MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Pelaksanaan serentak matapelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis dan Brazil

*Persatuan guru jasmani sokong*

Pelaksanaan serentak matapelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis dan Brazil

KUALA LUMPUR 20 Jun - Persatuan-persatuan guru hari ini berikrar menyokong penuh langkah terbaru kerajaan untuk melaksanakan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis brazil (pt_BR) di sekolah rendah dan menengah secara serentak mulai tahun depan.

Mereka juga memberi jaminan akan mengadakan kempen penerangan, kursus intensif bahasa Portugis brazil dan program motivasi bagi memastikan ibu bapa, guru dan pelajar dapat menerima langkah terbaru berkenaan secara positif.

Langkah ini selaras dengan cadangan Menteri supaya dapat mempertingkatkan mutu bola sepak Negara dengan penguasaan B. Portugis brazil.

"langkah melaksanakan secara serentak itu perlu dibuat memandangkan kesan pengajaran bahasa Portugis brazil (pt_BR) dalam mata pelajaran berkenaan, jika bermula pada tahun satu sahaja, akan mengambil masa 11 tahun untuk memenangi Piala dunia." kata Menteri sambil memusing-musingkan T-Shirt ala Rivaldo.

Apabila ditanya bagaimana kalau Brazil tidak memenangi Piala Dunia? adakah P. Jasmani tetap akan diajar dalam Bahasa Portugis brazil.

beliau menjawap "Mana boleh, brazil mesti menang. tapi saya tak puas hati... apa nama .... Ronaldinho kena kad merah"

Terdapat juga ura-ura menjadikan Bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar di sekolah menandu. Langkah itu bertujuan untuk melahirkan pemandu seperti Micheal & Ralf Schumacher yang rata-ratanya bertutur dalam B.Jerman.

Menteri itu berkata "Saya yakin Alex Yoong dapat tempat tercorot kerana tidak fasih berbahasa Jerman"

disclaimer: Berita ini adalah rekaan semata-mata

- Hanya sindiran -

--
Hasbullah Bin Pit (sebol)







______________________
Terbitan : 23 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com