SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Misteri BN kalah di Anak Bukit

KUALA LUMPUR – Kekalahan BN di Anak Bukit dalam pilihanraya kecil 18 Julai lalu masih menjadi persoalan kepada pimpinan tertinggi Umno yang seolah-olah tidak dapat menerima keputusan yang diumumkan di Dewan Bernas, Anak Bukit, pada malam itu.

Hampir kesemua menteri kabinet, diketuai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berada di dewan tempat pengumuman keputusan dibuat. Pada waktu yang sama dewan pengumuman di Pendang pula ditinggalkan tanpa seorang menteri pun, kecuali timbalan menteri M Keyveas dan bekas menteri Datuk Anuar Musa.

Tentulah Abdullah Badawi telah diberi maklumat oleh pihak-pihak tertentu yang dipercayainya mengatakan BN menang di DUN Anak Bukit. Tanpa maklumat sedemikian tidak mungkin semua menteri kabinet akan berkumpul di Anak Bukit dan bersiap sedia untuk merayakan kemenangan itu, dan tidak mempedulikan keputusan di Pendang.

Bagi BN, kerusi DUN Anak Bukit jauh lebih penting dan mustahak daripada kerusi parlimen Pendang. Kemenangan di Anak Bukit akan mengembalikan majoriti dua pertiga kepada mereka di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Persoalan yang masih tidak mendapat jawapan memuaskan pihak pimpinan tertinggi Umno sehingga hari ini ialah: Bagaimanakah PAS yang menang di Anak Bukit sedangkan maklumat mereka hingga ke saat-saat akhir menunjukkan BN yang menang?

Akibat marah dan tidak dapat menerima keputusan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkan pengundi-pengundi Melayu di Anak Bukit dengan menyifatkan mereka terlalu fanatik dan tidak waras, hingga kalau PAS meletakkan tunggul kayu sebagai calon pun mereka akan pangkah PAS juga.

Beberapa hari kemudian beliau menyalahkan PAS pula, yang dituduhnya menggunakan taktik kotor termasuk membawa pengundi hantu seramai 2,000 orang daripada Kubang Pasu ke Anak Bukit.

Sumber mengatakan pihak Umno masih lagi berusaha mencari punca yang menyebabkan berlakunya peristiwa yang memalukan kira-kira 17 anggota kabinat BN di Dewan Bernas pada malam 18 Julai itu.

Sementara itu seorang penganalisis politik berkata peristiwa tersebut perlu diberi perhatian serius, kerana ia mungkin memberi kesan tertentu kepada kumpulan perisikan dan perancang strategi Umno.

“Ia boleh dilihat sebagai satu kesilapan yang tidak disengaja, dan boleh juga dilihat sebagai satu kesilapan yang disengajakan. Kalau kesilapan itu disengajakan, bererti ada sesuatu yang tidak betul dalam kumpulan perisikan Umno sendiri. Ini yang membimbangkan mereka,” kata penganalisis tersebut.

(Artikel Ini Di Petik Daripada muka depan Akhbar Cabaran Keluaran Terbaru..( Ihb Ogos 2002) Yang Telah Pun Berada Di Pasaran...Antara Berita Berita Yang Menarik Iaitu Isu Rasuah Khir Toyo,Mengaapa Melayu Tolak Umno,Kuasa Lebih SPR Sekat Pembangkang dan lain lain lagi.......)

.........................
Artikal Cabaran terakhir di laman ini ialah 9 Ogos 2001







______________________
Terbitan : 31 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com