SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Pendapat Sebelah sana... (UMno)

Ini luahan hati sebenar orang2 UMno yang sedar...

..............................................................

Assalamualaikum kepada pelayar Laman Web UMNO-REFORM.Com

Terlebih dahulu saya memohon kehadrat Illahi agar rakan saya Ghazali Mat Dom segera sembuh agar usaha beliau dalam memastikan UMNO kembali utuh dengan gerakan pembaharuan dalaman dapat di segerakan.

Rata-rata kita dalam UMNO sendiri sedar, bahawa sokongan Melayu terhadap UMNO merosot sungguhpun pilihanraya Pendang menunjukkan keputusan berbeza. Apa yang paling kita nampak ialah kini UMNO terpaksa berhempas pulas untuk menang walaupun kita berdiri sebagai kerajaan di negara kita kini. Saya yakin sungguhpun kita asyik memaparkan berita bahawa sokongan melayu telah kembali pulih kepada UMNO tetapi nyata hakikat itu hanya untuk menyedapkan hati kita dalam UMNO. PM, TPM dan seluruh anggota Majlis Tertinggi UMNO tahu hakikat sebenarnya. Kita tidak payah menipu diri. Kita katakan hakikat sebenarnya dan kita perbaiki agar UMNO itu terus utuh sebagai wadah perjuangan orang-orang Melayu. Bagaimana ini boleh di laksanakan, hanyalah dengan pembaharuan dalam UMNO. UMNO perlu melakukan pembaharuan dalaman agar bukan sahaja ahli-ahli UMNO dapat menerima UMNO tanpa ragu tetapi juga mereka di luar sana.

Saudara-saudara yang di kasihi sekelian,

Rakyat semakin lama semakin pandai menilai. Kita katakan kita tidak menggunakan jentera media baik TV mahupun suratkabar untuk berkempen, mereka menilai sebaliknya. Kita katakan kita tidak menggunakan wang yang banyak untuk pilihanraya, mereka menilai sebaliknya. Kita katakan kempen anak angkat Puteri UMNO bukan sesuatu pelaburan pilihanraya, mereka menilai sebaliknya. Nilaian-nilaian mereka ini semakin kuat menembusi minda rakyat khusus pada para pelajar dan pemuda rakyat ini. Habis apa yang harus kita lakukan? Haruskan kita terusan begini. Tidak, UMNO perlu di ubah. Kita tidak boleh terusan menganggap bahawa bersandarkan pembangunan material maka rakyat akan terus menyokong UMNO.

Kita harus sedar bahawa andai kita membuka polisi sekatan media dan sebagainya maka UMNO akan tersungkur dengan gerakan yang lantang dan konsisten pembangkang khususnya PAS. Penerangan kita dalam UMNO masih kegersangan. Sungguhpun Ketua Penerangan baru namun belum jelas fungsi penerangan yang di lakukan. Ahli UMNO sendiri kini terdedah dengan seruan pembangkang. Apakah ini tidak kita lihat.

Saudara-saudara sekelian,

Umno-Reform seperti yang telah kita fahami bertindak mahukan UMNO bergerak menuruti apa yang di hasratkan oleh rakyat. Kita mahukan agar UMNO bersih dari kepimpinan yang sedar tetapi leka dengan pengejaran material untuk diri sendiri. Bukan menghalang tetapi harus bersesuaian. Bukan segalanya di pukul lumat oleh beberapa kumpulan atau geng mereka. Kita bangun selari bersama-sama keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Kita dokong amanah rakyat dan andai ada sesuatu yang tidak kena kita tegur biar jawatan kita dalam UMNO hanya sebagai ahli biasa.

Jangan kita hanya mampu mengangguk dan terus mengangguk. Andai ahli UMNO sedar bahawa kepimpinan sesaorang itu tidak mantap maka ambil langkah sesuai untuk memantapkannya. Andai kita gagal memberi penerangan sebaik mungkin maka Ketua-Ketua Penerangan baik peringkat tertinggi mahupun cawangan dan Pemuda harus beredar dan memberi laluan agar tujuan dan perlaksanaan tercapai.

Demikian adanya. Sama-sama kita teruskan gerakan UMNO-REFORM berikut dan sama-sama membantu agar ianya berhasil.

Web Master Baru
editor1@umno_reform.com







______________________
Terbitan : 31 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com