MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Dr Mahathir bersandiwara lagi…

Seperti yang dijangka oleh beberapa orang pemerhati politik, Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad, tidak akan dan tidak berani untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden Umno apatahlagi sebagai Perdana Menteri. Tangisan Mahathir semasa ucapan penggulungan Perhimpunan Agong Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hanya sandiwaranya sahaja.

Telah diketahui umum bahawa Umno adalah parti yang memang suka bersandiwara, seperti isu Al-maunah, Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang kemudiannya secara tiba-tiba ditukar menjadi Kumpulan Militan Malaysia, itu semua adalah diantara beberapa rentetan daripada sandiwara Umno.

Tapi malangnya lakonan Mahathir kali ini adalah lakonan ulang tayang dari MCA, seperti yang telah diketahui umum, Presiden MCA, Ling Liong Sik satu ketika dulu pernah meletakkan jawatan sebagai Presiden MCA, tetapi beberapa kerat Barua MCA tidak membenarkannya, lalu beliau mengambil keputusan untuk bercuti keluar negara. Setelah pulang dari luar negara Ling Liong Sik menyatakan kesediannya untuk menarik balik perletakan jawatannya sebagai Presiden MCA.

Selain itu Naib Ketua Pemuda Umno, Dato’ Abd Aziz Sheikh Fadzir, juga pernah bersandiwara meletakkan jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno selepas Bn Kalah dalam pilihanraya kecil DUN Lunas, Kedah, dengan alasan kononnya tidak mendapat kerjasama dari EXCO Pemuda Umno dalam pilihanraya kecil itu, tidak sampai seminggu Abd Aziz meletakkan jawatan beliau menarik balik perletakan jawatannya.

Dr Mahathir telah mengulangi drama MCA dan Naib Ketua Pemuda Umno, Abd Aziz Sheikh Fadzir itu. Sebenarnya Dr Mahathir cuba mendapatkan Sokongan Politik daripada ahli Umno, setelah beberapa tindakannya sejak akhir-akhir ini tidak mendapat sokongan dari ahli dan perwakilan Umno sendiri. Isu kuota 10% kepada bukan bumiputra di MRSM, Pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan sebagainya tidak mendapat sokongan dari pewakilan dalam perhimpunan agong Umno. Lebih mendukacitakan beliau ialah Umno Bahagian Senai, Johor, yang dipimpin oleh Adam Abd Hamid, mengusulkan Undi Tidak Percaya kepada Menteri Pendidikan, Musa Mohamad.

Semuanya ini menghantui fikiran Mahathir. Sebab itu beliau bersandiwara kononnya mahu meletak jawatan. Bila ahli-ahli Umno amnya dan pemimpin-pemimpin Umno khasnya tidak merestui hasratnya untuk meletakkan jawatan, maka dengan sendirinya Dr Mahathir telah mendapat sokongan baru dalam politik. Maka selepas daripada ini apa sahaja tindakan yang akan dilakukan oleh Dr Mahathir tidak akan mendapat apa-apa bantahan dari ahli Umno, kerana beliau telah mendapat sokongan baru dari Barua-barua Umno.

Tapi malang bagi Menteri Pendidikan, Musa Mohamad, kerana orang lain yang mencadangkan pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, beliau pula yang mendapat usul undi tidak percaya dari Umno Bahagian Senai, semua orang tahu itu semua adalah rancangan dari Timbalan Menteri Pendidikan, Aziz Shamsudin. Aziz Shamsudin merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan melalui “pintu belakang” (senator). Aziz Shamsudin adalah Barua terkanan kepada Dr Mahathir, sebab itu bila cadangan Aziz Shamsudin, supaya pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris tidak mendapat sokongan dari perwakilan dalam perhimpunan agong Umno, Dr Mahathir kecewa. Aziz Shamsudin adalah orang yang berkuasa dalam Kementerian Pendidikan, Musa Mohamad, hanyalah sebagai “boneka” sahaja.

Dr Mahathir seperti yang telah diumumkan oleh Setiausaha Agong Umno, Khalil Yaakub, selepas Mesyuarat Majlis Tertingi (MT) Umno, akan melepaskan kesemua jawatannya selepas Oktober tahun 2003, itu merupakan satu lagi sandiwara Dr Mahathir. Mungkinkah Abdullah Ahmad Badawi akan merasa untuk duduk disinggahsana Perdana Menteri dan Presiden Umno?, ataukah Abdullah Ahmad Badawi akan menerima nasib yang sama seperti mana Timbalan-timbalan Perdana Menteri sebelumnya, Musa Hitam, Ghafar Baba dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sama-samalah kita tunggu.

Tetapi Abdullah Badawi perlu melihat sejarah, sepanjang pemerintahan Dr Mahathir sejak tahun 1982, setiap kali perlaku pilihanraya umum, setiap kali itulah Timbalan Perdana Menteri akan bertukar. Pilihanraya umum tahun 1986 Timbalan Perdana Menteri ketika itu adalah Musa Hitam. Manakala Pilihanraya umum tahun 1990, Timbalan Perdana Menteri adalah, Ghafar Baba. Pada tahun 1995, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dan yang terakhir ialah pilihanraya umum tahun 1999, Abdullah Ahmad Badawi. Adakah menjelang pilihanraya umum tahun 2003/04 Abdullah Badawi kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri?, Wallahua’lam. Sepanjang tempoh pemberhentian Dr Mahathir selama setahun (akhir Oktober 2003) bermacam-macam perkara boleh berlaku.

Kalau mengikut teori “RAHMAN”, huruf “R” merujuk kepada Tunku Abd Rahman, huruf “A” merujuk kepada Tun Abd Razak, “H” pula merujuk kepada Tun Husin Onn, manakala “M” adalah Dr Mahathir Mohamad, adakah huruf “A” itu merujuk kepada Abdullah Ahmad Badawi?, atau mungkin “A” itu merujuk kepada Pemangku Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Jika ia berlaku maka kempunanlah Abdulah Badawi.

MENINGKATKAN ILTIZAM MENYEMARAKKAN KEBANGKITAN

Perdana V6







______________________
Terbitan : 26 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com