MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Kisah empat orang petani Melayu…..

Oleh: Kang Semar.

Empat orang petani Melayu dari sebuah kampung pendalaman di Negeri Selangor bercadang membuat lawatan sehari ke Putra Jaya untuk menyaksikan pembangunan dan keindahannya.. Mereka mahu menyaksikan sendiri dengan mata kepala apa yang selalu digambarkan oleh pemimpin tempatan dan ramai jiran mereka yang pernah membuat lawatan ke situ. Mereka berusia antara 40 hingga 70 tahun dan sepakat menyewa sebuah kereta sahaja supaya mudah membuat lawatan sekitar kawasan. Mereka sanggup bayar berapa sahaja yang diminta oleh tuan punya kereta itu kelak !.

Pada hari yang ditetapkan , dengan memakai pakaian baru dan membawa wang ratusan ringgit tiap seorang, mereka pun pergi menaiki dua buah motorsikal ke perhentian kereta sewa di pekan. Ketika tiba berhampiran perhentian kereta sewa, seorang anak muda berusia 30an menawarkan diri untuk membawa mereka ke Putra Jaya dengan bayaran yang murah Kononya, dia kesihan dan ingin menolong petani-petani yang dianggap sebagai abang, bapa dan datuknya. Walaupun begitu, pemandu tersebut meminta mereka berempat menunggu sebentar di situ, kerana dia hendak minum bersarapan pagi sebentar di gerai berhampiran.

Sementara pemandu tersebut minum bersarapan pagi, ke empat-empat petani itu berbual sesama mereka…….

Petani berusia 40 tahun mencadangkan kepada rakan-rakannya , " Saya rasa elok kita cari pemandu lain sajalah. Sebab dia tu muda sangat, tak banyak pengalaman memandu lagi. Dan biasanya pemandu muda kaki pecut di jalan raya . Bahaya kita……. ".

Rakannya berusia 50 tahun menyampuk, " Saya pun rasa was-was juga dalam hati…. Sebab keretanya tu kereta sapu . Mati katak kita kalau eksiden nanti ! ".

Petani ketiga berusia 60 tahun sambil menggaru kepala kerana mula ragu-ragu turut memberi pendapat, " Tak baik kita sangka jahat dengan orang. Aku tenguk dia tu badan muda , mata terang, tahu jalan sana sini, tentulah dia boleh diharap ".

Petani berusia 70 tahun dengan agak marah menyampuk, " Kamu semua ni langsung tak mau percaya dengan orang-orang muda. Sebangsa dan seagama pula dengan kita. Kan kita dah pilih dia untuk bawa ka Putra Jaya ? Aku sekali pandang, cakap dan gerak gerinya pun dah tahu dia tu orang yang berpelajaran dan boleh diharap… Kan aku ni lebih banyak makan garam dari kamu semua ! ".

Mendengar kata rakan-rakannya yang nampak seperti menempelak , petani berusia 40 tahun itu pun terus terang menyatakan terpaksa menarik diri dari menyertai lawatan itu kerana tetap berpegang dengan ' andaian ' pemandu muda sering melanggar undang-undang jalan raya dan suka mengikut perasaan. Bahaya kalau bersamanya nanti.

Dipendekkan ceritanya, tiga orang petani itupun meninggalkan temannya yang berusia 40 tahun itu dan terus menaiki kereta yang dipandu oleh orang muda tersebut. Pada mulanya pemandu itu cukup berhati-hati dan cermat memandu kereta di kawasan jalan pekan. Tetapi akhirnya beransur-ansur laju bila sampai di luar pekan dan kawasan jalan kurang sebuk. Ketiga-tiga penumpang itu sudah mula risau…..

Ketika memasuki kawasan lebuh raya, kereta tersebut dipandu semakin laju. Semua kenderaan yang berada di lebuh raya itu kena potong ! Kelajuannya sudah menjejah 130 km sejam !…...Petani yang berusia 70 tahun siang-siang lagi sudah pening kepala. Perutnya memulas hendak muntah. Petani berusia 60 tahun juga mula pening. Air liurnya meleleh….. manakala petani berusia 50 tahun dalam keadaan suara tergetar-getar kerana takut , cuba memberitahu pemandu supaya berhati-hati dan memperlahankan perjalanan kereta. Apa jawab pemandu itu ?…. " Pak cik jangan takut….. Kan saya sudah diberi kepercayaan memandu kereta ni. Saya taulah macam mana nak gayakan . Bila sampai Putra Jaya nanti saya boleh belanja makan dan minum free pakcik semua. He..he ! ". Semua petani itu diam membisu. Mereka mula menyesal dan terus ketakutan. Tapi apa nak dibuat, mereka semua sudah berada dalam kereta itu. Mau tak mau terpaksa tanggung jugalah !.

Tiba-tiba terdengar bunyi seren kereta peronda mengejar dari belakang. Pemandu itupun menekan minyak keretanya lagi pecut untuk mengelak dari dipintas. Tau-tau di kawasan jalan selekoh kereta itu pun berdentum melanggar tebing jalan !. Ketiga- tiga petani itu terhumban keluar dan mendapat cedera parah. Terbaring di tepi jalan menunggu ambulan datang membawa ke hospital, manakala pemandunya hanya cedera ringan di muka dan masih boleh membelek-belek keretanya yang remuk di bahagian hadapan….

Sebenarnya, kisah di atas adalah kiasan terhadap Dr Khir Toyo yang diamanahkan menjadi MB Selangor dan diberi kepercyaan oleh rakyat menjadi pemimpin termuda . Rakyat peringkat muda awal-awal lagi sudah menolak kepimpinannya. Manakala peringkat dewasa antara percaya dengan tidak, tapi terpaksa juga memberikan kepercayaan dengan alasan bersangka baik terhadap orang yang muda. Dan rakyat peringkat tua pula memang secara ' totok ' menyokongnya tanpa belah bagi ! . Kesemua mereka menyesal melihat gelagat Dr Khir Toyo yang membaham rasuah sana sini dengan rakus dan tidak boleh dilarang lagi. Hanya orang muda yang berfikiran luas terselamat dari jadi penyokongnya, kerana tahu membezakan antara buruk dan baik cara kepimpinan.

Jadi, mahukah penyokong-penyokong Umno sekarang serta yang totok dengan Dr.Khir Toyo menjadi seperti tiga petani itu ? . Kalau nak selamat, berikan ucapan dan tindakan selamat tinggal kepada Umno hingga selama-lamanya pada pilihanraya akan datang !.







______________________
Terbitan : 6 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com