SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

'Salahuddin Alayubi’ di Anak Bukit dan perang ‘Uhud’ di Pendang.

Sudah tibalah masanya ulama-ulama PAS bertindak lebih terkehadapan dalam merangka gerak kerja Parti terutama dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Seakan telah terbukti kemenangan Pas di anak Bukit dan kekalahan Pas di Pendang bersamaan dengan apa yang dilalui oleh nabi kita, Muhammad S.A.W dalam siri-siri peperangan yang ditempuh oleh baginda.

Dakwaan Pas akan menang di Pendang kerana jentera dan tentera Islam Pas cukup ramai hanyalah andaian semata, tidak didasarkan dari sirah yang dilalui oleh Rasulullah. Begitu juga di anak Bukit. Ia menang dalam keadaan tentera bersekutu Barisan Nasional cukup lengkap dan nampak hebat. Kenapa? Logiknya dengan angkatan bersenjata yang begitu ramai dipihak musuh, jentera-jentera penggempur kementerian penerangan, perang saraf dari pasukan think tank BN boleh mengalahkan Parti Islam PAS dengan terok sekali, tetapi ini tidak berlaku. Kenapa ?

Sejarah telah menerangkan perihal Salahuddin Al Ayubi bagaimana dia begitu teliti dalam memilih askar-askar yang patut di hantar ke medan peperangan. Bukan tubuh sasa yang menjadi ukuran, bukan kelengkapan ketenteraan yang menjadi keutamaan tetapi askar-askar beliau mestilah mempunyai keikhlasan dan ketakwaan yang tinggi terhadap Allah S.W.T. Ini dapat dilihat apabila beliau memilih orang-orang yang tertentu, yang sembahyang malam untuk berhadapan dengan puak puak kufar bagi menawan Masjidil Aqsa. Inilah yang berlaku di Anak Bukit InsyaAllah. Pejuang – pejuang Islam Pas bergerak dari seluruh pelusok negara semata –mata dengan niat ingin mempertahankan kemenangan Islam di Anak Bukit. Iltizam dari mereka terutama dari Muslimat amat bermujahadah. Sungguhpun bilangannya tidak ramai. Oleh itu.. Boleh kah Dewan ulama teutama dari lajnah Tarbiyah melahirkan lebih ramai lagi Mujahidin-mujahidin untuk menampung keperluan setempat di seluruh pelusok negara apabila tiba masanya berperang dengan tentera bersekutu BN lagi?

Boleh adakah 10 orang muslimat, 10 orang pemuda sekurang-kurangnya yang bersedia MENIGGALKAN rumah-rumah mereka selama Cuma 10 hari untuk menjalankan gerakkerja, menyusun strategi di UPU masing-masing? Siang mereka BERKEMPEN malam mereka BERMUNAJAT meminta pertolongan daripada Allah. Kita tidak mahu ramai orang Pas yang berjuang bermati-matian sampai terlupa sembahyang, sampai terlupa mengharapkan pertolongan dari Allah. Biar ia sedikit, tetapi mempunyai qualiti sebagai seorang mujahidin. 7 orang pemuda Ashabul Kahfi berjaya mengoncang negara yang thorgut di zaman mereka, boleh atau tidak boleh 10 orang pejuang Islam Pas menawan UPU masing-masing? Mereka yang boleh menjaga disiplin peperangan sehingga habis tempoh peperangan tanpa perlu turun meninggalkan Pos masing-masing macam peristiwa perang Uhud. ( mungkinkah ini berlaku di Pendang apabila peratus jumlah mengundi tiba-tiba meningkat selepas jam 4 petang?) Masih ada masa lagi. Tetapi ia mesti bermula hari ini. Lajnah tarbiyah mesti di aktifkan semula. Orang-orang Pas perlu disuntik dengan semangat perjuangan Islam yang hakiki. Supaya mereka tidak berjuang membabi buta.

Supaya mereka benar-benar ber…
JIHAD JALAN KAMI, SYAHID WAWASAN KAMI.

Ikhlas,
Baju t 2002





______________________
Terbitan : 30 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com