Oleh : Mat
Dah agak lama tak menulis mengenai kaum guru. Bilangan pekerja sektor awam paling ramai. Namun dalam ramai-ramai ini dipecahkan kepada beberapa kesatuan yang nampaknya tak banyak yang membantu kaum guru.
Dalam banyak-banyak pun yang masih melawan dan menuntut gaji nampaknya KPPK kehadapan. Harap kesatuan yang lain, kaki angguk saja. Baik tak usah jadi kesatuan. Tubuh kesatuan angguk dan ya sahaja . Tak ke bagus.
Kini isu mengenai meritokrasi masih di bahaskan. Sekejab boleh, sekejab kuota, sekejab 10%, sekejab itu dan ini. Melayu nak masuk kolej Cina kena tapis bukan main. Ni yang masuk kolej UTTAR berapa ekoq orang Melayu . Kalau tak ada duit, Melayu macam mana pandai pun susah nak masuk Universiti. Hangpa sokong lagi.baru pada muka hangpa.
Tak mahu ulas isu ni panjang-panjang sebab nak ulas yang lain pula. Kalau nak tahu baca pandangan MGG.PILLAI. Buka minda hangpa sikit bagaimana pendidikan dipolitikkan sejak dahulu lagi.
La ni isu SSB, perancangan dan maklumat rakyat tak tahu. Nak suruh rakyat terima bulat-bulat apa yang diputuskan. Sedangkan cuma KPPK sahaja yang pernah menyiarkan dalam buletinnya FEB 2002 yang lalu(kalau tak silap). Nampaknya yang nyata 2% dinaikkan kepada 8%, bagi yang dapat melintang dan menegak. Yang terlentang tu biasa sahaja. Kita nak yang melintang dan menegak, baru ada ummmmmmmmphhh.
Yang dikatakan uuuummmmmmppppp tadi ni ialah bagaimana ada segelintir sahaja manusia yang cukup istimewa dan baik dengan pihak atasan , bukan sahaja berjaya mendapat habuan. Ni bukan cerita dongeng atau bikin gempaq, ramai yang tahu dan sebab itulah apabila di kaji selama 10 tahun perlaksanaannnya didapati berlakunya penyelewengan.
Bukan semua Guru Besar atau Ketua Jabatan buat macam tu, tapi banyak yang berlaku. Asal baik dengan Guru Besar, sah dia akan diberi markah yang cukup. Kalau kaki membangkang baik politik atau sebagainya , hang duduk disitu sahaja. Tapi jangan gundah kawan-kawan rezeki ditangan Tuhan. Tak ramai yang dapat melintang tu yang senang sangat pun.Tak lak nampak yang melintang tu pakai mercedes mata belalang pulak ke Sekolah. Habih sangat naik proton saga yang baru beli, sebagai tanda dapat melintanglah katakan. maklumlah dapat banyak kenaikan.(kah,kah,kah)
Ada seorang rakan disebuah sekolah, oleh kerana terlalu taksub dengan guru besar, sampai nak beranak pun nak kena tanya guru besar. Dia ni nak dikatakan pakar dalam mengajar tu tak dapat-dapat guru pakar tapinya memang nampak rajin lah diwaktu sekolah, diwaktu tak sekolah tak pulak nampak muka kat sekolah. Tapi oleh kerana rajin , dan rajin senyum dan ngada-ngada sikit, maka Guru besar pun bagilah melintang. Tapi yang sedihnya , sampai nak beranak pun nak tanya guru besar , ini dianggap sebagai keterlaluan.Maklumlah Tengku, jadi hamba kena tanya kepada Raja gamaknya.(takut Tengku anak gundik)
Ada baru-baru ni mensyuarat PIBG di sebuah sekolah di bukit Mertajam. Ada satu soalan yang dikemukan dimana, isu sekolah satu sessi perlu dilaksanakan kerana banggunan cukup , malah lebih. Tapi nampaknya Guru Besar ini jawab bahawa sekolah satu sessi ni akan menimbulkan masaalah bagi pelajar tahap satu dan mengganggu pelajar tahap satu. Adakah tuan-tuan bersetuju tentang hal ini.Tapi tak apa, sampai masa kita tengok berapa pandai Guru Besar ni.Al maklumlah Guru Besaq......lulusan SPM, pemikiran pun tahap tu sajalah kot. Kita bukan nak menghina kaum ni, tapi kalau kelulusan yang dijadikan ukuran, pengetahuan haruslah lebih luas dan bersikap terbuka.Nak jadi guru besar, mesti banyak membaca. Ibu bapa sekrang lebih bijak dan kritikal, bukan zaman cikgu belajar dulu. Zaman la ibu bapa banyak terpelajar. Jawapan kita kena ada cara yang lebih telus dari menjawab ikut sedap hati. Barulah orang tak kata kita banggang.
______________________
Terbitan : 30 Jun 2002
Ke atas
Home