Dalam masa yang hampir sama, orang melayu telah kehilangan dua orang Presiden. Yang pertamanya ialah Allahyarham Dato Fadzil Md.Nor, Presiden PAS yang dikenali ramai dengan sifat lemah lembut dan toleransi mengharungi perjuangan politik dan keadilan di Malaysia dan juga global. Tidak ada kuasa yang dapat mengatasi pemergian beliau kerana itulah yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Berkuasa terhadap setiap makhluk ciptaanya. Kembali keRahmatullah. Kita hanya dapat membantu beliau dengan iringan doa memohon keampunan Ilahi untuk beliau supaya dikumpulkan beliau bersama para Syuhada dan Ambia'. AlFatihah.
Segala jasa bakti beliau wajiblah bagi kita mengabadikan dihati sanubari dan semangat juang yang lebih kental dan mantap supaya cita cita beliau dan dasar perjuangan akan terus berkembang dan membuahkan hasil yang diredzai oleh Allah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan kepada kita tetapi merupakan rahmat juga kepada kita kerana kita akan bertambah kukuh, teguh dan bersatu dengan secara yang tidak kita rancang dan ini telah telah mempamirkan kekuatan kita kepada musuh musuh politik kita.
Waktu kembalinya beliau ke Rahmatullah seiring dengan waktu dan suasana dinegara ini dalam kalangkabut terutamanya dikalangan orang orang UMNO. Ekoran dari ketidakwarasan Presiden UMNO, DS Mahathir Mohamed yang ingin membuatkan ahli ahli UMNO di dewan PWTC supaya terkejut beruk dan memangnya pun hasrat DS Mahathir itu menjadi kenyataan. Ahli ahli UMNO bukan saja terkejut beruk tetapi ada yang jadi gila babi dan babi gila.
Kejutan kerana pengumuman untuk meletakan jawatan dalam parti UMNO, BN dan Kerajaan oleh DS Mahathir itu menyebabkan sebahagian dari perwakilan UMNO yang sebelum ini hidup dengan kepercayaan bahawa rezeki dikurniakan oleh DS Mahathir telah terbayangkan periuk nasi mereka akan tidak akan berasap. Kumpulan kumpulan dalam puak UMNO ini merasakan dunia akan kiamat. Perpecahan UMNO tidak akan dapat dibendung lagi. Orang orang UMNO yang selama ini menjadi tangan tangan hantu DS Mahathir seperti Aziz Shamsudin, Megat Junid, Hishamuddin 'the girl', Azalina 'the boy' dan ramai lagi dalam kumpulan 'The Conspirator' akan sanggup buat apa saja walaupun membawa keadaan haruhara. Ini akan menjadikan ketenteraman awam terganggu dan akibatnya pula akan ditanggung oleh PAS dan ahli ahlinya. Sebabnya PAS akan menjadi pesaing yang paling kuat diatas kelemahan UMNO.
Usaha usaha yang dibuat untuk membolehkan DS Anuar Ibrahim menatap wajah sahabat karibnya Allahyarham Dato Fadzil tidak kesampaian. Semuanya ada rahmat untuk PAS kerana segala konspirator UMNO akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan huruhara dan dengan mudah saja UMNO akan menuding jari kepada PAS dan besar kemungkinan sehingga PAS diharamkan atau dimansuhkan. Dalam banyak catitan sejarah yang terkini, apabila UMNO dalam keadaan bercelaru, maka parti pembangkang akan menerima padah. Inilah kerja UMNO dan inilah cara hidup UMNO.
Kini walaupun telah sahih yang DS Mahathir meletakkan jawatan tetapi masanya belum lagi tiba. Perletakkan jawatan itu tidak lagi berkuatkuasa. Masanya masih jauh tetapi tidak lama. Inipun satu rahmat juga kepada kita. Manusia merancang, Allah yang melaksanakan. Kita pasti UMNO akan berpecah belah dan hancur lebur. UMNO parti melayu kacukan adalah parti yang munafik dan parti sandiwara. Mereka berpura pura kawan dan sahabat semasa berhadapan tetapi menikam dari belakang dengan fitnah dan pelbagai konspirasi. Maka itulah lambang kemegahan parti itu ialah sebilah keris telanjang (untuk menikam) dengan warna merah (perangai hasad dengki) dan putih (kepura puraan baik). Perebutan kuasa antara naib naib Presiden UMNO untuk mendaki ketangga Timbalan Presiden tidak dapat dielakkan. Perebutan dikalangan ahli MT dan ahli UMNO yang berpengaruh untuk jawatan naib Presiden juga akan menjadi sengit. Malah jawatan Presiden UMNO juga tidak terjamin selamat. Kita memberi sokonga kuat terhadap segala pertandingan dan pertempuran antara orang orang UMNO ini. Kita akan membentuk kumpulan yang akan dipecahkan kepada untuk menyokong setiap ahli UMNO yang akan bertempur sama sendiri itu. Kita akan bekerja secara sukarela dan sukahati supaya mereka hancur lebur. Mereka orang UMNO tidak pernah serik dan mengambil ikhtibar diatas sejarah Melayu. Negara ini telah di jajah oleh Inggeris kerana perebutan kuasa dikalangan raja raja melayu.
Kini hakikatnya orang melayu PAS telah kehilangan seorang Presiden yang dikasihi dan disanjung tinggi. Manusia menyanjung tinggi dan Allah juga menyanjung tinggi keatas Allahyarham Dato Haji Fadzil Nor. Ribuan manusia melayu telah membanjiri menziarahi dan bersembahyang jenazah beliau. Allah membuka hati orang orang melayu kepada beliau. Kini juga orang orang melayu UMNO akan kehilangan seorang Presiden yang mereka puja. Ramai diantara kita amat berharap supaya DS Mahathir berundur sejak sekian lama. Akhirnya dia terpaksa akur kerana demi masa. Kita terima keputusan yang dibuat oleh DS Mahathir dengan rasa lapang dan bersyukur kepada Allah kerana telah membuka pintu hatinya. Hanya orang UMNO yang tidak dapat menerima kenyataan terutama orang UMNO yang sesungguhnya hidupnya, matinya kerana Mahathir.
Kita akan menanti saat yang akan tiba untuk DS Mahathir benar benar berundur secara resmi. Pada saat itu adalah saat yang bahagia dan sekiranya DS Mahathir masih hidup, saya menarik balik sumpah saya untuk kencing diatas kuburnya apabila dia sayonara dari dunia ini. Pada masa itu saya mengambil peluang terlebih dahulu menyampaikan pengharagaan terima kasih kepada DS Mahathir (seperti yang selalu diingininya) atas kemajuan yang dibuat olehnya walaupun banyak juga kecelakaan yang diciptanya semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan terakhir dari UMNO.
Donmontoya
....................
Catatan : Sdr Donmontoya adalah penulis lama di laman ini. Artikal terakhir beliau di laman ini ialah 13 September 2001 dan menulis 38 artikal. - Webmaster
______________________
Terbitan : 26 Jun 2002
Ke atas
Home