Hari ini, seluruh rakyat Malaysia dapat melihat suasana kelam kabut di PWTC
semasa Dr. M mengumumkan perletakan jawatannya dalam UMNO dan BN. Saya mewakili
generasi muda kelas menengah ingin berkongsi pengalaman bila saja pengumuman itu
ke udara.
Tiba-tiba, telefon berdering bertalu-talu dan kedengaranlah sorakan, teriakan
dan takbir yang tak putus atas rasa penuh kesyukuran bahawa Dr M akhirnya patuh
dan tunduk atas kehendak majoriti rakyat untuk meletak jawatan. Semua golongan
Melayu dari yang muda sampai ke tua bersorak gembira atas berita ini. Ibu-bapa
di kampung, mertua dan adik-beradik serta kawan-kawan ternyata puas dan gembira.
Perjuangan reformist telah berjaya dan Dr M sudah tiada kuasa lagi. Ternyata
majoriti Melayu yand tidak mengikuti siaran secara langsung liputan di PWTC
tiba-tiba menukar ke saluran TV 1 ataupun TV 3. Anak-anak yang menjerit bermain
disuruh diam, orang gaji disuruh membawa anak-anak ke dalam bilik. Semua Melayu
merasa gembira.
Tetapi, suasana di PWTC yang disiarkan secara langsung, tidak langsung
mencerminkan suasana sebenar di luar. Di PWTC penuh dengan hiba, menangis dan
teriakan tarik balik jawatan. Lalu pujukan oleh Pak Lah dan kaum kerabat pun
berlaku di bilik rahsia.
Bagi Melayu di luar PWTC, kami yakin Dr M tak akan sama sekali menarik balik
apa yang telah dicakapkannya. Dr M bukan seorang yang akan menjilat ludahnya
sendiri dan tidak tetap pendirian. Kita tahu, tuduhan ke atas Anwar tidak benar
dan Dr M pun tahu Anwar tidak bersalah, tetapi susah untuk beliau menarik balik
dakwaan. Biarlah sejarah menentukan. Melayu di luar PWTC percaya, hari ini
musnahlah UMNO. Pak Lah akan naik dan kredibiliti UMNO akan hancur dan akan
timbullah banyak isu dan tikam-menikam di dalam UMNO yang akhirnya akan membuat
UMNO kecundang. Melayu percaya, Pak Lah tidak mampu dan TIDAK AKAN MAMPU untuk
memimpin negara dan Melayu khususnya. Anwar akan dikeluarkan dari penjara untuk
menyatu-padukan semula Melayu. Itulah yang akan berlaku bermula dari hari ini.
Kaum Melayu akan keluar ke jalan-jalan raya dan berteriak Mahatir dah bungkus,
Mahathir dah mengaku kalah dan Hidup Melayu di bawah BA. Di tempat saya,
kedengaran jiran-jiran berteriak kesukaan. Memang diakui, di sini 95% Melayu
adalah di pihak BA dan amat, amat, amat anti kepada Mahathir sungguhpun semuanya
berjawatan tinggi, bergaji besar dan mempunyai kelulusan tinggi dari dalam dan
luar negara dalam bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan.
Mahathir dan UMNO sudah pasti tahu mengapa majoriti Melayu membencinya. Hanya
satu cara untuk menyatukan Melayu semula. Bubarkan UMNO dan lepaskan DS Anwar.
Bersatulah di BA dan amanlah negara. Ekonomi pasti lebih makmur dan negara pasti
lebih terkenal di mata dunia. Dunia mungkin lebih mengenali dan mangakumi DS
Anwar berbanding ahli-ahli UMNO yang buta hati.
Malangnya dan amat kelakar sekali bila Pak Lah tiba-tiba mengumumkan Dr M
menarik balik perletakan jawatannya. Apa ini. Semua terkejut. Majoriti Melayu di
luar PWTC tahu mereka telah ditipu dan dipermainkan. Telefon berdering semula
dan semua menjerit MARAH dan KESAL atas sandiwara ini.
PENIPU....PENIPU....Mahathir main filem lagi....Mahathir nak minta
kesian....Mahathir nak test card....dan macam-macam lagi. Itulah yang kedengaran
di luar PWTC.
Dr M yang terkenal dengan pendirian tegas tiba-tiba menjadi lemah. Kononya
beliaulah wira Melayu yang tiada penggantinya. Mudahnya beliau mengutuk dan
mengeji bangsa Melayu.
Tetapi, kami Melayu di luar PWTC, bersyukur atas keterbukaan hati Dr M
mengumumkan perletakan jawatan kerana tidak tahan dengan tekanan dari rakyat.
Perjuangan reformist telah menampakkan kejayaan. Badi DS Anwar masih terasa dan
sebab itu Dr M terpaksa menjilat ludahnya balik.
Kami, golongan Melayu di luar UMNO/PWTC MENUNTUT PERLETAKAN JAWATAN DR M
SEPERTI YANG DINYATAKN SECARA LANSUNG KE SELURUH NEGARA SEBENTAR TADI. Kami
rakyat Malaysia merasa teramat-amat malu atas tindakan PM yang 'menjilat ludah'
dihadapan semua rakyat. Malunya kami pada negara luar, diri kami dan bangsa
Melayu khususnya. Inikah PM kita, hanya pandai berlakon (membuat dakwaan palsu,
menahan tanpa bicara dan membuat cerita karut, dan bermain dengan kata-kata yang
telah dirancang). Itulah Mahathir dan itulah UMNO. Buatlah perubahan,
keluarkanlah DS Anwar dan pasti perjuangan bangsa Melayu akan selesai tidak lama
lagi. Selagi UMNO ini memerintah, tak akan selesailah perjuangan Melayu. Kalau
main bola, dah lama coach tukar striker kalau masih buntu gol. Masuk sahaja
striker baru, tiba-tiba dapat golden goal. Kalau Mahathir menjadi striker Melayu
selama-lamanya, alamat kalahlah Melayu sampai bila-bila.
Sekali lagi, kami menuntut perletakan jawatan DS Dr Mahathir seperti yang
diumumkan. Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya.
Berjuanglah reformist dan rakyat sekalian. Teruskan perjuangan kita walau
wira kita ditahan tanpa bicara.
Dari,
Reformist Bukit Rimau
______________________
Terbitan : 23 Jun 2002
Ke atas
Home