Pada suatu zaman dahulu terdapat seorang budak pengembala kambing yang
miskin. Banyaklah kambing-kambing yang ‘terpaksa’ dipeliharanya.
Sampailah
satu hari kerana terlampau boring dengan kambing-kambingnya yang
selalunya
akan ikut sahaja arahan yang diberi. Kalau dihalau kekiri ke kirilah
dia dan
begitulah sebaliknya. Pendek kata apa saja yang disuruh
kambing-kambingnya
ikut saja. Jadi hidupnya dah tak dak ‘thrill’ dok macam tu saja
hari-hari.
Kemudian dia dapat satu idea iaitu untuk mempermainkan orang
kampungnya.
Kalau bahasa sekarang ni ‘sandiwara’lah. Maka dia pun memulakan adengan
sandiwaranya iaitu dengan menjerit-jerit ada serigala yang nak makan
kambingnya. Tolong! Tolong! ada serigala. Maka orang kampungpun
keluarlah
nak tolong budak nakal ni. Setelah itu diapun ketawa berdekah-dekah
kerana
suka tengok orang kampung yang kelam kabut tak tentu hala. Melihat
sikap
budak tersebut tersangat berang dan benganglah orang kampung terhadap
budak
tu.
Maka nak jadi cerita suatu hari datanglah seekor serigala yang sangat
besarrr ketempat budak nakal tadi. Kali ini serigala yang betul-betul
tu
bukan nak makan kambing, (mungkin dah boring asyik makan binatang saja)
tapi
nak makan budak pengembala tersebut. Jadi tercirit-ciritlah dia berlari
sambil menjerit-jerit Tolong!Tolong! serigala nak makan aku. Semua
orang
kampung yang mendengar suara budak tersebut buat tak peduli sahaja
kerana
tahu dia sedang bersandiwara. Kata orang kampung “Itu semua Sandiwara
sahaja”. Akhir sekali mamposlah budak itu dikerjakan serigala tersebut.
Moralnya, kita orang yang ada akal boleh berfikir sesuatu sandiwara
hanya
berhasil sekali sahaja. Kalau dah masuk kali kedua tak dak sapa lagi
nak
peduli. Begitulah yang berlaku pada Presiden Umno Mahadey Mat Ali
Kutty.
Kita semua tengok secara live di TV dan diulang-ulang dengan diselang
seli
ulasan ahli MT (Mahu Tipu) Umno yang berbagai-bagai. Si Makcik Rafidah
kata
dia melutut depan Mahadey sampai patah kasut dia, (nasib dia tak cakap
sampai terkoyak kainnya) demi untuk pujuk Mahadey si ‘qhaplah’ tu tarik
balik ‘perletakan jawatannya’. Mamak Zam jangan ceritalah dia punya
'goreng', kalau bagi sejampun tak cukup sampai pengacara kena mencelah
untuk
stop dia. Dalam banyak-banyak komen tu yang boleh kita anggap betul dan
jujur ialah komen dari Sahidan Kasim @ Kasim Baba. Katanya, yang lebih
kurang maknanya ‘Presiden kalau letak jawatan, kami macamana? Nak kena
letak
jawatan jugak la’. Jadinya yang dok pujuk tu bukanlah untuk parti dan
negara, tapi semuanya untuk periuk nasi masing-masing. Semua rakyat
marhaen
tau. Tok sah nak tipu la. Hampa nangis sampai keluar air mata darahpun
rakyat tak akan percaya.
Berbalik kepada cara perletakan jawatan yang penuh emosi dan tergagap +
tersedak (mengkelan) sampai kena teguk air beberapa kali (minum air
pakai
tangan kiri, kurang manislah bagi seorang pemimpin ‘negara Islam’) ada
yang
komen kata real dan ada yang kata sandiwara. Bagi kita orang biasa
rakyat
marhaen kita anggap macam cerita budak dengan serigala di atas yang
bersandiwara hanya sekali. Tapi yang si Mahadey ni bukan sekali …..
walaupun
yang kali ‘terakhir’ ni betul, siapa nak percaya? Macam slogannya “Dulu
bohong, sekarang tipu dan selama-lamanya bersandiwara”. Orang-orang
Melayu
Umno janganlah marah kalau rakyat marhaen tak percaya khususnya Makcik
Rafidah …..dah beberapa kali keluar statement yang emosianal+garang ,
katanya ‘isu ni bukan main-main’.
Selepas beberapa ‘scene’ yang mencemaskan berlaku selepas pengumuman
letak
jawatan Presiden, tak sampai sejam settlelah semuanya. Persidangan pun
ditutup dengan doa dari Dr. Mid Man, point doanya cuma kesihatan dan
kekuatan untuk Mahadey dan Siti Hasmah, kemenangan untuk parti, bangsa
dan
negara. Doa untuk kemenangan ugama Islam tak sebutpun ….. adakah Mid
Man
terlupa atau memang benar perjuangan Umno hanya untuk survival Mahadey
dan
isteri, parti Umno, bangsa dan negara sahaja!
Kata Marina Mahathir, ayahnya memang beberapa kali kata nak letak
jawatan
dan ingin menumpukan pada amal ibadat, tapi keluarganya anggap itu
semua
gurauan sahaja (lebih kurang sandiwara la tu). Tengoklah anak dan
keluarga
sendiripun tak percaya. Tapi kalaulah Mahadey betul-betul nak resign
dan
beramal ibadat kita memang setuju sangat. Pertama sekali Hj. Mahadey
kena
bertaubat bukan setakat minta ampun dengan Allah sahaja, hang kena
minta
maaf dengan rakyat, dengan Anwar Ibrahim, keluarga mangsa Memali,
mangsa ISA
….. kena tarik semua lesen judi, lesen arak yang dah hang approved dll.
Kalau nak senarai berkajang kesalahan-kesalahan yang hang dah buat.
Saham di BSKL pun dah mula menjunam! Adakah benar Mahadey sudah menarik
perletakan jawatannya? Kita tunggu keputusan mesyuarat MT Umno petang
ini.
Adakah Dollah Badawi akan bersandiwara lagi petang ini? Tungguuuuuuu………
Jangan hang buat pengumuman masa Korea lawan Jerman cukup.
-Panaurama.com
______________________
Terbitan : 25 Jun 2002
Ke atas
Home