Berkali-kali aduan rasmi dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman kepada Badan Pencegah
Rasuah (BPR) kerana mensyakki Menteri Besar Selangor terbabit dalam amalan
rasuah dan salahguna kuasa. Berikut adalah antara kes-kes yang telah dilaporkan
itu:
· Meluluskan projek membina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan,
sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir
disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak
boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan,
Cabaran Wangsa, dimiliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa
oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Termizi Tajeury adalah
penama Khir, yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum
RM20 juta.
· Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat
syarikat berbeza (Layar Kekal, Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn), tetapi
seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tesebut,
iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang
sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu
ekar.
· Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa
singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara
rawak, iaitu pada 20 Nov 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama
bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Termizi Tajjeury, A.Rahman
Mokhtar, Suzilawani Mustapin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada
dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual,
dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan
modal walaupun satu sen.
· Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya
baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah
seorang darinya adalah anak Pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah
itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka
mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan
Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari
sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal
pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang
ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
· Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh
membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada
BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya MB, beliau
tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos
yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima,
Tanjung Karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
· Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan
sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru
Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di DUN Selangor pada 31 Oktober
2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak
mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga
yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
· Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan
sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000.
Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya,
beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam
diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera yang menurut
Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. Tinjauan
menunjukkan bukan ayam atau reban ayam tidak ada di kawasan berkenaaan, malahan
bulu dan tahi ayam pun tiada.
· Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan
Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi
Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya
bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan
mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana
kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
· Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke
Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.80. Projek ini terlalu mahal dari
taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil
dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km
dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat
imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
· Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk Jabatan Bekalan Air
Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd.
Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1meter
paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu
tukar 5,000 km paip, jadi berapa untung JAKS?
· Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas
lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua
Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua
ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)
merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir
disenarai-hitamkan.
· Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G,
Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga
diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau
membayar tunai RM150,000 hanya selepas lima bulan menjadi MB.
· Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat
dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa
keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah
pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan
kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
· Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan
negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah
di Janda Baik milik kroninya, Majulia Sdn Bhd. Ini bercanggah dengan surat
akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
· Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos
rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui
perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara
mudah kerana tugas Noble Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan
menjadi miliknya..
· Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan
Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26
September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi
MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi
MB baru setahun sebulan, iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya.
Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu Pejabat JKR di
Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya, Merc
S320L, no. plat BGF 7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih
mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
· Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat Exco dikutip semula
selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang
dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain.
Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum
mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya
diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco
Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlengang.”
· Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai
kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat
membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi
mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta.
Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua
wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
· Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua
muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac
2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah
(yang luas & mahal) buat kroni dan suku-sakatnya.
· Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), untuk
meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran
Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya hanya mengesahkan saja. MTES menurut bekas
penasihat undang-undang negeri tidak sah dari segi legal jika ia merampas kuasa
mesyuarat Exco.
______________________
Terbitan : 28 Jun 2002
Ke atas
Home