SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Pemilihan Zakaria Said dan Othman Abdul Mengecewakan Golongan Muda Umno

Pemilihan wakil-wakil calon Umno/BN oleh Dr.Mahathir Mohamed yang diumumkan semalam oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Syed Razak Syed Zain Barakbah iaitu Zakaria Said wakil calon BN bagi Dun Anak Bukit dan Othman Abdul wakil calon BN bagi Parlimen Pendang memberi tamparan hebat kepada Umno di kedu-dua bahagian tersebut terutamanya kepada golongan muda Umno.Ini membuktikan dengan jelas lagi terang yang kuku dan jari-jari besi Dr.Mahathir masih lagi kuat mencengkam tubuh badan Umno iaitu beliau masih lagi mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan apa yang baik dan apa yang buruk bagi Umno dan berkuasa mutlak untuk menentukan calon-calon mana yang patut dipilih untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum walaupun calon-calon tersebut pada hakikatnya tidak diterima oleh ahli-ahli Umno sama ada di peringkat Negeri, Bahagian, Cawangan mahupun di peringkat akar-umbi.

Pemilihan Zakaria Said seorang bekas guru sekolah rendah yang hanya pass darjah 6 yang sudah usang dan pencen dari politik itu amat mengecewakan ahli-ahli Umno khasnya golongan muda. Ini pasti akan menjatuhkan semangat golongan muda Umno di Anak Bukit untuk berkempen memandangkan kepimpinan Umno langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk menonjolkan diri mereka dalam kepimpinan Umno dan pilihanraya. Pemuda-pemuda Umno beranggapan yang tidak ada gunanya lagi bagi mereka berjuang dalam Umno kalau golongan muda sepanjang masa diketepikan dalam segala hal sedangkan golongan mudalah jentera politik yang paling penting sekali bagi mana-mana parti dalam mana-mana pilihanraya kerana merekalah satu-satunya golongan di dalam parti yang teramai, baru, bertenaga dan setia yang diharapkan dapat berkempen secara agresif dan berhubung terus dengan golongan akar-umbi di kampung-kampung. Mereka akan berkempen secara 'halai-balai' sahaja kali ini kerana merasakan yang mereka tidak dipedulikan lagi oleh kepimpinan Umno Bahagian.

Zakaria Said satu nama yang telah lama hilang dan mati dalam politik Kedah kini telah bangkit kembali dari kuburan politiknya ibarat zombie dalam filem barat setelah mayatnya dihidupkan kembali oleh Dr.Mahathir dan Syed Razak. Ini menunjukan berlakunya perebutan kuasa yang serius dalam kepimpinan Umno Kuala Kedah yang mana berlaku pertelagahan yang hebat, lobi-melobi, jatuh-menjatuhkan, boikot-memboikot di antara puak-puak di dalam Umno Kuala Kedah terutamanya puak-puak tua yang tak habis-habis dan tak puas-puas hendak membolot apa sahaja jawatan, habuan, pangkat, darjat dan segala bintang-bintang yang ada di Bahagian Umno tersebut pada mereka seolah-seolah kalau boleh mati pun logo dan papan tanda Umno hendak dikapok bersama-sama ke lubang kubor. Seluruh penduduk Alor Setar khasnya dan rakyat Kedah amnya terkejut besar dan tergamam apabila nama Ya Zaid diumumkan sebagai 'pemenang' oleh Syed Razak bagi 'wrestling' pemilihan wakil calon BN untuk pertandingan Dun Anak Bukit melawan calon Pas dalam TV1 semalam. Apatah lagi sikap berlagak dan sombong bodoh Ya Said ketika sidang akhbar amat memualkan rakyat Kedah. Kemudian saya pasti penyokong-penyokong PAS, ahli-ahli Umno, golongan veteran Umno, parti-parti komponen BN di Kedah, golongan atas pagar dan rakyat biasan tersenyum sinis dan ketawa berdekah-dekah apabila mendengar nama Ya Said naik sebagai wakil calon BN di Anak Bukit.

Para pemerhati politik Kedah dan orang-ramai di sekitar bandar Alor Setar berpendapat BN dan Umno sengaja meletakkan tali gantung di leher mereka dan mencari nahas dengan meletakkan Ya Said sebagai calon BN. Sekarang Ya Said sudah menjadi bahan ketawa di Kedah. Ahli-ahli veteran Umno sama ada yang masih lagi menjadi ahli atau bekas ahli atau yang pernah menjadi jawatankuasa Umno Bahagian Alor Setar dan Kuala Kedah terutamanya pasti menggeleng-gelengkan kepala mereka apabila mendengar 'kebijaksanaan' Dr.Mahathir dan Syed Razak mencalonkan Zakaria Said. Saya yakin ahli-ahli dan penyokong-penyokong Umno Anak Bukit sendiri berasa segan untuk menunjukkan muka mereka di khalayak ramai dalam masa berkempen ini kerana malu dengan tindakan Dr.Mahathir mengangkat seorang veteran Umno yang sudah lupus tarikh berpolitiknya iaitu Ya Said sebagai wakil calon mereka. Kemungkinan besar jentera Umno tempatan lumpuh dan terpaksa digantikan dengan jentera luar kerana ahli-ahli Umno di Anak Bukit tidak mempunyai keyakinan yang Umno boleh memenangi p/raya ini malahan mungkin kalah teruk kepada PAS. Ini memberi keuntungan besar kepada PAS kerana awal-awal lagi PAS sudah menang moral dari segi pemilihan calon-calon kerana calon-calon PAS lebih muda dan berwibawa daripada calon-calon Umno.

Dijangkakan dalam pilihanraya kecil ini berduyun-duyun lagi ahli-ahli dan penyokong-penyokong Umno di dalam ke dua-dua kawasan tersebut akan menyertai PAS dan KeADILan setelah menyedari yang Umno tidak lagi berupaya untuk memimpin dan memenuhi aspirasi dan impian mereka.

AnakKedah







______________________
Terbitan : 11 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com