Kenapa kita mesti membuat sesuatu perkara dengan tergesa-gesa? Sebelum melaksanakan sesuatu idea yang melibatkan masa depan generasi akan datang, ianya perlu dibuat dengan penuh teliti dan mengambil pandangan serta perbincangan dari semua sudut dan lapisan. Bukan dari pendapat seorang.
Andainya kedua subjek tersebut diajar juga dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2003,
Persoalannya:
1) Bolehkah murid-murid melayu sekarang menguasainya dengan segera?
2) Bagaimana dengan guru-guru yang terlibat? Adakah mereka bersedia?
3) Siapakah yang akan memberi kursus intensif kepada guru-guru tersebut? Siapakah yang akan untung dari semua ini?
4) Bahasa Inggeris bukan satu bahasa yang mudah yang boleh dikuasai dalam masa 6 bulan ini (perlaksanaan 2003?)
5) Bagaimana dengan penukaran buku teks? Bukankah ini satu pembaziran. Siapakah yang untung disebalik penukaran buku teks? Masaalah kroni tidak timbul ke?
6) Lihat apa yang berlaku dahulu apabila tulisan jawi dihapuskan. Kesannya sekarang ramai remaja tidak boleh membaca & menulis jawi. Begitu juga dengan bahasa baku. Belajarlah dari kesilapan yang lepas.
Akibatnya
Jika hasrat ini diteruskan juga, pada hemat saya, mulai 2003 pelajar Melayu yang sekarang lemah & kecundang dalam bahasa Inggeris akan kecundang 3 mata pelajaran UPSR/PMR/SPM sekali gus iaitu : Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Cadangan
1) Bacalah dan kajilah pandangan Prof Ungku Aziz dalam akhbar Utusan Melayu dahulu dan pihak Kementerian perlu membuat kajian terperinci dan mendapatkan pandangan dari beberapa orang pakar pendidikan terutama dalam bidang yang berkaitan dengan Sains & Matematik.
2) Jika Bahasa Inggeris (BI) satu kelemahan pada pelajar melayu sekarang, kenapa tidak diberi penekanan dalam pengajaran bahasa tersebut. Buatlah kelas tambahan BI, Bengkel BI ke, Kelas Intensif BI ke dan bermacam lagi usaha yang kementerian boleh fikirkan bagi membantu meningkatkan lagi mutu pembelajaran BI. BI meliputi bukan sahaja grammar tetapi sentences construction, vocabulary, essay writing, listening dan yang paling ketara ialah English Conversation.
Kenapa mesti melibatkan Sains & Matematik dengan bahasa Inggeris. Apa logiknya? Mungkin apabila kita ditegur pelancung nanti kita tidak perlu berkomunikasi dengannya dalam bahasa Inggeris tetapi terus berbincang dengannya Sains dan Matematik.
Fikirlah wahai orang yang boleh berfikir. Gunalah akal dengan waras. Janganlah hanya dengan menuruti kehendak seorang maka kita mengakibatkan seluruh generasi akan datang gagal bukan sahaja dalam bidang Inggeris tetapi Sains dan Matematik.
Ini bukan masalah "daya saingan/cabaran tetapi realiti".
Rasola
Bekas pelajar jurusan Inggeris yang tidak mudah lupa.
______________________
Terbitan : 22 Jun 2002
Ke atas
Home