SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Sikap pemimpin Arab menangani masalah Palestin

"Mengubat penyakit lebih baik dari mengubat simptom". Hampir sejak sembilan bulan lebih kurang, pihak Yahudi meneruskan serangan mereka setiap hari ke atas kaum muslimin di palestin. Yang terbaru adalah serangan keatas pusat pemerintahan kerajaan palerstin dan juga istana presiden nya Yasser Arafat dan sekolah milikan kerajaan palestin ketika pelajar-pelajarnya sedang menduduki peperiksaan , meriam kereta kebal di halakan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut bersama beberpa das tembakan dilepaskan ke arah mereka menyebabkan pelajar-pelajar tersebut bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing tanpa sempat menyerahkan kertas jawapan mereka kepada pihak sekolah ...

Sekalipun penduduk Palestin menjerit dan setiap hari secara berulang-ulang mereka meminta kepada saudara mreka di luar Palestine, tetapi malangnya tiada seorang pun pihak berkuasa Arab dan muslimin tergerak hati untuk menolong mereka,seolah-olah pihak-pihak yang tersebut (penguasa arab dan muslimin yang lain ) sedang berada didalam lubang kubur tidak berdaya untuk keluar menolong saudara-saudara seakidahnya.

Pada hari-hari terakhir,pihak Yahudi telah cuba bermain kasar dengan menggunakan senjata-senjata sofistikated buatan negara "Ketua Tentera Iblis (Amerika)"merosakkan segala apa yang ada , sedangkan penguasa-penguasa arab dan penguasa-penguasa muslimin yang lain semakin bertambah hina dan pengecut. Musuh Allah, Pegawai Kanan bagi pasukan "ketua Tentera Iblis " Sharon semakin mabuk darah dalam mempersendakan Gaza,Nablus,Tulkaram dan Ramallah, sehingga sanggup menghancurkan rumah-rumah juga penghuninya, sementara pihak-pihak berkuasa itu terus melakukan konspirai jahat terhadap permasalahan utama umat ini antaranya menangkap mujahid-mujahid islam dan berpura-pura untuk menolong ummat Palestine dengan mengadakan perjumpaan-perjumpaan atas nama mencari jalan penyelesaian demi menyelamatkan ummat palestine dan ummat-ummat islam yang tertindas sedangkan dalam waktu yang sama mereka lebih takutkan "Ketua Tentera Iblis" dari takutkan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT pemilik alam semesta ini.Pelbagai dolak dalih yang mereka lakukan demi berkhidmat kepada tuan-tuan mereka ,iaitu negara-negara kafir ,serta tamak untuk mendapatkan habuan dari negara-negara tersebut.

Pada hari Sabtu, 18-05-2001apa yang mereka namakan Suruhanjaya Pengawasan arab telah berkumpul di Kaherah (ibukota Mesir), dan sudah tentulah keputusan dari perhimpunan mereka adalah untuk lebih menipu dan menyesatkan rakyat sehinga ianya disifatkan sebagai lebih baik tidak diadakan pertemuan tersebut.

Antara keputusan perhimpunan palsu itu adalah

1) menghentikan semua bentuk hubungan politik negara-negara Arab dengan puak iblis Yahudi (kecuali kedutaan) sepanjang ia meneruskan tekanan terhadap penduduk Palestin

2) menuntut semua negara-negara tersebut untuk melakukan pemulauan terhadap sebarang barangan keluaran Israel.

kefahaman kita tentang isi perhimpunan itu adalah kerajaan-kerajaan arab mestilah menghentikan hubungan dengan Israel dalam bidang politik sahaja dan bukannya dari semua sudut....samalah seperti kita memulau seseorang dengan tidak bertandang kerumahnya sahaja tetapi dalam masa yang sama kita masih bertegur sapa dengannya apabila bertembung di tempat-tempat lain. Kalau ini berlaku, maka ia tidak dinamakan sebagai pemulauan kerana konsep pulau memulu adalah memutuskn hubungan dari semua sudut secara langsung tanpa memperdulikan apa yang berlaku terhadap pihakyang di pulau itu.

Lihatlah apa yang di buat oleh penguasa-penguasa muslim dalam menyelesaikan penindasan yang telah di lakukan oleh tentera iblis Israel terhadap saudara seakidah mereka..

nampaknya sikap yang diambil oleh mereka seolah-olah melepaskan batuk di tangga untuk mengelakkan diri mereka dari dituduh sebagai seorang yang tidak mahu mengambil tahu tentang nasib saudaranya. Kita yakin dan percaya jika sekiranya pihak-pikahg berkuasa islam tadi betul-betul ikhlas untuk membela nasib saudara seislam mereka maka mereka akan bersikap tegas dalam menyelesaikan permasalahan muslimin tanpa ada tolak ansur dan perasaan takut terhadap musuh-musuh Allah...

Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah serta khalifah-khalifah islam sesudah baginda,mereka tidak bersikap pengecut terhadap musuh-musuh Allah sehingga mereka amat di geruni dan di segani oleh puak-puak kuffar...

sedarilah bahawa islam pernah memerintah dunia ini sebelum kejatuhan kerajaan Uthmaniah Turki. Jika ditinjau sepintas lalu,maka kita akan mendapati bahawa negara-negara islam terutamanya negara-negara teluk, teluk telah di kurniakan oleh allah dengan hasil bumi yang melimpah ruah terutamanya petroleum. Jika negara-negara ini bersatu padu dalam biadang ekonomi,pertahanan atau persenjataan ,sudah tentulah mereka akan menjadi kuasa besar dunia di abad ini.

Mereka tidak akan takut kepada Amerika dan sekutu-nya...

Mengapa kerajaan Tentera Iblis yang di ketuai oleh Amerika dapat bersatu padu dengan sekut-sekutu Iblisnya untuk memerangi apa yang mereka namakan sebagai 'memerangi pengganas' sedangkan hakikatnya adalah untuk memerangi ummat islam yang cuba bangun untuk menentang keganasan yang sememangnya telah ditimbulkan oleh puak-puak iblis ini

Sudah terbukti negara-negara iblis inilah merupakan sumber yang melahirkan keganasan,kerana pemikiran yang waras juga membenarkan bahawa apabila seseorang terus menerus di tindas maka ia akan cuba keluar dari penindasan tersebut dengan melahirkan peentangan terhadap orang yang menindasnya.Haiwan seperti kerbau,lembu pun akan bertindak ganas jika di serang.Itu jika di buat perumpaan dengan haiwan,apalagi manusia yang di kurniakan oleh Allah dengan pemikiran yang merupakan sebesar-besar kurniaan tuhan,kerana dengan pemikiranlah Allah telah melebihkan bapa manusia Adam a.s di atas sekelian malaikat dan iblis,sehingga membuatkan iblis dengki terhadapnya. Oleh itu apa guna pemikiran jika tidak digunakan ????????.....

wassalam.







______________________
Terbitan : 1 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com