Oleh : zul hazmi
Rakyat Malaysia merasa sungguh bertuah kerana pada
petang Sabtu (23/6/01) lebih kurang jam 6.00, Dr
Mahathir selaku Presiden UMNO telah memecahkan rekod
yang tercatat di dalam `Guiness Book' kerana meletak
semua jawatan yang disandang di dalam parti dan
kerajaan dan memegang jawatan itu semula tidak sampai
satu jam. Beliau juga mungkin berupaya menjadi calon
`Pelakon Tua Terbaik' setelah gagal dicalonkan sebagai
di antara penerima Anugerah Nobel Keamanan yang mana
Dato' Seri Anwar turut dicalonkan.
Sebagaimana yang diduga, Perhimpunan Agung UMNO
tidak membawa apa-apa makna terhadap parti UMNO
terutamanya masyarakat Melayu yang masih menyembah
UMNO. Isu pendidikan, koata Bumiputera, Bahasa
Malaysia yang dijangka akan memanaskan perhimpunan
tersebut, ternyata tidak berlaku. Apa yang terjadi,
Melayu UMNO terus dihina oleh Dr Mahathir kerana
kebanyakan Melayu UMNO adalah pemalas dan suka disuap.
Setelah puas beliau mengutuk Melayu UMNO, beliau
mengutuk pula hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh
PAS. Macam biasa, `burung-burung kakak tua' yang ada
di dalam dewan PWTC terus mengangguk-angguk tanpa
henti. Apabila Dr Mahathir telah yakin bahawa
`burung-burung' peliharaannya itu kelihatan terus
`bodoh' dan mengangguk, maka beliau menguji dengan
mengumumkan untuk meletakkan jawatan beliau.
Mustahil Dr Mahathir serius untuk meletakkan jawatan
tertinggi di dalam parti dan kerajaan. Bukan sekali
ini beliau cuba berbuat demikian, dan bukan juga
sekali ini Melayu UMNO tertipu oleh Dr Mahathir.
Masakan Dr Mahathir gila untuk berbuat demikan.
Bukankah beliau juga memecat Dato' Seri Anwar
semata-mata takut dengan pengaruh Dato' Seri Anwar?
Bukankah beliau juga mengadakan peraturan agar jawatan
Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO tidak perlu
ada pertandingan? Kerana ingin mengekalkan kuasa
juga, beliau begitu hebat menekan kebangkitan
pembangkang secara tidak demokratik dan menggunakan
Akta ISA untuk mengurung musuh-musuh politik beliau?
Ini bermakna, Dr Mahathir sememangnya tidak akan
meletakkan jawatannya sehinggalah jawatannya dan
jasadnya ditarik oleh Malaikat Maut.
Kita amat kesihan dengan orang-orang Melayu UMNO.
Sudahlah hak-hak Melayu kini terhakis, ugama mereka
pula dihina dan dikeji oleh pemimpin mereka sendiri.
Kita tidak perlu lagi menunggu kehadiran Yahudi atau
Kristian untuk menghina ugama kita, memadai dengan
adanya Dr Mahathir. Penolakan beliau untuk berbincang
dengan PAS berkaitan hukum Islam khususnya hukum
hudud, membuktikan beliau takut untuk berhujah dengan
Al-Quran. Begitulah tanda mukjizat Al-Quran, di mana
musuh-musuh Islam tidak akan berani berdepan dengan
Kalamullah ini.
Pada pilihanraya akan datang, UMNO pastinya akan
berdepan dengan orang-orang Melayu Islam yang akan
terus memelihara kesucian agama Islam. Sudah tentu
Melayu UMNO akan menghadapi saingan sengit dari Melayu
Islam dan kita yakin Allah akan tetap memelihara ugama
yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Penghinaan Dr
Mahathir terhadap Islam dan juga penghinaan terhadap
bangsa Melayu akan menaikkan semangat kita untuk terus
menguburkan UMNO dari muka bumi ini.
______________________
Terbitan : 23 Jun 2002
Ke atas
Home