Saya adalah seorang penyokong Pas di Parlimen Pendang ingin mencadangkan kepada parti untuk meletakkan seorang calon muslimat untuk bertanding di kawasan parlimen Pendang bagi menghadapi pilihanraya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ini bagi membuktikan bahawa PAS tidak pernah meminggirkan wanita dalam perjuangan kita. Pada pandangan saya, ia juga boleh menutup mulut UMNO yang selama ini sering
memburuk-burukkan PAS dengan mengatakan PAS anti wanita, menzalimi wanita dan berbagai-bagai lagi tuduhan jahat yang tidak masuk akal terutama setelah timbul isu Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Terengganu (hudud) yang akan dibentang oleh Kerajaan negeri Terengganu pada 7 Julai ini. Saya percaya isu ini mungkin akan menjadi isu utama yang akan dimainkan oleh Umno pada pilihanraya kecil kali ini untuk menakut-nakutkan pengundi di Parlimen Pendang.
Tidak timbul masalah untuk memilih calon dikalangan muslimat kerana PAS memiliki ramai tokoh-tokoh muslimat yang berwibawa untuk diletakkan sebagai calon di Parlimen Pendang. Muktamar PAS yang lalu juga telah menerima cadangan untuk meletakkan calon muslimat pada pilihanraya yang akan datang. Kenapa tidak pilihanraya kecil ini dijadikan sebagai perintis untuk merealisasikan perkara itu. Inilah masanya untuk kita buktikan bahawa PAS tidak pernah meminggirkan golongan wanita dalam memperjuangkan syiar islam dinegara ini.
Walaubagaimanapun, ini hanyalah satu cadangan dari saya, sebagai seorang pengundi di kawasan Parlimen Pendang ini. Walau sesiapapun yang diletakkan oleh pucuk pimpinan sebagai calon disini, ia tetap akan disokong oleh kami.............
TAKBIR!!!!!!!
______________________
Terbitan : 26 Jun 2002
Ke atas
Home