MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

MELAYU Ala-Mahathir

Daripada: Suara BA

ALLAH menjadikan maanusia dari berbagai-bagai bangsa dan itu adalah hakNya semata-mata. Kita tidak berkemampuan untuk membuat pilihan dalam menentukan bangsa yang kita ingin suka semasa di lahirkan di dunia. Namun ALLAH memberi peluang kepada kita untuk memilih mana-mana agama yang baik untuk kita anuti dalam melalui dan menjalankan kehidupan di dunia ini seterusnya ke Akhirat kelak.

Sudah menjadi satu ketetapan bahawa bangsa Melayu di Malaysia ini, rata-ratnya adalah beragama Islam. Apa yang dapat kita lihat dalam senario di Malaysia hari ini terutama dalam era pemerintahan mahathir Mohammad, bangsa Melayu sudah terbahagi kepada dua golongan. Golong Pertama ia lah bangsa Melayu ala- Mahathir (Presiden UMNO Haprak) dan satu lagi ia lah golongan ala Allahyarham Fadzil Noor (Presiden PAS). Memudahkan cerita, bangsa Melayu ala mahathir ini adalah yang tidak memilih Islam sebagai panduan Hidup (addeen) di dunia ini dan tidak kita ketahui apa akan jadi semasa di akhirat kelak. Dan bangsa Melayu ala Allahyarham Fadzil Noor adalah yang terang-terang memilih Islam sebagai panduan hidup didunia ini dan InsyaAllah akan terbela di akhirat.

Bangsa Melayu yang dikondem oleh mahathir sebagai malas, mudah lupa, tidak bersyukur, mentaliti subsidi, dan berbagai-bagai lagi sifat negatif adalah orang Melayu dari golongan ala Mahathir kerana mereka menolak Islam. Namun orang-orang melayu ala Allahyarham Fadzil Noor adalah mereka-mereka yang berpegang kepada prinsip agama Islam dan dengan pegangan itulah mereka adalah bangsa Melayu yang mulia disisi Allah dan tentunya tidak memiliki ciri-ciri negatif seperti yang di kondem oleh Mahathir.

Contoh Golongan Pertama bangsa Melayu ala Mahathir adalah seperti Sharizat Jalil, Rafidah Aziz, Rahim Thambi Chik, Shahidan Kassim dan ramai-ramai lagi. Contoh Melayu golongan kedua ala Allahyarham Fadzil Noor seperti Nik Aziz, Hadi Awang, Jamilah Ibrahim, Wan Azizah, Lo' Lo' Ghazali dan ramai lagi. Sebagai rakyat yang prihatin kepada Islam dan Orang Melayu, tuan-tuan boleh menimbang dan meanalisa sendiri betapa lebarnya jurang perbezaan keperibadian kedua golongan tersebut. Satu pihak dengan keduniaan dan materialisma nya dan satu pihak merintis ke jalan ALLAH dan Akhirat.

Dalam keadaan demikian maka jelaslah yang UMNO terdiri dari 100% orang melayu mempunyai sifat-sifat negatif yang di huraikan oleh Mahathir selama ini kerana mereka telah tidak memilih Islam sebagai cara hidup.Sebaliknya Golongan Kedua ala Allahyarham Fadzil Noor mementingkan Islam dalam menjalani kehidupan. Inilah dia bangsa Melayu yang sejati.







______________________
Terbitan : 29 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com