Setakat ini Khir Toyo yang bergelumang dengan beberapa tuduhan rasuah sejak menjadi MB Selangor telah menggunakan senjata yang kita namakan sebagai ' GUR '. Nampaknya sedikit sebanyak berjaya juga senjata itu melemahkan semangat ahli-ahli Umno yang cuba-cuba berjinak dengan PAS / Keadilan. Hingga ada dua tiga kerat di antaranya yang telah ' menjilat ' semula daki dan peluh busuk Umno . Walaupun semasa menjadi ahli sementara PAS/ Keadilan dulu bukan main lain lagi warak dan selalu pakai jubah lengkap dengan ketayap putih. Macam taukeh restoran Cempaka Putih , Haji Mee di Sungai Haji Dorani serta kuncu-kuncunya yang terjun dan masuk semula ke kolam najis Umno, sempena kehadiran Pak Lah ke Tanjong Karang tidak lama dulu……...
Apakah senjata GUR itu ?. Kalau hendak tahu sila baca maklumat berikut:-
1. ' G ' - Ganyang/ Gasak ! :-
Senjata ini sering digunakan oleh Khir Toyo dan orang-orang kuatnya untuk mengganyang dan menggasak kakitangan kerajaan yang menyokong secara terang atau secara sulit kepada parti pembangkang bertujuan mendera dan menyusahkan yang berkenaan dan juga ahli keluarganya. Contoh: Menukarkan mereka ke tempat bertugas di daerah lain di Selangor atau mencadangkan kepada ketua jabatan supaya kaki tangan berkenaan ditamatkan jawatannya ( seperti guru-guru agama fardhu ain JAIS ).
2. ' U ' - Ugutan ! : -
Senjata ini digunakan kebanyakannya kepada ketua-ketua jabatan yang menyokong parti pembangkang. Mereka diugut secara halus supaya kembali memberikan sokongan kepada Umno . Contoh : Membawa mereka makan angin ke luar negeri Selangor dengan alasan untuk kursus meningkatkan kecekapan pentadbiran dan sebagainya. Dalam kursus tersebut Khir Toyo atau orang kanannya akan menjatuhkan ' bom ' semahu-mahu dan sebanyak mungkin kepada para peserta , hingga ada ketua jabatan kerajaan yang rasa naik pekak telinga mendengarnya . Dan bila balik dari kursus ramai juga yang naik biul dan mula sokong Umno/ BN……….
3. ' R ' - Rasuah ! :-
Senjata inilah yang paling banyak digunakan oleh Khir Toyo kepada golongan petani, nelayan, perserta PPRT, peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) , ketua-ketua cawangan Umno, ahli JKKK, ahli PIBG, Nazir dan jawatankuasa masjid ./ surau serta kalangan murid sekolah dan ahli persatuan belia ( Atas alasan kursus motivasi atau atas nama kelab motor dll. lepas itu dibekalkan pula baju kemeja T berlogo Umno dan disuruh pakai hari-hari apabila balik di kampung ! ). Kebanyakan mereka yang ditikam dengan senjata rasuah berbentuk wang, peruntukan dan lawatan inilah yang menjadi pengikut setia Umno sekarang. Mereka ini bolehlah dikategorikan sebagai 'ahli totok ' kepada Umno !.
Kita berharap kepada pakar motivasi Dr.Hassan Ali segera mencari penawar dan perisai kepada senjata-senjata Khir Toyo di atas. Berundinglah dengan ADUN-ADUN parti pembangkang di Selangor untuk ' mencipta ' satu senjata yang lebih baik dan boleh menewaskan senjata Khir Toyo / Umno itu, supaya hasrat pembangkang menawan Selangor pada pilihanraya akan datang terlaksana dan jadi kenyataan secara mudah !
Spy Pencen
______________________
Terbitan : 6 Jun 2002
Ke atas
Home