(petikan dari selangor daily)
Polis teruskan Operasi Copperhead banteras kegiatan jenayah berkumpulan
OLEH NURUL AIN ASRI
KLANG - Polis menahan 25 orang atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk terbabit dalam aktiviti kumpulan gangster dan memiliki dadah dalam operasi selama sembilan jam Isnin malam.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mangsor Ismail, berkata operasi bermula jam 10 malam itu membabitkan 200 anggota polis dari Bukit Aman, Pasukan Gerak Am, dan ibu pejabat polis daerah di Selangor.
Beliau berkata, operasi itu dijangka dilanjutkan sepanjang hari sehingga semua penjenayah di Selangor ditangkap seterusnya menyelesaikan masalah gangsterisme yang dilaporkan meruncing di negeri ini.
Menurut beliau, operasi semalam adalah sebahagian daripada Operasi Copperhead yang dilancarkan di seluruh negara bertujuan membanteras kegiatan jenayah berkumpulan terutama dikalangan masyarakat India.
Mangsor berkata, operasi itu dilancarkan berikutan tempoh dua minggu bermula Selasa yang diberikan Bukit Aman untuk mengesan dan menangkap ketua kumpulan dan anggotanya di Selangor.
Dalam operasi itu, polis mengadakan sekatan jalanraya untuk mengesan orang yang dikehendaki serta menyerbu beberapa kawasan yang menjadi tempat perlindungan anggota kumpulan gangster.
Bagaimanapun, difahamkan ramai pemimpin kumpulan dan anggotanya dapat mencium operasi itu dan melarikan diri.
Mangsor bagaimanapun berkata, polis akan terus menjejaki mereka dimana sahaja tempat mereka bersembunyikan walaupun di negeri lain.
"Kita boleh mengesan mereka. Mereka tidak mempunyai tempat untuk bersembunyi cuma cepat atau lambat sahaja tetapi akhirnya mereka akan ditangkap juga," katanya.
Beliau berkata, semua anggota polis yang terbabit dalam operasi itu mempunyai senarai orang dikehendaki dan walaupun tempoh dua minggu sudah berakhir polis masih akan meneruskan operasi sehingga berjaya menurunkan kadar jenayah di Selangor.
catatan
kita berharap mereka yang ditangkap itu benar-benar gangster dan bukannya pejuang reformasi atau mujaddid islam yang di fitnah dengan pelbagai tuduhan.
Insyaallah.
kita rakyat marhaen memuji sikap dan tindakan pasukan polis ini dan berharap ianya berterusan dan bukan hanya gimik sandiwara seperti tangisan mahathir di pwtc.
kemungkinan perutusan mahathir untuk berundur telah memberi ruang yang lebih bebas dan tanpa takut untuk terus menjalankan tugas kerana era penyangak terbesar negara semakin berakhir dan pasukan polis yang jujur mula berani menunjukkan taring terhadap lain-lain penjenayah kecil negara.
alhamdulillah pengunduran mahathir memberi keyakinan kepada pdrm untuk bertindak tegas dan difahamkan ramai penjenayah masih mendapat maklumat kegiatan polis tersebut dan reformasi dalam polis mesti dilakukan bagi membersihkan kaki rasuah dan munafik yang mungkin menyusahkan angggota dan unit lain menjalankan tugasnya dengan berkesan.
diharap bpr juga dapat menunjukkan taring yang lebih dramatik dengan penangkapan rafidah dan lain-lain perasuah besar negara yang sedang diambang terlucut seluar dalamnya kini.
lain-lain jabatan dan organisasi kerajaan juga diharap bangun dengan keyakinan tersendiri dan ciptakanlah seberapa banyak sejarah dalam era pengunduran mahathir ini untuk tatapan anak cucu kita di kemudian hari.
dari situ kita dapat memahami punca melayu lemah dan bla..bla.. bla.. itu dar kepimpinannya sendiri yang lari dari nilai-nilai murni islam yang syumul dan adil itu.
inilah masanya kakitangan dan ketu-ketua jabatan kerajaan khususnya bangun dalam tempuh pengunduran mahathir supaya rakyat dapat menerima mereka semula ke pangkuan masyarakat dan hidup mesra selepas era mahhathir berkecai nanti.
kita berharap tiada lagi sandiwara dari kakitangan dan organisasi kerajaan tetapi sebaliknya keberanian menongkah arus menghapuskan saki baki dan daki parasit negara yang perlu dikikis agar melayu sebenar dan tulin dapat dilihat kilatannya dengan kilauan yang lebih menyerlah serta masyarakat malaysia berbilang laum dan agama dapat menerima kembali ketuannan melayu dan kesyumulan islam dalam politik negara.
kesudahan yang baik bagi mereka yang bertakwa.
______________________
Terbitan : 29 Jun 2002
Ke atas
Home