Apa Kata Mufti Perak ?(Petikan daripada ceramah Dato’ Seri Hj Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak) di Masjid Jame’ Ampangan, Seremban Negeri Sembilan pada 7hb Jun,2002 yang turut disiarkan oleh Radio Negeri Sembilan)
“…ulama’ dah sepakat, mereka yang meletupkan diri mereka untuk membunuh tentera Israel adalah mati syahid……itulah saja cara yang boleh mereka lakukan untuk melawan Israel….kalaulah mereka gunakan senapang untuk menembak tentera Israel, tentu meeka akan dibunuh terlebih dahulu sebelum sempat mereka menembak tentera Israel…..tapi yang sedihnya bila umat Islam bertindak melawan Israel, ada pula orang Islam yang lain menentang dan mengganggap mereka sebagai pengganas….”
2. Isu penulis-penulis yang menghina Islam dalam tulisannya (seperti Astora Jabat, Akhbar Ali, Farish Nor, Zainah Anwar dll)
“….mereka ini cukup kuat hentam ulama’….terutama sekali Astora Jabat….ketika saya kritik isu bollywood sya dihentam teruk….Akhbar Ali kata Mufti-Mufti ni tak berfikiran jauh sebab serban mereka tebal sangat tak boleh masuk oksigen dalam kepala…..saya (selaku Pengerusi Lembaga Penapis Buku-Buku Islam) telah memanggil mereka ini untuk memberi nasihat tapi tak semua yang hadir….”
“….mereka ni menulis bukan tujuan agama sebenarnya, tujuan politik semata-mata, bila sya minta supaya orang-orang ini tak dibenarkan menulis, apa kata mereka ?(orang-orang atasan/pemimpin tertinggi Umno), “Rugilah kami (kalau mereka tak menulis) mereka ni lah penyokong-penyokong parti kami….”
3. Tentangan Sharizat dan lainnya keatas Undang-Undang Jenayah Syar’iah Trengganu.
“….mereka yangkata hokum Hudud zalim sebenarnya mengatakan ALLAH yang zalim, sebab hokum itu ALLAH yang buat….patutnya mereka ni berbincang lah elok-elok, saya dah jumpa Hj Hadi….dia beritahu Trengganu dah buat seminar, panggil berbagai pihak, parti politik, paderi, mufti….untuk beri pandangan, tapi mereka yang menentang ni tak pula hadir untuk beri pandangan….yang kuat menentang pula tu pemimpin wanita….
4. Dr. M jumpa Pope.
“….saya dah bagi pandangan, mereka tak terima pandangan saya….bila kita dah jumpa dia (Pope) tentu kita ajak pula dia dating ke Negara kita,….bila Pope dating sapa yang untung, nil ah yang mereka mahu….”
5. Penutupan Sekolah Aliran Islam.
“….ada orang Islam yang cadang nak tutup sekolah agama, bimbang kerana sekolah-sekolah ni melahirkan orang yang bersemangat agama, yang cadang tu orang yang ada kelulusan agama, saya tahulah sebab saya ada dalam mesyuarat tu….”
6. Penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah
“….bahasa sendiri dah tak mahu guna, nak guna bahasa Inggeris, apa nak jadi?.....mana pergi pejuang-pejuang (Bahasa Melayu), dah habis berjuang ke? Kalau Bahasa Melayu dah tak mahu guna, tak jumpa dah lah sambal belacan, tempoyak….”
7. Jangan jadi penakut.
“….saya dah 63 tahun, nak masuk umur subsidi, kalau dah tua pun nak penakut juga, tak guna lah….”
Ulasan Penulis : Kalau Tok Mufti pun dah berani berterus-terang membongkar berbagai penyelewengan dan mengkritik dasar kerajaan BN, orang Pendang dan Anak Bukit yang tak kurang hebat ilmu Agama dok tunggu apa lagi, nilah peluang nak tegur pemimpin kita, bila kita pangkah bulan, baru depa bukak mata, tak lah sesuka hati depa nak buat tu, nak buat ni, sampai bahasa sendiri pun dah tak percaya.
______________________
Diterbitkan oleh : |