SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Guru rogol murid di Tanjong Karang: Noh Omar cadangkan perbanyakkan pusat hiburan.

Satu ketika dulu ketika heboh mengenai masalah sosial yang berlaku di negeri Kelantan, dibawah pemerintahan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Noh Omar, yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, berkata, kerana di Kelantan terlalu banyak ceramah agama. Selain itu dia juga mengatakan di Negeri Kelantan tidak ada pusat-pusat hiburan/ karaoke.

Merujuk kepada kes seorang guru merogol murid, yang juga ahli Umno di Tanjong Karang, adakah kerana di Tanjong Karang ini, khususnya di Dato’ Manan tidak ada pusat-pusat hiburan?, jika itu adalah jawapannya, maka adalah dicadangkan supaya Noh Omar, selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang mengadakan dan memperbanyakkan pusat-pusat hiburan seperti karaoke, rumah-rumah maksiat berlesen, pusat-pusat perjudian berlesen, Pusat-pusat perjudian dan sebagainya di Tanjong Karang khususnya di Dato’ Manan supaya dapat mengelakkan berlakunya kes zina, rogol dan sebagainya.

Di dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian bertarikh 2/7/2002, di paparkan mengenai seorang Penolong Kanan di Sekolah Rendah Sri Gambut telah merogol anak angkatnya sendiri. Guru tersebut yang bernama Tahiron Dimyati merupakan AJK Umno Cawangan Dato’ Manan dibawah pimpinan Sidang Jombry Aziz. Dia juga merupakan orang kepercayaan Noh Omar di Tanjong Karang. Beliau yang juga merupakan AJK Masjid dituduh telah merogol anak angkatnya itu di antara pertengahan Jun 1997 sehingga pertengahan ogos 1998.

Tahiron yang berusia 50 tahun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM18,000 dengan dua orang penjamin. Dari mana penjamin mendapat duit sebanyak itu?, tidak lain ialah dari poket Noh Omar sendiri. Kerana Tahiron merupakan orang kepercayaan Noh Omar.

“Fatwa” yang disuarakan oleh Noh Omar itu telah telah menjadi kenyataan setelah beberapa hari orang kepercayaannya, Tahiron, didakwa atas tuduhan merogol anak angkatnya, iaitu apabila pada 5&6/7/2002 Umno Bahagian Tanjong Karang yang dipimpin oleh Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo, yang mana Noh Omar adalah Timbalannya, telah/akan menganjurkan Pertandingan Karaoke lagu-lagu 60,70,80 di Dewan Dato’ Hormat.

Beginilah cara Umno yang kononnya memperjuangkan Islam (Yang Sebenar) menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Adakah pemimpin-pemimpin begini boleh dianggap sebagai pemimpin sebuah Negara Islam?

Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!, Taatlah kamu kepada Allah, Taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin dari kalangan kamu, sekiranya kamu berselisih pendapat mengenai sesuatu perkara maka kembalilah kamu kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat”.

Adakah pemimpin-pemimpin Umno hari ini merujuk kepada Al-Quran dan Hadith untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam masyarakat hari ini?, tepuk dada tanyalah iman.

Tapi apa yang kita lihat sekarang apabila pemimpin-pemimpin PAS hendak melaksanakan hukum Hudud seperti Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan, yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan, dibawah pemerintahan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, dan yang terbaru Enakmen Syariah (Hudud dan Qisas) yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu Julai ini, ditentang oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Anti Maksiat
Sg Burong







______________________
Terbitan : 6 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com