SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Reaksi daripada tulisan saya

Assalamualaikum !

Surat ini adalah satu daripada beberapa reaksi PAS terhadap penulisan saya dan pemikiran kawan-kawan. Beliau ini jika tidak salah ambilan adalah ADUN Perlis, seorang jawatankuasa Pemuda PAS. Ini fikiran.

Saya percaya tidak sedikit pemimpin PAS mengikuti penulisan dalam Laman Web terutama Tranung Kite dan Newskini. Jika sikap ini "merebak" kepada pemimpin baru maka PAS akan jadi macam UMNO hanya mahu memperalatkan cendekiawan yang sememang sudah jadi trend politik yang berlandaskan KAPITALISME. KEADAAN mengenepikan malah anti-intelectual ini, kian teruk. Wallahulam.

REAKSI saya dapat ilham menulis tetntang syukur ditipu IAITU HASIL DARIPADA PENDANG DAN ANAK BUKIT. Sebelum inihati kecil saya berkata jika PAS hendak menang pun biarlah undi yang sedikit ; jika kalah pun begitu--bimbang masing-masing naik "muka" dan anggkuh.

ALLAH TUNJUKKAN BAHWA DOA SAYA ITU DITERIMA. Bagus juga untuk saya menulis beberap anekdot "bagaimana bodohnya pencari emas di sebuah desa". Terimakasih atas terimakasih.

AQ~ Wassalam.

................................................

Assalamualaikum wr wbth,

Terima kasih kepada Dr AQ kerana telah sudi meluangkan masa untuk menulis surat terbuka kepada PAS dan turut menghantarnya kepada saya. Saya doakan mudah-mudahan saudara sentiasa dilindungi Allah.

Sepatutnya saudara Dr AQ tidak perlu berselindung dengan tidak memakai nama sebenar dan tidak perlu menghantar pandangan dan komen kepada PAS melalui e-mail. Pandangan itu boleh dikemukakan secara terus kepada pimpinan PAS di pelbagai peringkat termasuk di dalam muktamar. Sikap terbuka dan lapang dada PAS telah pun terbukti dan tiada siapa pun yang teraniaya kerana mengemukakan pandangan.

Apa yang saya catatkan di sini hanyalah semata-mata pandangan peribadi saya berdasarkan realiti dan pengalaman tempat saya dan bukannya mewakili PAS secara keseluruhan apatah lagi mewakili kepimpinan parti di peringkat tinggi. Seungguhnya melihat dari jauh atau melihat dari dekat tetapi dari luar medan perjuangan tidak sama dengan mereka yang hidup mati bersama perjuangan itu. Menjadi pencadang tidak sama dengan pelaksana. Namun begitu bukan bermakna saya menafikan hak semua orang termasuk dari pihak musuh untuk memberikan pandangan dan saranan bahkan kritikan dan hentaman. Kebebasan semua itu didokong secara konsisten oleh PAS kerana ia adalah selari dengan prinsip perjuangan Islam.

Saya ingin memberi respon terhadap pandangan saudara itu. Saya ulangi, respon ini adalah berdasarkan realiti setempat, bukan mewakili parti atau pimpinannya.

1. Buku Daftar Pengundi - Sebenarnya saudara tidak perlu bimbang keterlaluan mengenai perkara ini. PAS ada Jabatan Pilihanraya di peringkat PAS Pusat, Dewan Pemuda, Negeri-negeri, Jentera Pilihanraya Peringkat Parlimen, DUN dan UPU. Malah PAS ada Majlis Tertinggi Pilihanraya yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden. Malah proses cula undi berjalan berterusan walau pun bukan musim pilihanraya. Petugas PAS di peringkat grass-root menjalankan kerja ini secara sukarela dan tidak pernah bising-bising pun walau pun kekadang mereka terpaksa meninggalkan tugas mencari nafkah harian untuk melaksanakan tugas parti. Pengorbanan bagaimana lagi yang diperlukan daripada mereka?

2. Undang-undang dan peraturan - Pernahkah PAS mengambil sikap mengenepikan golongan profesional? Dr Hasan Ali, masih muda dalam PAS tetapi telah pun diberikan mandat oleh ahli PAS melalui muktamar sebagai Naib Presiden. Golongan sepertinya diberikan mandat di pelbagai peringkat parti. Masalahnya sekarang ialah, ada segelintir golongan profesional yang kadang-kadang mahu mereka dilayan seperti golongan elit. Mereka perlu disembah untuk diajak berkhidmat kepada parti. Mereka merasa tidak perlu 'menghulurkan' muka kepada parti tetapi partilah yang perlu menyediakan 'permaidani merah' untuk menyambut mereka. Golongan profesional ini bukan sekadar diberikan offer untuk memegang jawatan dalam parti malah dicadangkan sebagai calon samada peringkat dun atau parlimen dalam pilihanraya lalu, tetapi mereka menolak dengan pelbagai alasan. Belum sampai masa lagi, masih sibuk, biarlah kami menyumbang dari belakang, tak apalah ustazlah pergi dulu, kami sokong sudahlah dan macam-macam lagi alasan. Sebenarnya mereka ini takut untuk mengharungi kesusahan perjuangan dan enggan meninggalkan dunia mewah mereka. Sebenarnya orang kampung yang kakinya berselut lebih ikhlas daripada golongan ini dan lebih tabah hati menanggung penderitaan hidup.

Adakah PAS tidak tahu undang-undang pilihanraya? Soalan ini tak perlu ditanya lagi. Kita bukan sekadar tahu undang-undang bahkan menjunjung tinggi undang-undang selama mana ia selari dengan Islam dan hak-hak sebagai insan dan warganegara. Petugas-petugas PAS diperingkat bawah sebenarnya lebih faham undang-undang pilihanraya daripada petugas Umno sendiri. Petugas PAS dilatih lebih awal untuk tujuan ini.

3. Masalah menentukan calon lebih awal - Saudara sebenarnya berteori tetapi tidak merasai. Untuk makluman saudara di peringkat kami, proses memilih calon dimulakan semenjak setahun yang lalu. Kami berjumpa dengan pelbagai pihak dan menyatakan hasrat supaya bersedia untuk dipilih sebagai calon tetapi tidaklah menyatakan terus dia pasti akan jadi calon kerana ini juga ada risikonya. Saudara tentu faham apa respon mereka. Ada yang bersedia pada mulanya, tetapi last minute tarik diri kerana nampak suasana seperti tidak menang. Calon ganti terpaksa di cari pada saat terakhir. Banyak lagi sebenarnya masalah memilih calon ini yang secara umumnya senang berteori tetapi perit dalam merasai. Masalah wujud dalam pelbagai suasana, tentukan calon sejak awal ada masalah, tentukan last minute pun ada masalah, tentukan seorang sahaja sebagai calon di sesuatu kawasan ada masalah, tentukan ramai pun ada masalah. Tidak tentukan langsung pun ada masalah. Pendek kata, faktor kemenangan bukan terlatak pada penentuan calon sedari awal, tetapi banyak faktor lain yang menyumbang. Persoalan penentuan calon sebenarnya berdasarkan faktor setempat. Ada yang sesuai ditentukan awal dan ada yang sesuai ditentukan di saat-saat akhir. Kebijaksanaan dan pengalaman adalah neraca dalam persoalan ini.

4. Musang berbulu ayam - Sebenarnya bukan sekadar musang berbulu ayam, malah ayam berbulu musang, kucing bertanduk kerbau, ayam berkuku helang, kucing bertaring harimau, semuanya ada dalam PAS. Adakah PAS tidak tahu? Ada yang tahu dan yang tidak tahu. Yang diketahui ada yang mengundur diri secara terhormat atau pula dipecat daripada jamaah. Apa yang penting kita mesti memastikan diri kita sendiri bukan musang berbulu ayam atau kucing bertanduk kerbau. Apatah lagi kucing bertaring harimau.

Apa yang penting ialah kita perlu banyak bekerja daripada sekadar berfikir dan mencadang. Sebenarnya PAS bukan kekurangan tenaga fikir, tetapi kekurangan tenaga pekerja.

Sekian, terimakasih







______________________
Terbitan : 31 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com