SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Sajak kata dua George W. Bush kasus hudud

Ini sajak berdasarkan kata dua yang dikeluarkan George W. Bush
Pasca-insiden tombangnya WTC di New York 11 September 2001
"Either you are with US or with the TERRORIST".

Sama ada kamu beriman atau kufur
ALLAH TETAP ALLAH
ALLAH TIDAK TERJEJAS
HATTA KALAU SELURUH MAKHLUK DI BUMI KUFUR
ENGKAR KEPADA-NYA
ALLAH TETAP ESA.

Menanggapi susana di Malaysia
Ekoran pembentangan rang undang-undang Hudud Terengganu
Dan ekoran rang undang-undang tersebut diterima
Kita melihat dua fenomena
Untuk ditafsir bersama;

Satu golongan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan HUDUD
Satu golongan bersungguh-sungguh memberi gambaran hitam HUDUD
(dibaca tak seronok dengan hudud).

Golongan yang hendakkan hudud
Dikatakan inginkan mileage politik
Justeru janji pilihanraya
(dibaca tidak ikhlas)
KITA TAK BOLEH BACA HATI MANUSIA (sic).

Dikatakan HUDUD TERENGGANU
HUDUD PAS.

Fine.

Kalau ia memang benar-benar HUDUD PAS
Bukan HUDUD ALLAH
Orang yang menentang HUDUD PAS
Okay
Tak apa-apa
Tetapi
Katakanlah
HUDUD yang dipekenalkan itu
Berbetulan dengan syarak
Berbetulan dengan kehendak ALLAH
Kita bimbang
Akidah orang yang menentangnya
Akidah orang yang mempertikaikan HUDUD itu
Jadi KO.

Kalau HUDUD Terengganu tak betul
Kenapa tak pakat-pakat
Diperbetulkan
Tetapi
Amatlah malang
Jika kerja kita siang malam
Bersekongkol untuk menghentam menggagalkan
Apa yang telah ALLAH suruh
WA ANIHKUM BIMA ANZALALLAH
(dan hendaklah kamu menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah).

Maka persoalan kini ditimbulkan penyair ini
Apakah untuk melaksanakan HUDUD
Kita kena mendengar NASIHAT GEORGE W. BUSH
Atas alasan loyar buruk
Oh rakyat belum faham
Masyarakat majmuk
Bla…bla…bla….
Nabi sudah wafat 1,400 tahun dulu
Nabi membina akidah
10 tahun di Makkah
13 tahun di Madinah
23 tahun Islam terserlah
tercerna
generasi Robbani
Jilul Quranil Farid
Apakah kita akan terus menunggu
Sehingga Imam Mahdi turun
Sehingga Isa Al Maseh turun
Sampai bila ???
Sampai bila????
Sampai bila????
Sampai bila????
Sampai bila????
Sampai bila????
Sampai bila????
Sampai bila????
Sampai bila????

ABU SYAHIDAH AL JAUHARI






______________________
Terbitan : 10 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com