Senario yang berlaku dalam tanahair dewasa ini
menunjukkan
rejim Mahathir &
UMNO sebenarnya berada dalam keadaan gelisah, gelabah dan takut dengan
bayang-bayang sendiri.
Petunjuk ataupun indicator palsu yang diciptakan UMNO melalui
pilihanraya
kecil
IK dan Ketari , iaitu kembalinya sokongan Melayu kepada UMNO kian
pudar.
Justeru itu , kemenangan yang dicemari momokan rasuah , ugutan dan
pengundi
hantu
bukanlah satu kenyataan yang asing kepada kepimpinan UMNO dan BN,maka
hakikat
yang harus diterima ialah kemenangan mereka hanyalah satu bentuk
penipuan
yang terancang.
Dalam ertikata yang lain kepimpinan UMNO dan BN sedar bahawa sebenarnya
mereka masih lemah
untuk menghadapi pilihanraya yang sebenarnya.
Keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada BN, berjaya sedikit
sebanyak menarik tumpuan golongan atas pagar, akan kembalinya UMNO
ataupun
BN beraksi dalam senario politik tanahair setalah melaui zaman
kegelapannya
semenjak meletusnya kebangkitan rakyat ekoran penangkapan DSAI.
Tetapi ianya hanya bersifat sementara dan tidak kekal dan pragmatik ,
sokongan ini dapat dicuri sekelipmata
jika isu yang lebih serius dapat diketengahkan oleh BA.
Rata-rata kaedah perang gerila yang dipamerkan oleh penyokong-penyokong
BA
juga membimbangkan Mahathir
dan rejimnya. Jika sedikit waktu dahulu kita melihat banyak pelekat dan
sticker yang dilekatkan dikenderaan
dengan lambang Pas , Keadilan & Ba namun jumlah yang agak berkurangan
ini
adalah tanda bermulanya
perang secara gerila menempur UMNo dan BN iaitu "hide & attack"
Faktor penangkapan beramai-ramai pemimpin Keadilan sedikit sebanyak
menakutkan para reformis untuk
menampilkan diri mereka yang sebenarnya kerana bakal menghadapi risiko
yang
tinggi.
Trend sokongan rakyat kepada Ba kini lebih bersikap "cooL" dan tidak
menonjol, sekadar menjalankan tugas menjatuhkan BN bila tibanya
pilihanraya.
Hakikatnya Mahathir sendiri yang tahu !!!!! Bahawa jika media massa dan
kuasa polis tidak digunakan
semaksimumnya maka UMNO dan BN akan bungkus lebih awal.
Dua jenis bahan ini digunakan sebagai stimulant ataupun perangsang
sebagai
penyambung hidup UMNO khususnya,
dalam menghadapi realiti kejatuhan setelah menghidap penyakit kronik.
Menerusi kajian dan survey yang giat dijalankan oleh Mahathir
dan
UMNO , tentang kekuatan sebenar banyak masih tidak memihak kepada
mereka,
rata-rata ianya menunjukkan Mahathir tidak disukai oleh ahli UMNO
sendiri
dan UMNO masih dalam keadaan yang longlai tidak bermaya.
Seluruh bahagian UMNO telah dikerah kan untuk mencari sokongan anak
muda
menerusi sayap Pemuda dan Puteri
UMNO untuk menyambung tradisi menipu rakyat.Umno sebenarnya berjaya
mendapatkan ahlinya melalui pemuda
dan puterinya namun kebanyakan ahli yang berjaya dikumpulkan tidak
mampu
melonjakkan parti itu ketahap
yang tinggi seperti yang dimimpikan oleh Mahathir.Menurut tinjauan
rambang
yang saya lakukkan , kebanyakkan
ahli pemuda yang berjaya dikutip oleh UMNo terdiri dari anak-anak muda
yang
mempunyai masalah moral,tidak
celik ilmu dan banggang.Pendek kata mereka ini "tonggong" sehingga tak
tahu
apa yang mereka buat dan tak ada matlamat oleh itu kita tidak perlu
bimbang
dengan golongan ini kerana mereka sebenarnya dalam lamunan dan
khayalan yang dijanjikan oleh pemimpin UMNO.Adakalanya kesian saya
melihat
mereka ini diperkudakan oleh
pemimpin UMNo tempatan , kebanyakkan mereka ini terdiri dari anak-anak
muda
yang menjadi pelumba haram
motosikal, taik ganja , kaki disko, suka lepak dan hubungan bebas
lelaki/perempuan.(Ini adalah tinjauan saya berdasarkan kawasan
utara).Puteri
Umno pula dilanda masalah salahlaku seks oleh penajanya
Azalina,lantaran
mengakibatkan ahlinya "bercempera" dan berbelah bahagi.Mereka ini tidak
mampu menyumbang untuk parti
malah mempercepatkan kejatuhannya.
Sebenarnya sebagai seorang pencinta Islam , kita perlu dekati golongan
ini
dengan cara berhikmah dan diserapkan ilmu agama, untuk menunjukkan
jalan
keluar dari terus begelumiang dengan "keraplahan" UMNOisme yang
merosakkan
bangsa.Ini adalah tugas kita bersama dekatilah mereka ini,sebenarnya
mereka
ini kurang cerdik dalam membuat keputusan. Berikan penerangan dan cuba
dekati mereka dan dedahkan mereka ini dengan kuliah ilmu agama
untuk mencelikkan hati yang gelap.
Saya sendiri telah berjaya convince beberapa orang UMNO karat dengan
hanya
meminjamkan VCD tragedi di Malau, Kubang Pasu. Oleh itu saya ingin
menyeru ,
agar kita dapat menggunakan segala bahan yang ada untuk memimpin rakan
-rakan kita yang masih dalam kegelapan, sya percaya banyak lagi kaedah
dan
bahan yang boleh
digunakan
Pelantar UMNO yang kukuh cuba dibina kembali oleh Mahathir untuk
menghadapi pilihanraya ke-11semakin reput dan hancur sedikit demi
sedikit.Oleh itu menghadapi pilihanraya yang beliau jangkakan awal pada
mulanya
mungkin tidak kesampaian.Tetapi jika ditangguhkan pula pelbagai ledakan
terbaru akan kedengaran ,mengenai skandal dan perpecahan dalaman yang
merugikan UMNO dan BN.
Percayalah hidup Mahathir dalam keadaan tertekan dan serba salah,
mungkin
jalan yang mudah ialah mendapatkan
nasihat ahli sihir negara sepertimana Firaun dalam membuat keputusan.
Kerana ketidakyakinan nya orang Melayu akan kembali menyokongnya beliau
cuba
mendapatkan sokongan bukan bumiputera dengan mengula-gulakan tawaran
yang
menarik yang sekaligus menekan orang Melayu.
Sistem Meritokrasi, Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Math & Sains
,dan
yang terbaru ialah menghadiahkan
10% kerusi matrikulasi dan MRSM kepada bukan bumiputera.Dalam keadaan
yang
terdesak UMNO sanggup menggadaikan apasaja semata-mata untuk mencari
sokongan bukan bumiputera.
Cabaran Ketua pemuda Pas, Mahfuz Hj. Omar supaya diadakan pilihanraya
secepat mungkin setelah Mahathir
begitu yakin dalam ucapannya di perhimpunan _56 UMNo bahawa akan menang
besar , membuatkan UMno dan
BN tersentak dan tidak berani menjawab.
Episod Rais Yatim yang mencabar kredibiliti sistem pendakwaan
trend
Mahathir sedikit sebanyak menunjukkan
permulaan episod yang lebih kritikal di dalam UMNO.
Ahli UMno yang sudah mula berani menyaman Mahathir , adalah satu
perkembangan yang perlu diambilkira.
Hubungan Paklah dan Pm yang renggang bakal memperlihatkan aksi -aksi
yang
menarik.
Sama-samalah kita melihat saat kejatuhan UMNO dan mengambil iktibar
bahawasanya manusia yang mempunyai
nafsu dunia yang tinggi , menolak hukum syariat Allah ,menghina
nabi,berjuang atas dasar bangsa bukan agama,
rasuah, penipu, zalim dsbnya akan menerima pembalasan Allah kelak.
Sekian Wassalam
Abu Munzir
______________________
Terbitan : 3 Jun 2002
Ke atas
Home