SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Ulangkaji lagi

Assalamualaikum,

Salam sejahtera para penakut-penakut untuk "REFORMASI".

Orang kita khasnya melayu.com cukup takut dan ngeri apabila mendengar perkataan REFORMASI.Jika di Kuala Lumpur pada mereka yang hadir di Masjid Negara dan Dataran Merdeka pada 20September 1998 masih segar dalam ingatan dan masih terngiang-ngiang ditelinga.Apa cik Awe hendak sebut(meminjam kata-kata selalu digunakan oleh penjuang rakyat)- saudara Ezam ketika berceramah dimana-mana jua dan setiap masa,kita rakyat bawahan memang mudah lupa,lupa segala-galanya,cuma panas bagai hangat-hangat tahi ayam.

Untuk rakyat yang masih menonton siaran tv kepunyaan mereka yang masih mengepit akhbar kepunyaan mereka ke hulu ke hilir(cik Awe dah lama tak baca)bolehkah berubah dari sekarang sebelum menjelang 2003/2004.

Jangan terlalu mengikut perasaan apabila menonton tv atau membaca akhbar kepunyaan mereka,seeloknya beri sedikit masa untuk mencari maklumat dari pihak pembangkang.Anda sekelian harus ingat,gambaran mereka untuk BA tidak pernah betul terutama PAS.Pada anak-anak REFORMASI yang berada di Kuala Lumpur khasnya jangan lupa salurkan maklumat pada ayahbonda di kampung kerana mereka biasanya hanya mendengar sebelah pihak sahaja.COntohnya Mat Sabu-Haprak, Tg Nik Aziz Barua!Itulah dasar BN,mahu memesongkan fahaman mereka supaya diterima oleh pihak orang lain sebagaimana mereka menerima amanat dari pimpinan mereka.Kenapa Cik Awe cuba mengingatkan perkara-perkara seperti ini kerana MELAYU mudah lupa,kita mesti mengulang-ulang supaya sama-sama dapat mengingati kembali peristiwa bersejarah 20 September1998.Cik Awe sekadar mampu memesan sahaja kerana ini sahaja kemahiran Cik Awe.Sekian selamat berjuang kerana perjuangan kita belum selesai.

Cik Awedonde(sekadar termampu)

Cik Aw







______________________
Terbitan : 29 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com