Rayuan DSAI dan pilihan raya kecil di KedahSeperti yang diduga rayuan DSAI ditolak oleh mahkamah persekutuan,walaupun cara pengendalian kes rasuah DSAI itu dinodai dengan pelbagai pertanyaan dan keraguan,mahkamah persekutuan tetap menolak rayuan tersebut. Keputusan rayuan itu adalah muktamad dan DSAI tidak ada ruang lagi untuk merayu,DSAI akan menjalani hukuman penjaranya dengan tabah. Walaupun kes rasuah DSAI ini berakhir dengan keputusan tersebut,namun pengaruh DSAI dalam arena politik tanah air tidak boleh diketepikan lagi,khususnya arena politik orang-orang Melayu. Walaupun ramai pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Mahathir menanggap DSAI sudah tidak lagi releven dalam arena politik Malaysia,namun pengaruh beliau masih tidak padam. UMNO/BN perlu ingat bahawa orang-orang Melayu tidak mudah lupa akan terjadi tahun 1998 itu. Pemilu 1999 telah menunjukkan manifestasi bahang bantahan itu apabila UMNO kehilangan 20 buah kerusi Parlimen. Pengaruh UMNO dikalangan orang orang-orang Melayu meleset,walaupun ini dinafikan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO dengan lantang mengatakan bahawa UMNO sudah pulih kembali dan ramai orang-orang Melayu sudah memberi sokongan kepada UMNO. Apa yang menghairankan ialah kalau Mahathir begitu yakin bahawa UMNO sudah disukai orang-orang Melayu mengapakah Mahathir mengubah dasar-dasar kerajaan tertentu yang lebih memberat kepada kaum bukan bumiputera,seperti pendidikan, yang memberi konsesi tertentu kepada mereka? Apakah pemberian 10% tempat kepada kaum bukan bumiputera di MRSM,Kolej Matrikulasi dan Kolej Melayu itu boleh merapatkan jurang perbedaan kaum masyarakat Malaysia,seperti mana yang dilaung-laungkan Mahathir dan pemimpin UMNO atau hanya bermotifkan politik semata dengan tujuan meraih sokongan kaum bukan bumiputera? Kalau UMNO begitu kukuh kenapa konsensi sedemikian harus diberikan? Apa yang jelas Mahathir dan UMNO masih tidak yakin bahawa orang-orang Melayu sudah balik kepada UMNO beramai-ramai. Walaupun laporan media begitu heboh menyiarkan berita sokongan rakyat kepada kerajaan setelah BN/UMNO memenangi pilihanraya kecil Indera Kayangan dan Ketari dengan majoriti yang lebih besar. Namun demikian,kita harus ingat bahawa kemenangan besar yang dicapai BN/UMNO di Indera Kayangandan Ketari masih belum boleh dijadikan kayu pengukur sama ada orang Melayu sudah kembali kepada UMNO kerana di kedua-dua kawasan ini orang Melayu hanya merupakan gulongan minoriti saja. Dan juga perlu diingatkan tentang berjuta-juta ringgit yang ditaburkan di kedua-dua kawasan tersebut atas nama pembangunan. Sebaliknya pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit akan menjadi ujian terbesar bagi Mahathir untuk membuktikan sama ada orang Melayu telah balik ke UMNO. Ini adalah kerana lebih daripada 70% pengundi di kedua-dua kawasan ini terdiri daripada orang Melayu. UMNO tidak berani mengambil risiko untuk meletakkan calon-calon muda dalam pilihanraya kecil ini sebaliknya meletakan tokoh-tokoh veteran mereka yang bernaung dibawah kem Mahathir. Pendang dan Anak Bukit adalah ujian pertama bagi Dollah Badawi membuktikan bahawa dia adalah pemimpin yang berwibawa yang boleh membawa kemenangan bagi UMNO. Dollah Badawi perlu ingat bahawa dia hanya akan mengambil alih daripada Mahathir pada Oktober 2003. Antara sekarang hingga Oktober 2003 macam-macam boleh berlaku. Apakah pilihanraya umum akan diadakan pada hujung tahun ini,jawapannya tidak. Kalau pilihanraya umum diadakan pada hujung tahun ini dan jika Mahathir tidak bertanding dalam pilihanraya umum itu,bagaimana Mahathir nak jadi Perdana Menteri sehingga Oktober 2003? Pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit ini akan menjadi pertunjuk sama ada pilihanraya umum akan didakan pada hujung tahun ini. Kemenangan kepada UMNO akan mengukuhkan moral mereka dan nama Dollah Badawi akan disanjung tinggi.Tetapi,kalau UMNO kalah,mungkin Dollah Badawi terpaksa tunggu lebih lama lagi untuk menaikki taktha di Putrajaya itu. Mahathir pula akan gunakan kekalahan itu sebagai alasan untuk mengekalkan sebagai PM dan presiden UMNO untuk berberapa ketika lagi. Ini adalah kerana kekalahan UMNO dalam pilihanraya kecil ini akan memalukan UMNO dan Mahathir kerana terlalu yakin akan sokongan orang Melayu kepada UMNO yang kian bertambah. Krisis kepimpinan dalam UMNO sudah mula menular apabila Mahathir mengumumkan hendak berhenti. Walaupun pada permukaannya perubahan kepimpinan dari presiden kepada timbalan presiden UMNO itu nampaknya “smooth” tetapi dibawahnya satu pergolakkan besar-besaran sedang berlaku kerana masing-masing pemimpin sudah mempunyai agenda sendiri. Mahathir mahu Najib menjadi TPM dan mahukan Dollah Badawi umumkan segera. Tetapi Dollah Badawi mahu mengumumkannya selepas pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit nanti. Soal sama ada Dollah Badawi akan mengambil Najib sebagai timbalannya masih meragu-ragukan. Najib sendiri mempunyai cita-cita sendiri dan sama ada Najib dapat berkerja bawah Dollah Badawi adalah satu perkara lain pula. Tak lupa dengan dua orang Naib Presiden yang juga bercita-cita tinggi dan Tengku Razaleigh yang masih berpengaruh dalam UMNO. Pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit ini adalah istemewa sekali kerana ia akan menentukan sama ada Mahathir akan berhenti atau tidak;juga menentukan sama Dollah Badawi berkeupayaan untuk memimpin UMNO ke arah kejayaan dan juga sama ada hukum hudud yang diluluskan di dewan undangan negeri Terenganu diterima oleh rakyat Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Apa yang jelas maruah PAS teruji dalam pilihanraya kecil ini. PAS perlu kerja kuat dan kerusi-kerusi tersebut perlu dipertahankan walau apa sekalipun. PAS mengemukakan dua orang tokoh muda yang berwibawa menentang tokoh-tokoh UMNO veteran. Tokoh-tokoh veteran UMNO ini bukan lagi orang asing di Pendang dan Anak Bukit,tetapi boleh kah tokoh muda PAS ini menwaskan mereka ? Kalau mengikut amalan-amalan demokrasi pertandingan ini adalah sengit. Tetapi UMNO sudah menggunakan media-media massa dibawah kawalan mereka untuk menyerang PAS. Disamping itu berjuta-juta wang ringgit akan diedarkan untuk meraih sokongan rakyat. Tidak lupa pula akan undi-undi pos dan hantu yang UMNO akan guna untuk menjamin kemengannya. Pengundi-pengundi di Pendang dan Anak Bukit adalah bijak dan tahu memilih siapa yang harus mewakili mereka. Jangan mudah terpengaruh dengan upahan wang ringgit,kain pelaikat dan batik,gula dan kopi,beras dan baja yang dijanji oleh UMNO melalui program anak angkatnya. “Apa yang depa bagi ambik” tapi bila mengundi itu adalah hak masing-masing. Jadilah macam orang Melayu di Kelantan dan Terengganu yang berani membuat perubahan. ALI ALLAH DITTA
______________________
Diterbitkan oleh : |