SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Tuduhan Mahathir 600 orang pengundi Cina dihalang mengelirukan

Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada hari Rabu, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menuduh bahawa 600 orang pengundi Cina di kawasan pilihan raya Anak Bukit takut untuk mengundi kerana mereka ditakuti oleh “ancaman terhadap orang Cina” akibat daripada tindakan ganas penyokong PAS. (Bernama 24.7.2002) Ini menandakan calon BN yang kalah, Zakaria Said sepatutnya memenangi kerusi itu.

Oleh sebab pemimpin PAS telah menolak tuduhan sedemikian, SPR harus mengesahkan atau menafikan tuduhan serius oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bahawa 600 orang pengundi Cina di pilihan raya Anak Bukit takut untuk mengundi atas sebab ancaman PAS, sehingga menafikan kemenangan dua kerusi oleh BN dalam dua pilihan raya kecil itu.

Rakyat Malaysia tidak inginkan tuduhan sedemikian tidak disiasat atau digunakan sebagai alasan untuk meminda undang-undang pilihan raya yang semakin berat sebelah terhadap parti pemerintah dan menjejaskan kebudayaan mengadakan pilihan raya yang bebas, adil dan bersih di negara ini.

Berapa orangkah daripada 600 orang pengundi Cina ini yang telah membuat laporan polis mengenai perkara ini? Sebenarnya, terdapatkah laporan polis mengenai ancaman PAS itu?

Terdapatkah sebarang berita tentang bantahan mana-mana pemimpin MCA atau Gerakan terhadap ancaman PAS pada hari pengundian atau hari berikutnya?

Pemimpin MCA dan Gerakan bukan sahaja tidak membuat aduan mengenai ancaman PAS itu, tetapi sebaliknya mereka berasa bangga dan gembira dengan kejayaan mereka mendapatkan undi Cina bagi BN.

Pada hari Khamis, Kwong Wah Jit Poh, memetik seorang pemimpin MCA Kedah berkata bahawa 84% daripada pengundi Cina di Anak Bukit keluar mengundi berbanding dengan 65% pada pilihan raya umum 1999, dan hampir 100% pengundi Cina menyokong calan BN.

Jika tuntutan beliau adalah benar, maka tuduhan Mahathir adalah tidak benar.

Anak Bukit mempunyai 19,399 orang pengundi yang berdaftar, daripada jumlah ini terdapat 16,889 orang Melayu (87.06%), 2,151 orang Cina (11.09%), 290 orang India (1.49%) 69 orang lain (0.36%).

Jika tuduhan Mahathir adalah benar, maka ini mewakili 28% daripada 2,151 orang pengundi Cina, campur dengan 84% pengundi Cina yang mengundi seperti yang dituntut oleh pemimpin MCA Kedah itu menjadi 112% daripada jumlah pengundi Cina!

Pengundian oleh orang Cina di mana-mana kawasan pilihan raya yang melebihi 80% adalah amat luar biasa, mungkinkah terdapat 30% daripada pengundi Cina ialah pengundi hantu sehingga terdapat 600 orang pengundi takut untuk mengundi?

Berdasarkan angka-angka ini, tuduhan Mahathir kekurangan kredibilitinya dan merupakan satu lagi cerita yang sukar dipercayai yang digunakan untuk menjustifikasikan pindaan undang-undang pilihan raya kepada undang-undang yang tidak demokratik dan tidak adil.

SPR harus mempertimbang tuduhan Mahathir dan memulakan siasatan terhadap kebenarannya dan tuduhan-tuduhan terhadap PAS atau BN. Oleh sebab DAP tidak terlibat dalam pilihan raya kecil itu, DAP sedia membantu dalam siasatan itu.







______________________
Terbitan : 27 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com