MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Rombakan Besar PDRM ... sebab DRM letak jawatan ..

Oleh : Lebai Din

Rombakan Besar PDRM.

Polis Diraja Malaysia, P-D-R-M hari ini mengumumkan rombakan besar-besaran melibatkan 28 pegawai kanannya yang akan berkuatkuasa mulai satu Julai ini.

Rombakan berkenaan membabitkan lima ketua polis negeri termasuk perubahan jawatan pengarah dan timbalan pengarah dari Bukit Aman.

Antaranya Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Sedek Mohd Ali akan bertukar ke Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Ketua Polis Johor Datuk Kamaruddin Ali bertukar sebagai Timbalan Pengarah Satu, Cawangan Khas Bukit Aman.

Timbalan Pengarah Satu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Mamat Talib sebagai Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman.

Ketua Polis Pahang, Datuk Mohamad Noor Hamat sebagai Ketua Polis Selangor.

Ketua Polis Melaka, datuk Mat Drus Sudin sebagai Ketua Polis Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mangsor Ismail sebagai Timbalan Pengarah Dua Risikan dan Operasi Jabatan Narkotik, Bukit Aman.

Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Dua Christopher Wan Soo Kee sebagai Ketua Polis Melaka.

Ketua Polis Daerah Klang, Selangor, Asisten Komisioner Karn Kam Peng sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Satu Selangor.

Dan Ketua Polis Daerah Bentong Pahang Suprintenden Hasanudin Hasan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Tiga, Selangor.







______________________
Terbitan : 30 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com