Takziah Dari PSARAFHQ dan Kemana Mahathir Menghilang…..?????
Pihak wargakerja PSARAFHQ ingin menyampaikan rasa sedih dan ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Hj. Fadzil Nor dan seluruh pendokong BA serta gerakan Islam di Malaysia kerana kembalinya seorang pejuang Islam menemui Allah swt dalam perjuangan jihad yang diredhai.
Kami juga ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kerjasama beliau menguruskan penerbangan ehsan TUDM untuk membawa jenazah Allahyarham Datuk Hj. Fadzil Nor dari TUDM Subang ke Alor Setar pada jam 4.40 petang tadi. Jadual penerbangan sebenarnya jam 3.30 petang, tapi kerana menunggu ketibaan DSAI di Subang, penerbangan ini ditangguhkan sehingga jam 4.40 petang.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HUKM kerana memberikan kerjasama yang erat ketika merawat Allahyarham Datuk Hj. Fadzil Nor semasa hayatnya.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota Polis terutamanya dari Daerah Cheras yang memberikan perkhidmatan yang baik untuk mengawal lalu lintas serta keadaan di HUKM dan Surau Taman Jaya, Bandar Tun Razak.
Kerjasama dan kehadiran ribuan pendokong BA serta gerakan Islam yang sama-sama hadir di HUKM dan bersolat jenazah di Surau Taman Jaya, untuk makluman lebih dari lima kali solat jenazah diadakan kerana tempat tidak cukup menampung jamaah yang hadir. Turut hadir adalah DYMM Sultan Kedah dan beberapa pemimpin BA serta UMNO di Surau Taman Jaya.
Soalan Besar ????…. Kemana perginya Mahathir … tak hadir di HUKM , Surau Taman Jaya dan TUDM Subang … satu tanda tanya besar ???????? kerana lain-lain ahli Kabinet BN hadir melawat jenazah Allahyarham Datuk Hj. Fadzil Nor ….. “ KEMANA MENGHILANGNYA MAHATHIR SELEPAS MELETAKKAN JAWATAN “ , Pak Lah tak berani jawap bila ditanya oleh kami mengenai Mahathir di TUDM Subang petang tadi. Maklumat yang tak dapat disahkan ….. Mahathir telah keluar negara malam tadi juga .. .dan tak tahu kemana arah tujuannya…..!!!!!!!.
Pemergian Allahyarham Datuk Hj. Fadzil Nor adalah satu kehilangan besar kepada perjuangan JIHAD ISLAM di Malaysia dan antarabangsa, kerana beliau adalah tokoh pejuang ISLAM yang berjaya membawa perubahan mengenai kesedaran ISLAM di Malaysia serta rantau ASIA. Parti Islam Semalaysia (PAS) dan ABIM telah berjaya beliau pimpin dengan baik serta berjaya menyebarkan syiar Islam di Malaysia. Perjuangan beliau akan menjadi satu catitan sejarah dalam dunia Islam.
Al-Fatihah dan Takziah dari kami serta seluruh pejuang Islam.
PSARAFHQ
23 Jun.2002 ( 5.30 petang)
______________________
Terbitan : 25 Jun 2002
Ke atas
Home