SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Bulan Jun 2002 bulan menangis

Bulan Jun 2002 telah berlalu. Mereka yang terkena demam bola piala dunia sudah hampir sembuh. Dalam pada itu ada juga yang semakin nazak iaitu mereka yang cuba membunuh diri kerana kalah pertaruhan.Inilah kejayaan TV3/4 merosak pemikiran rakyat dengan kempen makan bola, tidur bola dan mati bola.

Suka duka piala dunia telah berlalu. Ramai yang menangis samada yang kalah atau yang menang. Penyokong dan pemain pasukan Rusia menangis kerana kalah. Pemain Itali menangis kerana diaibkan oleh sebuah pasukan dari Asia, Korea. Begitu juga pemain Spain juga kecewa dan menangis kerana ditewas oleh pasukan underdog. Pemain Korea pula menangis keriangan kerna terharu dengan kejayaan dan sokongan rakyat mereka . Begitu juga dengan pemain pasukan Brazil yang menjadi juara kerana kegembiraan.

Di dalam negeri ahli Pas dan penyokong gerakan Islam menangis atas pemergianan seorang pemimpin Islam yang komited kepada perjuangan Islam. Al Fatihah kepada almarhum Ustaz Haji Fadzil Nor. Pendokong gerakan Islam dan luar negara kehilangan seorang pejuang Islam yang dedikasi dan jujur. Seorang pemimpin yang menyenangkan rakyat tetapi mengorbankan diri. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh beliau. Amin.

Dalam kesibukan orang meratapi pemergian pemimin berjiwa rakyat, dalam orang bersedih kerana terharu atas kekalahan dan keriangan, kita dipertontonkan dengan satu adengan tangisan buaya oleh pelakon terkenal Bollywood Putrajaya. Diumumkannya yang dia akan meletak jawatan sebagai Presiden parti UMNO Barua. Menangislah dia kerana terlalu sedih melepaskan sebuah jawatan yang dipegagngnya sejak 21 tahun yang lalu dengan penuh kezaliman kepada rakyat dan mereka yang menentang kehendak dia. Kebencian dia kepada Islam terserlah dalam setiap tindakannya. Ulamak dihina . Sunnah rasul dipersenda. Hukum Allah dibuat lawak dan gurauan. Malah yang akhirnya sekali, si Munafik ini mempermainkan Allah pula dengan mentafsir Basmallah sebagai tuhan samseng. Perbuatan biadap simunafik ini disokong dengan sorak oleh ahli UMNO yang bodoh itu . Tidak seorang pun ulamak syaitan dalam UMNO yang berani menegur perbuatan si munafik ini. Samaada penasihat agama kononnya, si Haman atau menteri agamanya, Ustaz (Barua) Hamid Zainal Abidin atau mufti-mufti kerajaaan yang begitu seronok menerima habuan dunia berani menegur perbuatan si laknatullah ini.

Melihat ketua mereka menanagis maka menangis jualah ahli UMNO yang berotak dilutut. Alangkah hodohnya makcik dan pak cik yang dah berkedut muka itu menangis dihadapan TV walhal si firaun keriangan kerana pengikutnya yang IQ nya setaraf dengan kerbau itu menerima lakunannya. Begitulah berlalunya bulan tangisan.

Oleh : blackeneyes





______________________
Terbitan : 8 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com