SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Kata dulang paku serpih

PEDAS-PEDAS CILI API

Dalam pilihanraya kecil Anak Bukit dan Pendang, Dr M @ Cek Det, Dolah Badwi dan gendang gendut UMNO yang lain tidak habis-habis menuduh orang PAS bertindak kasar dan menabur fitnah. Cili Api tertunggu-tunggu hendak melihat atau sekurang-kurangnya mendengar bukti yang konkrit. Bukankah mereka ini menguasai TV? Bukankah mereka boleh rakamkan bukti-bukti? Bukankah mereka boleh siarkan segala bukti 25 jam dalam sehari, lapan hari dalam seminggu dan lima minggu dalam sebulan? Puas Cili menunggu. Tetapi, hasilnya tiada.

Cek Det, disambut setia oleh gendang gendutnya, cuma berjaya memaparkan gambar beliau sebagai paderi besar, yang kononnya dibuat dan disebarkan oleh PAS. Apa bukti Cek Det bahawa orang PAS yang membuat lukisan itu? Entah-entah anasir S-B atau jabatan main kotor (yang dikuasai oleh Jabatan Perdana Menteri) yang menjadi puncanya. Cili Api tidak ada bukti, jadi tidak hendak tuduh siapa-siapa.

Yang paling banyak memesongkan berita dan cerita (tentu dengan restu pemimpin atau gendut tertentu UMNO) ialah TV. Mereka olah cerita dan mereka putar-belit berita tentang pemimpin pembangkang, sehingga menjadi pembohongan atau fitnah. Mereka tidak beri peluang kepada yang dituduh untuk menjawab. Mereka ulang-ulang fitnah itu tiap-tiap hari selama berminggu-minggu. Sebabnya? Barangkali mereka belajar daripada Goebbels, kaki propaganda Hitler, bahawa jikalau sesuatu fitnah itu diulang-ulang, akhirnya ia akan diterima oleh umum sebagai benar.

Soal mengaitkan pemimpin dengan simbol agama Kristian – sama ada salib atau paus – bukanlah perkara baru. Cili Api rasa tentu ramai yang masih ingat apa yang berlaku dalam pilihanraya tahun 1990. Bukankah dua hari sebelum pengundian, Tunku Razaleigh, selaku ketua Gagasan, telah dituduh sebagai tali-barut Kristian semata-mata kerana beliau memakai sigah Kadazan, yang kononnya mempunyai lambang salib? Pada hal semua orang tahu itu bukan lambang salib.

Tetapi, pucuk pimpinan UMNO-BN membuat tuduhan itu salib. TV pula membesar-besarkan itu memang salib. Bermacam-macam fitnah disebarkan. Sampai ulamak upahan pun membuat fatwa. Bukankah ini merupakan fitnah besar? (Cili Api tidak percaya Kuli sudah lupa peristiwa ini, walaupun beliau kini sudah rujuk dan menjadi jeruk dalam UMNO). Fitnah ini nyata dimulakan dan disebarkan oleh UMNO-BN. Tak macam gambar Cek Det yang diedarkan di Pendang atau Anak Bukit, yang tidak diketahui siapa punca sebenarnya.

Sebenarnya, tujuan utama Cili Api menimbulkan perkara ini ialah untuk mengingatkan SPR bahawa media, terutama sekali TV (yang sebenarnya ditanggung dengan wang rakyat) sentiasa diperalatkan oleh parti pemerintah dengan cara tidak adil. Pada zaman Indonesia, Filipina atau Thailand, di bawah rejim ketenteraan, masih ada media yang mempunyai sedikit kebebasan untuk memberi ruang kepada pembangkang. Tetapi di bawah pemerintah Dr Mahathir yang adil, demokratik dan serba boleh, pembangkang tidak diberi peluang sama sekali.

Cili Api hendak tanya: mengapakah SPR takut hendak bertindak? Adakah sebabnya sama dengan ketakutan hendak bersuara terhadap politik wang, politik sogok?







______________________
Terbitan : 24 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com