SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Analisis Pilihan Raya Kecil (2)

KEMPEN BN/UMNO MENUNJUKKAN PERPECAHAN YANG NYATA

Melihat secara umum kempen pilihan raya kecil UMNO/BN di Pendang dan Anak Bukit tidak menampakkan apa-apa permasalahan. Mereka seolah-olah dalam suatu jentera yang kuat dan berpadu menentang Pas. Tetapi jika diteliti secara halus dan mendalam, kempen mereka ini seolah-olah ada yang tak kena.

Pilihan Raya Kecil Pendang dan Anak Bukit, sebenarnya bukan gelanggan pertarungan di antara UMNO dan PAS sahaja, tapi adalah gelanggan di antara team dalam UMNO.

Kita sudah maklum tentang team ini. Tapi kita tidak tahu sejauh mana pergeseran di antara mereka. Pilihan raya kecil membukti sejelas-jelasnya wujud team ini.

Paling ketara ialah Abdullah Badawi yang bakal menjadi PM sebenarnya tidak begitu suka kepada Najib, usaha untuk menjatuhkan Najib sangat jelas dan nyata. Ini cukup membimbangkan Mahathir semasa proses penyerahan kuasa. Sebab itu Mahathir yang seolah-olah untuk meredakan masalah ini, yakni sebelum pilihan raya kecil dengan jelas telah membuat pengumuman kononnya Najib akan menjadi Timbalan PM jika Paklah jadi PM.

Kemudian Mahathir menafikan esokkannya dengan memberi penjelasan bahawa itu bergantunglah kepada Pak Lah sendiri nak lantik siapa. Kenyataan ini sebenarnya cuba menyerat PakLah supaya menerima Najib.

Pak Lah dikatakan lebih selesa dan sesuai dengan Muhamad Taib, sebab itu selepas aje Mahathir mengistiharkan untuk bersara, Muhamad Taib muncul dalam banyak pertemuan dan persidangan. Dia kini nampak seolah-olah seorang juara baru.

Paklah juga tidak begitu menyukai Rafidah. Perkara ini cukup jelas dalam mesyuarat MT untuk menyiarkan macam mana kesefahaman antara MT UMNO dengan PM dalam isu peralihan kuasa. Rafidah membantah Paklah dalam mesyuarat tersebut dan begitu keras dengan Pak Lah.

Ucapan Rafidah pada media hari itu cukup menampakkan dia tidak sebulu dengan Paklah. Dia seolah-olah nampak menyebut akan memberi sokongan penuh kepada Pak Lah jika Pak Lah menjadi PM. Ucapan ini difajamkan bahawa ada sesuatu yang tak kena.

Pak Lah adalah dikatakan lebih selesa dengan Azalina, team yang kuam membela Azalina sendiri adalah team yang dibina oleh Paklah sendiri, termasuklah puak-puak KMU.

Sebab itu kita lihat kurang liputan tentang Wanita UMNO dalam kempen pilihan raya Pendang dan Anak Bukit ini, tetapi lebih tertumpu kepada kempen yang dibuat oleh Puteri UMNO. Sebenar Rafidah cuba dipinggirkan !!

Satu lagi musuh Pak Lah ialah Hishamuddin Hussin. Pak lah lebih selesa dengan Khir Toyo, kerana telah wujud satu gerakan menyingkirkan Hishamuddin dengan mengantikan dengan Khir Toyo dan Khir begitu kuat bergantung kepada Pak Lah demi menjaga tembelang rasuahnya.

Jelas dan nyata Pilihan raya kecil baru-baru ini adalah medan mereka membina kekuatan, tetapi Allah membuka ruang perpecahan dalam hati-hati mereka.

Bidi Dgn







______________________
Terbitan : 23 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com