah dibuatnya... bercerita pasal MCA, akhbar2 dikendalian mereka nampaknya tidak "bersungguh-sungguh" utk menyeru agar PM menarik balik... mungkin kerana marah dalam diam kerana PM terlalu backing Liong Sik dan terlalu mengawal urusan keluarga MCA... apa boleh buat... hanya "Father Ma" saja yg mereka respect.... tapi ibarat api dalam sekam la... Serupa juga seperti di dalam UMNO... byk api dalam sekam tu... itulah sebab kenapa mereka beria sungguh tidak mahu PM pergi kerana Melayu yg tidak bersatu yg dilaungkan PM sebenarnya ditujukan kepada melayu UMNO. Air yg sama di dalam gelas yg berbeza tidak dikatakan di katakan berpecah... sebaliknya air yg sama di dalam gelas yg sama jika retak dan berderai barulah dikatakan berpecah... ibarat UMNO yg retak menanti belah. Ramai pemerhati politik tahu bahawa sekiranya UMNO lingkup dan terlungkup, ianya tidak mungkin akan bangun lagi kerana mereka kini bukanlah terdiri dari pejuang yang berani. Tidak seperti UMNO lama, Kebanyakkan mereka berjuang bukan benar2 kerana bangsa sebaliknya semangat mereka hanya bangkit untuk bertikam lidah dgn PAS dan keadilan. Kalau terlingkup nescaya mereka akan berehat dari politik dan memerhati dari jauh sahaja... sebab itulah UMNO kena all out every second supaya tidak jatuh... bagi mereka, jika habis UMNO maka habislah orang melayu. Aku pula berkata, jika habis UMNO, maka habislah melayu UMNO, karier politik dan tender2 kontrak mereka...

What about pilihanraya umum? Apakah ini gimik PM juga? Pada pandangan aku, mungkin juga ya, ianya di orkeskan seakan2 Pm benar meletak jawatan agar bersorak sakanlah puak2 pembangkang menanti hari bahagia yang telah kunjung tiba. Dengan penuh konfidennya puak2 pembangkang bahawa Barisan Nasional sudah sampai ke penghujungnya. Puak2 UMNO yg patah semangat dan hilang keyakinan diri ini pula merasakan bahawa masa depan mereka sudah malap. Hancur musnah sudah jiwa dan raga. Badai yang melanda sudah tidak mampu di tongkah lagi. Halilintar telah menyentap seluruh jiwa dan roh mereka dgn perginya PM dari persada politik negara... namun... tiba tiba... PM kembali ke arena politik, ibarat Hulk Hogan kembali ke WWE. Ibarat Amitabh Bachan kembali menayangkan muka di layar perak. Ibarat Arnold kembali menyalakan mata merah dan mengangkat pump gun di dalam terminator 2. Tidakkah itu semua akan membangkitkan semangat dan iltizam puak2 UMNO utk menghadap pilihanraya sekaligus ala memberikan tamparan hebat kepada puak pembangkang walaupun pada hakikat sebenarnya tidak? Namun disitulah peranan media masa dan Zainuddin Maidin akan bermain sentimen emosi utk menggerakkan semua jentera UMNO yang terlalu cinta, taksub, gila meroyan terhadap PM bekerja bersungguh demi utk memenangkan UMNO di dalam P/raya tanpa terlalu byk memikirkan samada calon mereka terpilih ataupun tidak. Bercakap mengenai Zainuddin Maidin, kenapakah beliau begitu beria-ia cuba meyakinkan penonton tv bahawa ianya bukan sandiwara? Ia ataupun bukan, biarlah rakyat sendiri menentukannya.... lambat laun kita akan tau samada ianya sandiwara ataupun tidak.... media mungkin akan memainkan propaganda agar pembangkang2 benar2 gembira dengan perletakan jawatan tersebut dan seterusnya menantikan PM melakukan come back. Namun, sebaliknya puak pembangkang sudah terlalu kerap di sogokkan dengan sandiwara sehinggakan mereka tidak berapa hairan sangat dengan isu tersebut, tambahan pula selepas di umumkan oleh Pak Lah bahawa "tak jadik tarik balik ... acah je" dan pula dengan pemergian Allahyarham Dato Fadzil Noor ke rahmatullah menyelubungi minda dan kesedihan mereka. Apa sudah jadi dengan perancangan UMNO? Media masa dan berita cuba sedaya upaya utk memfokuskan terhadap isu PM namun tidak dapat mengawal situasi sebagaimana yg dikehendaki, kerana fokus telah terbahagi dua...stratategi harus di ubah...

Apakah episod seterusnya? Pilihanraya Dun Anak Bukit dan Parlimen Pendang akan membuktikan apakah sokongan rakyat benar2 telah kembali kepada BN ataupun propaganda semata. Siapakah wakil PAS di dalam p/raya nanti? Bagaimana pula pendekatan Haji Hadi dalam menerajui PAS selepas ini? Apakah status hukum hudud yg bakal di laksanakan? Mampukah Razali Hamzah mengembangkan sayap kembali di bantu oleh Pak Lah, Rais, Musa Hitam dan Ibrahim Ali? Bergolakkah pemuda UMNO apabila hilangnya godfather Hishamuddin? Rafidah Aziz sudah pasti menghitung hari. Tersungkurkah Azalina oleh coretan Erma Fatima? Akan dijulang kembalikah Khalid Jafri sebagai "penulis perhubungan" UMNO dengan adanya Megat Junid? Dan... akan bebaskah Anwar? Manusia mempunyai perancangan, Allah juga mempunyai perancanganNya, dan perancangan Allah lah yang terbaik.... al fatihah untuk Dato Fadzil Noor semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau...

JÊff®Î HÛzÅή¥™







______________________
Terbitan : 25 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com