MENENTANG KEZALIMAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Program kebajikan & pilihan raya)

Terengganu melangkah jadi negeri ketiga termiskin

SETIU: Kemiskinan Terengganu kini berubah dari tempat kedua ke tempat ketiga selepas dua tahun Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan PAS. Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, sejak Terengganu menuju ciri-ciri sebuah pemerintahan Islam dua tahun lalu negeri ini sudah meningkat setahap lagi iaitu dari sebuah negeri yang kedua termiskin kepada yang ketiga termiskin.

Katanya, dalam masa dua tahun itu juga buat pertama kalinya pasukan bola negeri Terengganu berjaya menjadi johan. Menteri Besar berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan selepas merasmikan Pusat Pertumbuhan K-Komuniti, Program Cakna ICT Daerah Setiu di sini baru-bari ini.

Beliau ditanya sama ada Kerajaan Negeri sekarang sudah boleh dikatakan Negari Islam sedang ia tidak ada apa perbezaannya dengan negeri-negeri lain. Menteri Besar berkata, Terengganu sudah mempunyai ciri-ciri negeri Islam bermula dari hasrat kerajaan untuk mencapai matlamat itu. "Kerajaan berniat untuk menegakkan sebuah pentadbiran Islam dengan mula melaksanakan beberapa perkara yang diperintah oleh syariat termasuk membatalkan premis judi dan arak dan kita juga membendung kegiatan-kegiatan hiburan yang bercanggah dengan Islam," ujarnya.

Bagaimana pun kerajaan Terengganu tidak menghalang kegiatan-kegiatan hiburan yang tidak bercanggah dengan Islam. "Kerajaan Terengganu juga tidak menghalang kegiatan sukan di kalangan belia hingga pasukan bola negeri buat pertama kalinya menjadi juara dalam masa dua tahun kita memerintah. Kerajaan Negeri terus menggalak dan membantu pasukan bola itu," ujarnya.

Bagi melaksanakan sebuah pentadbiran Islam sepenuhnya, kata Menteri Besar, tidak mudah dilakukan sekadar menguasai dua buah kerajaan negeri sahaja. "Kita juga mesti menguasai parlimen," katanya.







______________________
Terbitan : 30 Jun 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com