MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Menjawab beberapa tuduhan Mahathir dalam persidangan Agung UMNO

oleh Ustaz Haji Idris Haji Ahmad
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Naib Ketua DPP Pusat.

Tidak ada-apa ayang terbuka apabila mendengar ucapan Dr. Mahthir dalam persidangan Agung Umno, tidak ada rahsia besar, tidak ada resipi besar yang diberikan kepada Umno untuk melangsungkan perjuangan Umno dalam masa satu tahun. Seperti yang dijangka ia akan menghentam PAS dan telahan ini tepat. Ia juga tidak menyenuh soal meretokrasi, kouta dan penggunaan Bahasa Inggeris untuk subjek Metematik dan Sains pada tahun depan.

Menjadi kelaziman pada Mahathir apabila menghadapi masalah dalaman ia akan melarikan isu supaya orang boleh fokuskan kepada musuh dan tidak fokus kepada masalah dalaman parti.Kerana ia tahu banyak orang di peringkat akar umbi tidak bersetuju dengan dasar yang dicetuskan oleh beliau. Usul Senai kepada Tan Sri Musa Menteri Pendidikan sebagai orang marah anak sindir menantu.

Beliau tidak membangkitkan mengenai isu pendidikan Bumiputera kerana isu ini tidak perlu diperbesarkan keranan bimbang ia akan menikam Umno kembali. Para perwakilan sudah di panggil terlebih dahulu. Umno Senai nampaknya sudah tidak berani apabila diamaran oleh pemimpin tertihggi supaya jangan mengemukakan usul tidak percaya. Mahatahir tidak menyentuh isu pendidikan supaya para perwakilan tidak membangkit isu ini. Isu pendidikan bukan soal pembahagian subsidi beruk yang tidak adil, bukan soal pembahagian kontrak buat tandas tidak adil, tetapi ia melibatkan masa depan bumiputera yang masih ketinggalan dari segi pendidikan. Bukan jalan pintas yang dibuat oleh MKT UMNO yang buat dengan penuh nafsu serakah tanpa kajian dan rasioanal. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pendidikan negara yang berlaku begitu drastik. Selama ini perubahan dan arahan hanya berlaku pada bidang politik dan ekonomi. Contohnya Akta Pilihanraya 2002 yang dibentang yang cuba untuk menyempitkan saluran demokrasi di negara ini dengan menaikkkan deposit DUN daripada 3,000 kepada RM 10,000 dan kawasan Parlimen RM5,000 kepada RM 20,000 serta tidak ada lagi bantahan di mahkamah terhadap pengundi hantu kerana ia sudah nas qat’I oleh SPR.

Tiba-tiba kita dikejutkan dengan cadangan MKT Umno yang mencadangkan supaya Bahasa Inggeris diajar untuk pelajaran Sains dan Metematik. Pada mulanya cadangan ini akan dimulakan pada tahun satu dahulu tiba-tiba Mahathir mencadangkan supaya dilaksanakan serentak bagi semua tingkatan pada tahun 2003. Ia melibatkan satu revolusi pendidikan untuk peperiksaan UPSR, UPSR dan SPM. Cuba bayangkan bagaimana keadaan buku teks yang tidak ada dalam BI dan persiapan guru-guru,para pelajar dan ibu bapa. Jika belajar dalam bahasa ibunda sendiri pun masih banyak ketinggalan dalam dua subjek ini cuba bayangkan apabila ia diajar dalam bahasa Inggeris. Kemampuan guru perlu diperhitungkan kerana kelayakan minimum syarat masuk ke maktab perguruan 10 tahun lalu tidak menitik beratkan kelulusan dalam bahasa Inggeris apa akan terjadi dengan guru-guru seperti ini adakah mereka mampu untuk mengajar Metematik dan Sains

Sekarang Mahatir sudah menjadi insan yang kamil lagi mutakamil. Dulu sewaktu kes tangkapan ratu cantik beliau berlagak sebagai mufti, apabila kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim beliau pakar undang-undang dan sekarang pula beliau pakar dalam penggubal kurikulum. Walaupun usaha ini mendapat tentangan daripada pakar pendidikan di negara ini seperti Datuk Dr. Zainal Abidin Wahid bekas Profesor dan pengasas kepada penubuhan UKM , Prof Tan Sri Ainudin Wahid bekas Naib Censolor UTM, Datuk Hassan Ahmad bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Prof. Abu Bakar Hamid bekas pensyarah Universiti Malaya dan ramai lagi mereka yang prihatin terhadap usaha pengkhianatan Umno ini. Mereka ini bukan seperti sebahagian besar MKT UMNO yang zero IQ dalam isu pendidikan.

Sembilan persatuan yang bersidang pada 13hb. Mei 2002 yag terdiri daripada Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia, Akademi Sains Malaysia (Asasi), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan Persatuan Sejarah Malaysia. Kumpulan sembilan ini bimbang pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris untuk metematik dan sains dengan sendirinya menyebabkan usaha memodenkan bahasa Melayu melalui penggayaan istilah dalam kedua-dua bidang itu yang dilakukan oleh DBP tidak lagi relevan. Malahan segala usaha yang membabitkan kewangan yang begitu besar , waktu dan tenaga pakar ilmu yang menjadi aset negara tiba-tiba menjadi sia-sia.

Apakah kerana pelajar Melayu pada hari ini tidak boleh mengusai sains dan metematik kerana disitu banyak istilah yang sukar dimelayukan. Menurut Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Prof. Madya Dr. Sanat Md. Nasir berkata, apakah kerana istilah Sains dan Tenologi (S&T) menyebabkan kita mengabaikan penggunaan bahasa Melayu secara keseluruhan. Paling mengerikan kita jika istilah bahasa Inggeris digunakan untuk mengajar konsep Sains dan metematik, pelajar luar bandar terutama pelajar Melayu akan mengalami masalah memahami konsep disebabkan tidak faham bahasa Inggeris (BH 31.5.2002 h. 21). Selama ini anak Melayu gagal dalam Bahasa Inggeris apabila projek ini dilaksanakan ia menambahkan lagi dua subjek yang akan gagal iaitu subjek sains dan metematik. Dr. mhathir dalam pergulungan perbahasan persidangan Umno mengatakan kita ada cara tersendiri dengan kaedah multimedia. Persoalannya banyak lagi sekolah yang tidak ada letrik dan pasarana komputer. Bagaimana kaedah ini hendak diaplikasikan.

Menurut Timbalan Presiden Majlis Pemuafakatan PIBG Nasional Hasan Ahmad (BH 1.Jun 2002 p. 19) berpendapat bahawa pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik perlu dikekalkan dalam bahasa Melayu. Ini disebabkan tanpa persediaan yang mencukupi dikhuatiri pencapaian subjek berkenaan akan merosost semula selepas berjaya ‘bangkit” daripada prestasi yang lemah sejak beberpa tahun yang lalu. Katanya di dalam keadaan kedua-dua subjek itu diajar dalam bahasa Melayu selama ini pelajar masih bertungkus lumus untuk memahami serta menguasainya.

Sepatutnya pasarana untuk pengajaran Inggeris yang perlu dipertingkatkan bukan membebankan masalah baru pada para pelajar. Menurut data Kementerian Pendidikan sehingga bulan Feb 2000, Sabah kekurangan 884 guru bahasa Inggeris, Terengganu 687, Kelantan 496, Pahang 377, Sarawak 275, Kedah 150, Perlis 129 dan Melaka 41. Bagaimanapun Negeri Sembilan mempunyai lebihan 40 orang guru bahasa Inggeris. Manakala sekolah Menengah pula , Sabah mencatat kekurangan guru bahasa Inggeris yang paling tinggi iaitu 331, Johor 232, Kedah 279, Kelantan 230, Sarawak 136, Trengganu 128, Pahang 92, dan Perlis 24. Dalam masa yang sama, Pulau Pinang mempunyai lebihan guru bahasa Inggeris iaitu 31, Wilayah Persekutuan 24, Negeri Sembilan 9, Melaka 41 dan Selangor 99.

Perkara kedua Dr. Mahathir membangkitkan beliau gagal untuk merubah orang Melayu walaupun berbagai pertolongan seolah-olah mereka masih bergantung kepada tongkat iaitu subsidi dan pertolongan melalui hak keistimewaan orang Melayu. Kita mahu mempersoalkan Melayu mana yang ia tolong, sudah tentu Melayu yang ia tolong ialah Melayu Umno. Melayu Pas, Melayu Keadilan tidak lemah kerana mereka ada kredebiliti sebagai seorang usahawan. Yang membunuh orang Melayu berniaga ialah Umno kerana berbeza ideologi bukan kerana meritokrasi dalam perniagaan. Ia lebih penting ideologi bukan kerana bangsa.Walaupun Umno Melayu bodoh dan tidak ada kemampun untuk mengurus. Akhirnya projek terbengkalai, kontrak dijual, lesen di Alibabakan, AP diberi kepada orang lain. Siapakah Melayu ini kalau bukan Melayu Umno. Tentu kita ingat bagaimana tidak bertamaddunnya Dato’ Ali Rostam dan kerajaan Negeri Melaka yang telah mengarahkan penal peguam, penal doktor, wang simpanan dalam bank dikeluarkan dan yang terbaru bengkel kereta jangan dihantar kerana mereka menyokong pembangkang. Ini jenis Melayu apa kalau bukan Melayu haprak Umno. Melayu Haprak Umno yang menjahanamkan Melayu jati. Apabila Melayu hamprak ini gagal maka ia menyelahkan semuanya orang Melayu.

Kononnya Melayu pada hari ini mesti pandai bersaing dengan sebab itu keistimewaan orang Melayu jangan diharapkan sangat. Melayu jati tidak perlu mengaharapkan tongkat Umno. Di dalam keadaan ditekan Melayu jati mampu menghadapai arus globolisasi Umno yang mengancam di semua sudut, tetapi oleh kerana Melayu jati mempunyai kredebiliti dan kemampuan maka ia sukar dipatahkan. Tidak seperti Melayu haprak Umno.

Mahathir juga kesal apabila pelajar Melayu gagal. Ini juga satu tuduhan yang melulu terhadap orang Melayu jati. Melayu haprak Umno yang gagal dalam akademik. Sebab itu Melayu haprak Umno gagal mendapat tempat di pusat pengajian tinggi kerana mereka gagal sampai piawai standard untuk menjadi pensyarah akhirnya pusat pengajian tinggi dipenuhi oleh Melayu jati. Begitu juga di Petronas dan TNB serta sektor awam majoritinya Melayu jati yang menguasai, Melayu haprak tidak layak untuk mencapai tahap yang diperlukan oleh oraganisasi tersebut. Pelajar yang cemerlang ialah Melayu jati dalam akademik,buktinya dalam pilihanraya kampus yang diadakan dengan mengenakan syarat akademik yang ketat iaitu setiap calon mesti mempunyai CGPA 2.8 tiba-tiba calon Melayu Umno gagal penuhi syarat ini sehingga diturun kepada 2.3. Inilah kelemahan Melayu Umno haprak.

Ketiaga beliau menzahirkan lagi kejahilan beliau dari segi undang-undang Islam dan prosiding mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. Apabila beliau menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan di Trengganu zalim kerana terus menghukum perempuan yang mengadu beliau dirogol. Lantas Tun Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang mencabar tolong senaraikan perkara yang dianggap zalim” (Berita Harian 20hb. Jun, 2002, hlm. 16). Apabila pemberita tanya Dr. Maharthir berkenaan cabaran tersebut beliau begitu murka sekali “kita dah tunjuk berkali-kali…pekak barangkali.”.

Sering kali pimpinan Pas mencabar mana dia hudud Umno, sejak tahun 1994 kita mencabar supaya mereka mengemukakan hudud Umno apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan hudud di Kelantan. Sampai sekarang Umno gagal mengemukakan undang-undang hudud Umno. Apakah undang-undang hudud Umno, ialah 356 (3 tahun penjara, 5 ribu ringgit dan 6 kali sebat). Kitab mana mereka rujuk al-Quran dan Hadis tidak pernah menyebut perkara tersebut. Kalau mereka mengatakan ini hudud Allah Taala (Waliyazubillah) mungkin agak saya mereka rujuk kitab 52 daun pakau?

Beliau hendak bermain dengan aspek keadilan, beliau menyebut dalam ucapannya” Jika pelaksanaan hukum dalam Islam membawa kepada ketidakadilan maka sebabnya ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan cara penghakiman ‘legal process’ daripada keadilan. Sekali lagi ia mengkhabarkan kepada orang lain bahawa memang ia bodoh dari segi undang-undang tetapi ia hendak bercakap juga. Inilah yang dinamakan keadilan yang memerlukan proses yang adil. Apakah ia mahu keadilan dengan membawa tujuh tompok air mani atas tilam, membawa saksi yang jadi pengerusi syarikat judi, apakah adil namanya dengan membawa saksi dari kalangan orang yang mengaku melakukan zina. Inilah keadilan yang ia hendak, apabila ada dakwaan sahaja terus dihukum walaupun ia merupakan satu tuduhan fitnah dan gagal dibuktikan dengan hujah yang jitu.

Tidak ada perundangan Islam yang lebih adil melainkan perundangan Islam. Dengan meletakkan syarat yang begitu ketat dalam legal process. Jangan kita fikir adil apabila semua tuduhan yang kita buat mesti dihukum tanpa mengikut proses mahkamah dengan membawa keterangan, bukti, kesaksian, sumpah. Kaedah pengadilan dalam Islam ialah tersalah melepas lebih baik daripada tersalah menghukum. Inilah kaedah yang dipegang oleh hakim dalam Islam. Islam bukan agama menghukum tetapi agama yang mendidik. Keadilan sebenar tidak dapat dilihat melainkan apabila hukuman Allah dilaksanakan dalam masyarakat.

Satu peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW apabila pengakuan yang dibuat oleh Maiz Bin Malik yang mengaku beliau melakukan zina kepada Rasulllah SAW. Ketika itu bagainda di dalam masjid, baginda tidak memperdulikan pengakuan tersebut, sehingga masuk kali ketiga baginda berpaling kepada Maiz dengan Sabdanya” Adakah engkau gila, Maiz berkata “Tidak Ya Rasulullah”. Baginda bersada lagi “ Engkau hanya cium sahaja, atau engkau lihatnya sahaja” Maiz menjawab tidak aku melakukan perbuatan zina. Kemudian baru Rasulullah SAW menjatuhkan hukuman.

Daripada kisah ini membuktikan bahawa betapa telitinya hukum Islam dan adilnya Islam. Sekiranya Maiz tidak menyerahkan diri dangan mengaku di hadapan Rasulullah SAW maka hukum ini tidak dikenakan. Pada mulanya baginda buat tidak peduli dengan aduan Maiz, ini membuktikan hukum Islam teliti dan adil. Baginda tidak menghukum terus sebaliknya bersoal jawab dahulu barulah dilaksanakan hukum.Apakah ini yang Mahathr mengatakan bahawa ini tidak adil kerana Islam mementingkan proses undang-undang.

Saya menasihatkan Mahathir supaya beliau belajar mengenai hukum Islam secara keseluruhan, bukan tebuk sana tebuk sini macam tupai tebuk durian. Hukum Islam yang hendak hanya nampak pada perkara hudud sahaja. Sebagai contoh dalam hukum qisas yang hendak dilaksanakan yang memberi keadilan pada semua orang. Contohnya seperti seorang yang menyimbah cuka getah dengan sebotul cuka, maka dihukum balik dengan menyimbah cuka kepada penjenayah tersebut. Kalau hukum keadilan menurut Mahathir dan Umno, seorang yang menyimbah cuka getah ia hanya di denda atau dipenjara. Apakah hukum Islam tidak adil, kerana menyimbah balik terhadap kejahatan penjenayah tersebut. Sedangkan hukum keadilan Mahathir meyebabkan yang kena simbah cacat buat selama-lamanya. Hukum yang Pas hendak tegakkan berdasarkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW penjenayah itu juga akan cacat mukanya buat selamanya-lamanya. Barulah disana kita tidak akan lihat lagi gejala-gejala samsing yang mengambil upah untuk melakukan kekejaman kepada seorang individu. Kerana ia tahu implikasi buruknya sekiranya ia dapat ditangkap dan dihukum.

Kesimpulannya apa yang Mahthir ucap dan kemudian mengistihar meletak jawatan kerana ia telah dapat menghidu bukan sahaja pembangkang tidak suka kepada beliau malahan juga orang Umno sendiri sudah ada yang marah dengan apa yang dilakukan oleh beliau yang merugikan agama dan bangsa. Ia berundur dalam keadaan Umno dipandang hina oleh orang Melayu tepaksa meminjam tungkat daripada orang bukan Melayu untuk menyelamatkan Umno.







______________________
Terbitan : 28 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com