Tahukah anda bahawa Proron Waja yang baru dilancar mempunyai masalah?
Masalahnya berat. Masalah berhubung dengan spare parts atau alat
ganti. Sebenarnya, spare parts untuk model Waja ini belum mencukupi.
Spare parts yang ada hanya cukup untuk dipasang pada kereta2 baru.
Vendor2 yang sepatutnya membuat spare parts model Waja ini baru saja
dilantik dan belum lagi mengeluarkannya. Enjin Waja ini sebenarnya
ialah enjin Mitsubishi dan di Jepun, syarikat ini kini menghadapi masalah.
Model kereta ini sebenarnya belum sedia untuk dilancar. Macam mana
nak lancar kalau spare parts tak cukup? Macam mana nak lancar jika
manual servis pun belum disiapkan? Tapi disebabkan desakan PM yang
mempunyai agenda2 tertentu, mahu tak mahu terpaksa juga dilancarkan.
Dilancar terburu2 kerana dalam situasi gawat, PM nak mengaburi
pandangan rakyat kononnya, Malaysia Boleh!
Disebabkan inilah, maka tempahan2 untuk kereta Waja ini memakan masa
berbulan2. Mengikut rekod ada yang dah tempah 6 bulan dulu tapi belum
menerima kereta. Deposit sudah ambil berbulan2 lamanya tapi kereta
belum lagi diserahkan. Kelewetan penyerahan ini disengajakan kerana
terpaksa. Takut jika banyak kereta dijual, spare parts tak cukup,
pengguna2 akan marah! Kecoh nanti! Pemergian PM ke Jepun baru2 ini
ada hubungkait dengan masalah ini tapi dicovernya lawatan tersebut dengan berjumpa dengan
pihak2 lain seperti yang disiarkan!
&g t;
Tahukah anda bahawa nadi kereta, enjin dan komponen2 kereta2 proton
masih lagi ~{!.~}Made by Mitsubishi, Japan?~{!/~} Tak percaya bukalah
enjin.
Pada kereta Perdana, terang2 tertulis di enjin, ~{!.~}Made by Mitsubishi,
Japan~{!/~}. Bulat2 kita kena tipu selama ni kononnya Proton ini ialah
kereta nasional. Inilah peranan media yang telah memesong dan menipu
rakyat negara ini! Orang2 Jepun terbahak2 ketawa!!
Satu nasihat untuk bakal pembeli2 kereta Waja model 1.8. Fikir
banyak2 apabila nak beli kerana enjin model ini ialah enjin kereta
Peranchis, ~{!.~}Renault~{!1~}. Spare partsnya terlalu mahal. Tanyalah
pengguna2 kereta Proron Tiara yang kini tak terjual. Bila kena tukar
~{!.~}parts~{!/~}, parah dibuatnya. Tak padan dengan kereta! Lagi pun
pihak
Peranchis tak bodoh kerana enjin yang diberi pada Waja ialah enjin
model lama!
Semasa dala! m Semangat 46 dulu, Ku Li ada berkata bahawa projek kereta
nasional ni jika mengikut pakar2 ekonomi memang tak viable. Tapi apa
boleh buat, dengan berbekalkan semangat Malaysia Boleh dan kerana tak
mahu mendengar cakap pakar2, yang sepatutnya tak viable pun tiba2
jadi viable. Sekarang timbul masalah demi masalah. Sambil tu, beribu
ribu juta ringgit dah habis!
Tengoklah nanti apa akan jadi apabila AFTA dimansuhkan. Dengan
syarikat Mitsubishi sekarang menghadapi masalah dan ekonomi dunia
dijangka meleset, jangan terperanjat macam2 wayang kulit boleh
berlaku! Kita tunggu dan lihat.
EKSEKUTIF PROTON
______________________
Terbitan : 21 Jun 2002
Ke atas
Home