ASSALAMUALAIKUMWM WBT;
SALAM SEJAHTERA;
Kita telah melihat babak hindustani yang dilakunkan
oleh PM Dr Mahathir Mohamed di PWTC sempena
persidangan UMNO yang lalu. Satu perubutan kuasa
dalamam sedang berkocak di dalam UMNO. Satu
perkhabaran yang UMNO kini tidak lagi disegani malah
sedang menanti saat saat sebuah kematian. Dengan itu
mengapa akbar BEBAS Bil 51 terbitan 15-30 Jun 2002,
cuba menyakinkan rakyat bahawa UMNO akan kembali untuk
menawan Kelantan dan Trenggaru serta semua kawasan
yang telah berada di tangan PAS dan BA. Kata BEBAS,
PAS kini GELABAH mengahdapi keresahan rakyat di
kawasan kawasan pilihanrayanya yang tidak membawa apa
apa perubahan dan terus berada di dalam kemiskinan.
BEBAS cuba menutup mata rakyat dengan pelbagai
masaalah UMNO yang meninggalkan tahi untuk di cuci
oleh PAS semasa pemerinthan UMNO, lantas menuduh
rakyat di kedua negeri tersebut mulai sedar bahawa
kepimpinan ulama' tidak mampu mengubah penghidupan
rakyatnya terutama yang miskin. Kita hendak beritahu
BEBAS bahawa UMNO kini semakin jauh menyimpang dari
agama Islam yang di katakan mereka sebagai sebuah
negara Islam, sampai tidak tahu untuk membezakan hukum
yang diperintahkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran dan
diperjelaskan dengan Al-Hadith dengan menuduh hukum
HUDUD adalah bikinan PAS. Sampai macam tuu bengongnya
perwakilan UMNO dan jahilnya pengetahuan mereka
tentang Islam hingga hukum Allah dipersendakan. Malah
sedikit pun mereka tidak merasa malu dengan agama
agama lain yang mereka itu amat cetek ilmu mengenai
agama Islam yang mereka dakwa mereka itu seorang
Islam! Kemudian BEBAS melapurkan PAS gagal menerapkan
nilai nilai Islam sepertimana yang terkandung di dalam
Al-Quran. Yang Trengganu nak laksanakan itu bukankah
yang terkandung didalam Al-Quran. BEBAS janganlah
sampai untuk memperbodohkan rakyat! PAS cuba
melaksanakan perintah Allah SWT dan UMNO melalui
peguam ZAID IBRAHIM memfailkan saman di Mahkamah untuk
menghalang perlaksanaan HUDUD itu dikatakan sebagi
tidak menerapkan nilai nilai Islam? Yang tak mahu
Islam hanyalah UMNO. Mengapa ZAID IBRAHIM semasa di
ajak untuk bermuzakarah mengenai HUDUD yang akan
dilaksanakan oleh PAS ZAID IBRAHIM tidak muncul untuk
memberi pandangan kalau hang pakar sangat tentang
hukum Allah sepertimana yang di tuntut oleh Al-Quran.
Kalau kamu bacul sangat dan hendak tunjuk hero bukan
itu caranya. Adakah hakim yang bersidang itu pakar
didalam Tassawur Islam? kalau nak pakai lojik akal
ZAID IBRAHIM boleh belahlah!!! Kalau sudah bodoh
sangat tentang Islam, jangan ajak orang lain jadi
bodoh sama. PAS dan rakyat jemaah dibelakangnya sudah
cukup di bekalkan ilmu tentang Islam. Yang jadi
tunggul itu hanyalah UMNO sampai kuliah kuliah agama
di Masjid pun di larang. Orang nak menyampaikan ilmu
tentang Islam dihalang, kemudian bila kita hendak buat
sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT kata kita
tak betul! Mengajar tak ada tauliah!
Yang resah adalah UMNO. Yang gelabah adalah UMNO.
Orang orang macam ZAID IBRAHIM, IBRAHIM ALI, itulah
manusia manusia yang cuba menangguk diair keroh. Yang
cuba menyelewengkan akidah rakyat tentan Islam. Yang
cuba menimbulkan keraguan tentang Islam. Sampai
beramai ramai berpesta perahu, turut masuk lubang
syaitan! Semoga kita dijauhi Allah daripada
menyekutuiNya dengan telatah ZAID IBRAHIM. Peguam yang
cetek ilmu tentang Islam yang cuba memperbodohkan
rakyat tentang Islam!
PAS tidak pernah mendongengkan Islam sebagai modal
politik sepertimana yang dituduh oleh BEBAS! BEBAS
jangan terlalu taksub untuk mengkelentong rakyat yang
berkaitan dengan Islam. Sebenarnya mereka nii dok
nampak projek, dok nampak tanah Melayu hak mana yang
nak di ambil, balak yang mana yang nak masuk poket dan
macam macam lagi yang ligat dalam kepala mereka. Yang
hampa curi hak rakyat Trengganu dengan hasil minyak
kenapa tidak mempertahankan! Kemana wang ikhsan itu
dibelanjakan. Kita meminta kerajaan Trengganu meminta
kerjaan UMNO memberi penjelasan kepada rakyat kemana
wang itu selama ini dibelajakan. Kita minta odit bebas
untuk mendedahkan segala kemungkaran ini.
Amboi dah leteh hentam Melayu dia senyep senyap belah
pii ITALY! 1987 ( kalau tidak silap tahunnya )
Mahathir telah membeli dua buah kapal untuk anaknya di
sana. Jadi tidak hairanlah kenapa dia ke Italy.MAFIA
MALAYSIA!
Untuk itu PAS tidak perlu gentar dengan senjata sulit
UMNO bagi menawan Kelantan dan Trengganu yang penuh
dengan penipuan slogan untuk membela rakyat tapi untuk
mengeyangkan tembolok juak juak UMNO!
"KITA JANGAN RELAX UNTUK MEMPERTAHANKAN PENDANG DAN
ANAK BUKIT, INSYALLAH!TURUN DARI SEKARANG UNTUK
MENDEKATI DAN MENDAPAT MAKLUM BALAS RAKYAT DI DUA
KAWASAN TERSEBUT!"
WASSALAM
laduniseven
______________________
Terbitan : 27 Jun 2002
Ke atas
Home