SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

KMU melukut ditepi gantang

Bila saya membaca artikal terakhir sdr Kunta Kinte (Abd Jalil Backer), terasa tajuknya lebih kurang macam artikal saya tempoh hari semasa saya mula-mula mengeluarkan kenyataan tentang hasrat saya akan berhenti sebagai webmaster.

Saya rasa cukup sedih dengan maklumat yang diberikan oleh sdr Kunta Kinte, KMU tidak diendahkan, malah tidak lihat pun oleh kepimpinan UMNO.

Paling mudah, semasa persidangan UMNO baru-baru ini, wartawan KMU dan penulisnya tidak langsung diberi pas akhbar untuk membuat liputan sedangkan sdr Ahmad Lutfi Othman dan 4 orang wartawannya telah diberikan pas kewartawan oleh pihak Urusetia Persidangan UMNO. Cukup malang sekali nasib KMU seperti melukut ditepi gantang.

Semasa reformasi mula bergema, puak-puak KMU telah berusaha keras telah menubuhkan e-Groups anti-reformasi dan mereka ini akhirnya menubuhkan Kelab Maya UMNO (KMU). Mereka ini cuba mengubah selera minda masyarakat yang menjadikan internet sebagai sumber berita setelah akhbar dan TV telah me'lacur'kan kribiliti mereka.

Tapi KMU taklah sehebat mana, penulisan-penulisan dalam laman itu adalah 'rubbish' atau bahasa mudah 'sampah minda'. KMU menjadi lagi tak bermaruah apabila sdr TepakBersulam (Khazai Hj Abu Bakar) mula menulis didalam laman itu.

KMU telah me'lacur'kan diri dengan menjadi suara Khir Toyo dengan hasrat untuk mendapat sedikit habuan. Mereka ini menjadi lebih rakus apabila Khir Toyo telah melaburkan begitu banyak wang bagi mengekal nama baiknya dengan membuat fitnah kepada Sdr Ahmad Lutfi.

Mereka bukan sahaja menjadi penulis, tapi menjadi penerbit akhbar palsu Memo untuk diberikan secara percuma seluruh negeri selagor. Malah mereka ini membuat beberapa tormohan kepada saudara Lutfi dan ada dikalangan mereka ini cuba menggugat periuk nasi Lutfi dengan membuat semua sekatan kepada Lutfi dan kakitangannya.

Saya cukup kagum dengan sdr Lutfi. Lutfi sentiasa bersabar, walaupun semua perniagaan lingkup, ranap dek perbuatan orang-orang zalim. Jawapan paling 'simple' sabar dan berdoa kepada Allah sahaja yang mampu membinasakan perbuatan jahat mereka ini.

Rupanya tak lama, KMU telah berpecah belah, antara mereka menikam sesama sendiri setelah mereka ini berebut mendapat habuan, ibarat seperti anjing berebut tulang. Saya pernah menyiarkan satu email TepakBersulam yang menikam kawan-kawannya setelah dia rasa tak puas hati pemberian wang lebih kepada Sdr Jebon, Azhar dan Kunta Kinte

Mereka menjadi lebih rakus lagi, apabila beberapa laman web menyokong UMNO telah dibina dan mendapat wang daripada Khir. Nasib mereka nampaknya mula malap apabila Ketua Penerangan UMNO telah berubah. Dulu Masa Mustaffa Mohamad, mereka ini adalah anak emas, tapi sekarang tidak lagi.

Apabila Dr Mahathir memberi perluang lagi kepada Khir Toyo dan kedudukan Khir menjadi lebih baik, wang saluran kepada KMU mula telah kurang.

Tak ada cara lain untuk mendapat wang yang mudah, mereka ini menjadikan Azlina (Ketua Puteri UMNO) sebagai lombang emas. Usaha menaikan imej, mengampu kepada Azlina dijalankan begitu agresif sekali.

Kini Khir telah mula tidak senang dengan KMU, Khir tak puas hati dengan saluran wang yang diberikan dan ada beberapa penasihat Khir pula menyarankan wang saluran secara bulan dibekukan. Kini puak-puak KMU tak ada 'sumber' lagi.

Nasib KMU akan lebih berkeceramuk lagi... hasil berkat doa orang yang dizalimi. Kita tunggu sahaja perkembangan selanjutnya. Saya akan menulis lagi.

Abu Jihad
Dari Benua Asing

...........................
Sdr Abu Jihad adalah bekas webmaster laman Tranung Kite yang ke-2

http://tranung2.tripod.com/b02/tepak20.htm

Di bawah ini adalah salah satu email oleh Saudara TepakBersulam (Khazai Hj Abu Bakar) kepada saya yang menikam rakan-rakannya dalam KMU. Walaupun email ini adalah rashia antara saya dengan beliau tetapi saya terpaksa mendedahkan. Kenapa saya mendedahkannya ? Bacalah artikal khas saya. - Abu Jihad

rahsia rasmi antara tranung2000 dengan detikdaily.com*
Date: Tue, 12 Feb 2002 09:51:57

Saudara Abu Jahak,

Saya berharap gar kita berdua dapat menjayakan matlamat atau tujuan kita berperang di alam siber. Saya mahu saudara dapat memberi coverage yang luas atas isu azhar , jebon , jalil yang mendapat lumayan yang tinggi melalui KMU. Memangg mereka menerima ganjaran bulanan dari Khir Toyo. Tetapi saya harap saudara tidak mendedahkan saya memberi informasi kepada saudara.

Sebenarnya mereka juga dibekalkan note book seorang satu dari Khir Toyo dan jebon mendapat pejabat di shah alam. jebon tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya berharap atas wang yang diterima dari UMNO setiap bulan(lumayan).jalil adalah seorang pelajar UM dalam bidang kewartawanan ( kuntakinte dan dalam anak mat lela gila ) dan seperti semua tahu azhar diktator dalam KMU.

RAHSIA TETAP RAHSIA .

Oleh : TepakBersulam
Pulau Mutiara
12feb 2002

..............
* detikdaily.com ini adalah laman palsu yang telah dibina oleh Tepak untuk memfitnah Lutfi sebagaimana dia mencetak Memo15 dan 17 palsu. - Webmaster







______________________
Terbitan : 6 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com